Akan dibuka dalam tab baharu

Public Bank Platinum MasterCard

Kad Kredit Public Bank Platinum MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM333
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM4166
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Premium

Kad kredit Public Bank Platinum adalah antara kad yang menawarkan ganjaran menarik untuk mereka yang gemar membeli-belah dan selalu melancong. Kad ini didatangkan dengan pulangan mata ganjaran, insurans perjalanan percuma, dan pelan kad pemindahan baki serta pelan bayaran ansuran mudah.

Ganjaran Mata VIP

Kelebihan pulangan mata ganjaran dalam bentuk PBE VIP point buat kad kredit Public Bank ini memberi lebih nilai dengan setiap perbelanjaan anda. Anda akan menerima 1 mata VIP dengan setiap RM1 bagi transaksi runcit. VIP points ini sah sehingga 3 tahun. Anda boleh kumpul sebanyak mana mata VIP yang boleh dan tebus dengan barangan dan promosi hebat melalui Public Bank e-Mall. Baca lebih lanjut tentang ciri mata ganjaran VIP di bawah.

Perlindungan Pembelian Dalam Talian

Mereka yang gemar beli-belah dalam talian pula tidak perlu risau dengan perlindungan e-Commerce Purchase Protection yang melindungi setiap pembelian anda sehingga USD200. Tidak kira sama ada barang yang dibeli tidak sampai, rosak, atau barang yang diterima tidak sama seperti yang diharapkan, anda boleh menuntut ganti rugi untuk pembelian online anda.

Insurans Perjalanan Percuma

Bukan itu sahaja, sekiranya anda buat tempahan tiket kapal terbang dengan kad Public Bank Platinum MasterCard, anda secara automatik akan dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga MR500,000. Anda juga layak menerima perlindungan jika anda terlepas atau kelewatan penerbangan, dan kehilangan atau kelewatan bagasi.

Diskaun Perkhidmatan Wasiat

Kad kredit PBE ini juga menawarkan diskaun sehingga 50% untuk perkhidmatan penulisan wasiat yang dikelolakan oleh PB Trustee Services Berhad. Syarikat ini adalah anak syarikat kumpulan Public Bank yang menyediakan perkhidmatan berkaitan pemegang amanah.

Pelbagai Pelan Kad Kredit

Anda boleh buat pemindahan baki dari kad kredit lama dengan pelan Public Bank Balance Transfer Plan yang tidak mengenakan kadar faedah dan membenarkan bayaran balik sehingga 48 bulan. Pelan ini hanya mengenakan caj pengendalian yang berpatutan.

Pelan bayaran ansuran mudah (EPP) Public Bank Flexipay pula mengenakan kadar faedah yang sangat rendah. Anda boleh dapatkan barangan idaman dengan buat pembelian serendah RM1,000 dan  buat bayaran ansuran sehingga 48 bulan.

Yuran Tahunan Diketepikan

Anda juga tidak perlu risau tentang yuran tahunan kerana tiada yuran tahunan untuk tahun pertama. Tahun berikutnya pula yuran diketepikan untuk 12 kali “swipe’ sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya menggunakan kad ini kurang daripada 12 kali pada tahun tersebut, anda perlu bayar yuran tahunan berjumlah RM333 untuk kad utama. Tiada pengecualian yuran tahunan untuk kad tambahan yang berjumlah RM150 setahun.

Ditawarkan Kepada Sesiapa Sahaja

Pihak Public Bank membuka permohonan kad kredit Public Bank Platinum MasterCard kepada sesiapa sahaja tanpa mengira status kerakyatan. Anda perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak kurang daripada RM50,000 setahun.

Dengan keistimewaan mata ganjaran VIP dan perlindungan insurans perjalanan sehingga setengah juta, kad Public Bank Platinum MasterCard adalah pilihan terbaik bagi mereka yang gemar membeli belah dan melancong. Walau bagaimanapun, syarat kelayakan gaji yang agak tinggi mungkin tidak sesuai jika anda sedang mencari kad kredit pertama.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap kad ini dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Public Bank Platinum MasterCard

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 1x mata ganjaran Public Bank VIP point setiap RM1 bagi perbelanjaan runcit di dalam dan luar negara. Tebus mata ganjaran ini dengan barangan, hadiah, promosi, diskaun, dan perkhidmatan eksklusif melalui katalog Public Bank e-Mall.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
1 RM1 Perbelanjaan runcit

ganjaran perjalanan

Nikmati perjalanan dengan tenang apabila anda dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga RM500,000 termasuk perlindungan penerbangan dan bagasi.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM500,000
Terlepas penerbangan Sehingga RM400
Kelewatan penerbangan Sehingga RM400
Kehilangan bagasi Sehingga RM1,000
Kelewatan bagasi Sehingga RM400

Ciri premium

Dapatkan kelebihan premium dari kad kredit Public Bank Platinum MasterCard.

  • Perlindungan sehingga USD200 ke atas pembelian setiap kali anda buat transaksi e-Dagang dalam talian.
  • Diskaun sehingga 50% untuk penulisan wasiat dari PB Trustee Services Berhad.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM4166 sebulan atau RM50000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM333
Tiada yuran tahunan untuk tahun pertama. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk 12 kali transaksi kad.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM150
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Public Bank Balance Transfer
Public Bank Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Public Bank dengan pelan Public Bank Balance Transfer. Pindahan serendah RM1,000 tanpa caj faedah dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Public Bank Flexipay Plan
Public Bank Flexipay Plan

Inginkan barangan idaman anda tapi kesempitan modal? Mudah dengan pelan Flexipay dari Public Bank. Pembelian serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Public Bank Platinum MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Public Bank Platinum MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Public Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Public Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Public Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Public Bank Platinum MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Public Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Public Bank Platinum MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Public Bank Platinum MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Public Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Public Bank Berhad

Public Bank Berhad
Public Bank Berhad, ditubuhkan pada 1966 dengan moto 'bank untuk rakyat', kini adalah salah satu kumpulan perbankan terbesar di Malaysia. Dengan rangkaian luas 259 cawangan dan lebih 2000 terminal di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, Public Bank (bersama Public Islamic Bank) menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…