Akan dibuka dalam tab baharu

Public Bank Petron Visa Gold

Public Bank Petron Visa Gold
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Premium, Pulangan Tunai

Public Bank Petron Visa Gold ditawarkan khusus kepada mereka yang menjadikan stesen minyak Petron sebagai pilihan utama ketika mengisi Petrol. Kad kredit daripada Public Bank (PBE) ini menawarkan ganjaran rebat tunai setiap kali anda berbelanja di stesen Petron seluruh negara.

Ganjaran rebat tunai (cash back) yang ditawarkan bukan sahaja untuk isian minyak, tetapi juga belian barangan di kedai (Mart) Petron. Anda akan menerima pulangan rebat tunai melalui program Public Bank Cash Megabonus dengan kadar berperingkat berdasarkan perbelanjaan terkumpul setiap bulan. Kadar cash back yang diberikan adalah dari 0.5% sehingga 5% setiap bulan dengan had maksimum RM50.

Anda juga akan menerima pulangan rebat tunai untuk perbelanjaan runcit selain daripada di stesen minyak Petron. Walaupun rebat tunai untuk perbelanjaan runcit adalah hanya 0.1%, kadar rebat tunai ini adalah untuk sebarang perbelanjaan tanpa jumlah minimum dan tiada had bulanan yang ditetapkan. Lebih banyak anda berbelanja, lebih tinggi pulangan rebat tunai yang anda terima.

Kad kredit Public Bank Petron Visa Gold juga menawarkan pelan pindahan baki (Balance Transfer Plan) dan pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan).

Anda boleh buat pemindahan baki dari kad kredit lama anda kepada kad kredit Petron Visa Gold tanpa sebarang caj kadar faedah (zero interest). Hanya caj pengendalian yang dikenakan oleh pihak Public Bank. Anda boleh buat pemindahan baki serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 36 bulan.

Pelan bayaran ansuran mudah Public Bank Flexipay Plan pula membenarkan anda menukar belian tunai kepada program bayaran ansuran juga tanpa caj kadar faedah. Perbelanjaan minimum yang dibenarkan ialah bermula dari RM1,000 dengan bayaran balik maksimum sehingga 48 bulan.

Selain itu, pihak Public Bank juga menawarkan perlindungan insurans kemalangan peribadi sehingga RM20,000 sebagai ciri premium untuk kad Public Bank Petron Visa Gold.

Syarat kelayakan mohon yang ditetapkan untuk anda mohon kad ini tidak membebankan. Anda hanya perlu berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM2,000 untuk layak mohon. Kad ini tidak mengenakan sebarang yuran tahunan. Jadi tidak perlu risau untuk bayar yuran tahunan selama anda memiliki kad kredit Public Bank ini.

Berminat untuk mohon? Baca lebih lanjut ciri lengkap kad ini melalui maklumat di bawah dan bagaimana untuk mohon kad ini secara atas-talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Public Bank Petron Visa Gold

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan pulangan rebat tunai sehingga 5% dengan pelan cashback Megabonus Public Back. Ganjaran rebat tunai ini sah untuk setiap perbelanjaan di stesen minyak petron, sama ada untuk isian minyak mahupun perbelanjaan di Petron Mart. Jumlah rebat tunai maksimum dihadkan kepada RM50 setiap bulan. Anda juga diberikan pulangan rebat tunai untuk sebarang perbelanjaan runcit di luar stesen minyak Petron, tanpa belanja minimum, dan tanpa had bulanan.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Perbelanjaan di stesen minyak Petron 0.5% RM50 RM1 hingga RM100
Perbelanjaan di stesen minyak Petron 1% RM50 RM101 hingga RM200
Perbelanjaan di stesen minyak Petron 2% RM50 RM201 hingga RM500
Perbelanjaan di stesen minyak Petron 3% RM50 RM501 hingga RM800
Perbelanjaan di stesen minyak Petron 5% RM50 RM800 ke atas
Perbelanjaan runcit 0.1% Tanpa had Sebarang nilai

Ganjaran petrol

Kad kredit Public Bank Petron Visa Gold menawarkan pulangan rebat tunai sehingga 5% untuk setiap isian minyak di stesen minyak Petron seluruh negara.

Ciri premium

Sebagai pemilik kad kredit Public Bank ini, anda layak untuk menerima perlindungan insurans kemalangan peribadi sehingga RM20,000 – tertakluk kepada syarat dan terma yang ditetapkan pihak Public Bank.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Public Bank Balance Transfer
Public Bank Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Public Bank dengan pelan Public Bank Balance Transfer. Pindahan serendah RM1,000 tanpa caj faedah dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Public Bank Flexipay Plan
Public Bank Flexipay Plan

Inginkan barangan idaman anda tapi kesempitan modal? Mudah dengan pelan Flexipay dari Public Bank. Pembelian serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Public Bank Petron Visa Gold

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Public Bank Petron Visa Gold

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Public Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Public Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Public Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Public Bank Petron Visa Gold untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Public Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Public Bank Petron Visa Gold

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Public Bank Petron Visa Gold?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

8 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Public Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Public Bank Berhad

Public Bank Berhad
Public Bank Berhad, ditubuhkan pada 1966 dengan moto 'bank untuk rakyat', kini adalah salah satu kumpulan perbankan terbesar di Malaysia. Dengan rangkaian luas 259 cawangan dan lebih 2000 terminal di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, Public Bank (bersama Public Islamic Bank) menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…