Akan dibuka dalam tab baharu

Public Islamic Bank Visa Platinum Credit Card-i

Semak Ciri, Faedah, & Cara Memohon Kad Kredit Islamik Premium ini

Kad Kredit-i Visa Platinum Public Islamic Bank
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM333
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3333
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Pulangan tunai, Sumbangan waqaf, Perkhidmatan penulisan wasiat percuma

Pengenalan kepada dunia kewangan Islamik semakin mudah dengan kad kredit Public Islamic Bank Visa Platinum Credit Card-i. Kad ini menawarkan pelbagai manfaat eksklusif, ganjaran menarik, dan ciri-ciri patuh Syariah yang menjadikannya pilihan ideal bagi individu yang sedang mencari kad kredit Islamik premium. Baca seterusnya untuk tahu lebih terperinci tentang ciri-ciri, kelayakan, yuran, dan cara memohon Kad Kredit-i Visa Platinum Public Islamic Bank.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Public Islamic Bank Visa Platinum Credit Card-i

  • Pulangan Tunai 2%: Nikmati pulangan tunai 2% untuk transaksi dalam talian dan transaksi luar negara, terhad kepada RM15 setiap bulan (digabungkan antara akaun Utama dan Tambahan).
  • Sumbangan Waqaf: 0.1% daripada perbelanjaan makan minum anda akan disumbangkan kepada Yayasan Waqaf setiap bulan, terhad kepada RM100 setiap kitaran penyata (digabungkan antara akaun Utama dan Tambahan).
  • Perkhidmatan Penulisan Wasiat Percuma: Dapatkan diskaun 50% untuk perkhidmatan penulisan wasiat daripada PB Trustee Services Berhad.
  • Pelan Flexipay 0%: Tukarkan pembelian runcit minimum RM2,000 kepada pelan ansuran 6 bulan dengan 0% caj pengurusan melalui Public Bank Flexipay Plan.
  • Pindahan Baki 0%: Pindahkan baki kad kredit lain dengan kadar 0% untuk tempoh 6 bulan dengan jumlah minimum RM2,000 dengan pelan Public Bank Balance Transfer.
  • Bayaran Tanpa Sentuh: Nikmati kemudahan dan keselamatan transaksi tanpa sentuh dengan Visa payWave.
  • Akses PBe: Uruskan akaun kad kredit anda dengan mudah melalui perkhidmatan perbankan dalam talian yang disediakan oleh Public Bank.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3333 sebulan atau RM40000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang) / Pasport (bagi bukan warganegara).
  • Bukti pendapatan (Slip gaji/Penyata EA/Penyata KWSP/penyata CASA/Penyata Komisen).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM333
Percuma tahun pertama dan seterusnya dengan minimum 12 transaksi setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM150
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Maksimum RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

Kad Kredit-i Visa Platinum Public Islamic Bank beroperasi berdasarkan prinsip Syariah Ujrah (fi perkhidmatan) dan Qard (pinjaman). Penggunaannya kad ini adalah terhad hanya kepada aktiviti yang dibenarkan oleh Syariah.

Pelan Pembiayaan

Public Bank Balance Transfer
Public Bank Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Public Bank dengan pelan Public Bank Balance Transfer. Pindahan serendah RM1,000 tanpa caj faedah dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Public Bank Flexipay Plan
Public Bank Flexipay Plan

Inginkan barangan idaman anda tapi kesempitan modal? Mudah dengan pelan Flexipay dari Public Bank. Pembelian serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Public Islamic Bank Visa Platinum Credit Card-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Mohon dalam talian:

  1. Layari laman web Public Bank Berhad.
  2. Pilih “Cards” dan seterusnya Public Islamic Bank Visa Platinum Credit Card-i.
  3. Klik butang “Apply Now”.
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan.

Klik untuk ke laman web Public Bank.

Mohon melalui cawangan:

Kunjungi cawangan Public Bank terdekat. Klik untuk lihat senarai cawangan Public Bank Berhad.

Khidmat Pelanggan

Hubungi talian perkhidmatan pelanggan Public Islamic Bank di talian 03-2170 8000 untuk sebarang pertanyaan atau bantuan.

Kesimpulan & Perspektif

Kad Kredit-i Visa Platinum Public Islamic Bank menawarkan pelbagai manfaat menarik seperti pulangan tunai, sumbangan waqaf, dan pelan pembiayaan 0%. Walau bagaimanapun, pengguna perlu memastikan mereka memahami sepenuhnya terma dan syarat, serta fi dan caj yang dikenakan. Bandingkan kad kredit ini dengan pilihan lain yang terdapat di pasaran melalui laman cari kad kredit yang kami sediakan untuk membuat keputusan yang tepat. Klik untuk cari Kad Kredit Islamik terbaik.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Public Islamic Bank Visa Platinum Credit Card-i

Ya, sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk untuk maklumat lanjut tentang terma dan syarat pulangan tunai.

Anda boleh menyemak baki kad kredit anda melalui perkhidmatan perbankan dalam talian PBe, penyata bulanan, atau dengan menghubungi perkhidmatan

Caj bayaran lewat akan dikenakan, bersamaan dengan RM10 atau 1% daripada jumlah tertunggak (transaksi runcit dan pengeluaran tunai sahaja), yang mana lebih tinggi, sehingga maksimum RM100. Selain itu, kadar faedah tahunan anda mungkin akan dinaikkan ke tahap yang lebih tinggi.

Ya, kad ini dilengkapi dengan teknologi cip EMV dan Visa payWave untuk keselamatan transaksi tanpa sentuh. Anda juga boleh mengaktifkan khidmat SMS alert untuk menerima notifikasi setiap kali transaksi dilakukan, membolehkan anda mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan dengan segera.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Public Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Public Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Public Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Public Islamic Bank Visa Platinum Credit Card-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Public Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Public Islamic Bank Visa Platinum Credit Card-i

Ada soalan tambahan berhubung Public Islamic Bank Visa Platinum Credit Card-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Public Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Public Bank Berhad

Public Bank Berhad
Public Bank Berhad, ditubuhkan pada 1966 dengan moto 'bank untuk rakyat', kini adalah salah satu kumpulan perbankan terbesar di Malaysia. Dengan rangkaian luas 259 cawangan dan lebih 2000 terminal di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, Public Bank (bersama Public Islamic Bank) menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

BSN 1 TeachersCard MasterCard

Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…