Akan dibuka dalam tab baharu

Public Bank Visa Platinum

Pulangan tunai tanpa had dan keistimewaan perjalanan hebat

Kad kredit Public Bank Visa Platinum 
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM333
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM4166
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Program pulangan tunai Cash Megabonus tanpa had, insurans perjalanan percuma

Kad kredit Public Bank Visa Platinum ditawarkan khusus kepada mereka yang inginkan pengalaman berbelanja yang mudah dan berbaloi. Dengan program pulangan tunai yang sangat  menguntungkan, perlindungan insurans perjalanan percuma, dan ciri-ciri yang fleksibel, kad kredit Public Bank ini boleh menjadi teman setia anda untuk perbelanjaan harian.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Public Bank Visa Platinum

  • Program Cash Mengabonus yang menawarkan 0.2% pulangan tunai tanpa had bagi setiap perbelanjaan runcit di dalam dan luar negara.
  • Perlindungan insurans perjalanan percuma sehingga RM500,000, termasuk kesulitan perjalanan seperti kelewatan penerbangan, kehilangan bagasi, dan banyak lagi.
  • Yuran tahunan percuma untuk tahun pertama, dan tahun berikutnya yuran dikecualikan sekiranya anda menggunakan kad lebih daripada 12 kali setahun.
  • Diskaun sehingga 50% untuk caj perkhidmatan penulisan wasiat.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM4166 sebulan atau RM50000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad/Pasport).
  • Bukti pendapatan (Slip gaji/Penyata EA/Penyata KWSP/penyata CASA/Penyata Komisen).
  • Surat lantikan jawatan (jika perlu).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM333
Tahun pertama adalah percuma Tahun berikutnya yuran dikecualikan untuk kegunaan lebih daripada 12 kali.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM150
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

Pelan Pembiayaan

Public Bank Balance Transfer
Public Bank Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Public Bank dengan pelan Public Bank Balance Transfer. Pindahan serendah RM1,000 tanpa caj faedah dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Public Bank Flexipay Plan
Public Bank Flexipay Plan

Inginkan barangan idaman anda tapi kesempitan modal? Mudah dengan pelan Flexipay dari Public Bank. Pembelian serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Public Bank Visa Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon kad kredit Public Bank Visa Platinum melalui kaedah berikut:

Mohon dalam talian:

  1. Layari laman web Public Bank Berhad.
  2. Klik butang “Apply Now”.
  3. Pilih kad kredit Public Bank Visa Platinum dan klik “Next”.
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk meneruskan permohonan.

Klik untuk ke laman web Public Bank.

Mohon melalui cawangan:

Kunjungi cawangan Public Bank terdekat. Klik untuk lihat senarai cawangan Public Bank Berhad.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi pihak Public Bank melalui saluran-saluran berikut sekiranya anda mempunyai pertanyaan berhubung kad kredit Public Bank Visa Platinum.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Public Bank Visa Platinum

Kad ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM50,000.

Ya, yuran tahunan sebanyak RM333 untuk kad utama dan RM150 untuk kad tambahan. Terdapat juga caj SST sebanyak RM25.

Anda boleh mendapatkan pulangan tunai tanpa  had dari program Cash MegaBonus dengan melakukan transaksi runcit di dalam dan luar negara menggunakan kad Public Bank Visa Platinum anda.

Anda perlu menempah tiket penerbangan dengan kad PB Visa Platinum.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Public Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Public Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Public Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Public Bank Visa Platinum untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Public Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Public Bank Visa Platinum

Ada soalan tambahan berhubung Public Bank Visa Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Public Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Public Bank Berhad

Public Bank Berhad
Public Bank Berhad, ditubuhkan pada 1966 dengan moto 'bank untuk rakyat', kini adalah salah satu kumpulan perbankan terbesar di Malaysia. Dengan rangkaian luas 259 cawangan dan lebih 2000 terminal di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, Public Bank (bersama Public Islamic Bank) menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

ICBC Visa Gold

Kad kredit ICBC Visa Gold menawarkan ganjaran dalam bentuk reward points tanpa had dan tanpa…

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite P

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite P adalah kad kredit eksklusif atas jemputan sahaja. Kad ini menawarkan mata Enrich…

Kad kredit AEON Gold Visa

Dapatkan pulangan tunai dan mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan anda melalui kad AEON Gold Visa.

Kad kredit OCBC Premier Voyage MasterCard 

Kad kredit premium OCBC Premier Voyage MasterCard ditawarkan kepada pelanggan OCBC Premier Banking dan datang…