Akan dibuka dalam tab baharu

Public Bank Quantum MasterCard

Public Bank Quantum MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Premium, Pulangan Tunai

Public Bank Quantum MasterCard yang ditawarkan oleh Public Bank Berhad (PBE) sesuai untuk mereka yang sedang mencari kad kredit dengan yuran tahunan yang berpatutan. Kad ini tidak mengenakan sebarang yuran tahunan untuk kad utama (principal) dan juga kad tambahan (supplementary). Yuran percuma ini adalah seumur hidup atau sepanjang tempoh anda memiliki kad ini.

Seperti kad PBE Quantum Visa, kad ini menawarkan ciri istimewa seperti rebat tunai (cash back), mata ganjaran (reward points), dan juga pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan). Dalam erti lain, kad Public Bank Quantum Visa adalah salah satu pilihan terbaik bagi mereka yang gemar membeli-belah.

Ciri pulangan rebat tunai yang ditawarkan adalah untuk setiap transaksi pembelian atas-talian (online). Anda akan menerima pulangan cash back 5% bagi setiap transaksi yang anda lakukan secara atas-talian, tanpa sebarang had belanja minimum.

Anda juga akan menerima 1 mata ganjaran untuk setiap transaksi RM1 di dalam negara, dan 2 mata ganjaran untuk transaksi RM1 di luar negara. Mata ganjaran adalah dalam bentuk Public Bank VIP Points. Mata ini boleh anda tebus untuk produk, baucar dan perkhidmatan yang ditawarkan melalui katalog redemption Public Bank.

Antara ciri menarik lain yang didatangkan dengan kad kredit Public Bank Quantum MasterCard ialah pembayaran tanpa sentuhan (contactless payment) melalui MasterCard PayPass dan perlindungan pembelian atas-talian sehingga USD200.

Bagi yang tidak sabar untuk mendapatkan barangan idaman anda, anda boleh gunakan pelan bayaran ansuran Public Bank Flexipay. Pelan ini membenarkan anda menukar pembelian anda kepada bayaran ansuran sehingga 48 bulan. Anda Cuma perlu buat pembelian serendah RM1,000 untuk melayakkan anda menggunakan pelan ini.

Jika anda ingin buat pemindahan baki pula, pelan pindahan baki Public Bank Balance Transfer boleh membantu. Buat pindahan baki serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan. Pelan ini tidak mengenakan sebarang caj kadar faedah. Cuma caj pengendalian (one-time handling fee) akan dikenakan.

Pihak Public Bank menawarkan kad kredit Public Bank Quantum MasterCard kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kerakyatan dengan umur 21 tahun ke atas. Anda perlu berpendapatan bulanan RM3,000 atau tahunan RM36,000.

Jika anda ingin mohon kad ini, baca lebih lanjut maklumat di bawah termasuk bagaimana kaedah untuk mohon secara atas-talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Public Bank Quantum MasterCard

Pulangan tunai (cashbacks)

Gemar membeli-belah atas-talian? Pulangan rebat tunai yang ditawarkan oleh kad ini adalah pilihan terbaik anda. Dapatkan 5% rebat tunai dengan setiap pembelian online anda – tiada had minimum. Pulangan cash back ini dihadkan kepada RM30 setiap. Dengan mudah anda boleh jimat RM30 sebulan.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Transaksi pembelian atas talian (online) 5% RM30 Sebarang amaun

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 1 mata ganjaran Public Bank VIP Points untuk setiap transaksi RM1 apabila anda swipe kad anda di dalam negara. Untuk transaksi RM1 di luar negara pula, anda akan menerima ganjaran 2 mata VIP Points. Mata ganjaran ini boleh anda tebus untuk produk, baucar, diskaun atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Public Bank menerusi katalog mereka. Mata ganjaran yang terkumpul akan tamat dalam tempoh 3 tahun. Jadi, kumpul dan tebus mata ganjaran anda sebelum tamat tempoh.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
1 RM1 Perbelanjaan runcit dalam negara
2 RM1 Perbelanjaan runcit luar negara

Ciri premium

Selain yuran tahunan percuma, anda juga akan menerima kad kredit percuma sekiranya permohonan anda lulus. Anda akan diberikan kad kredit Public Bank Quantum Visa bersama kad ini.

Baca lebih lanjut tentang kad kredit Public Bank Quantum Visa.

Pihak Public Bank juga menawarkan perlindungan sehingga USD200 untuk pembelian barangan atas-talian (online/E-Commerce).

Anda juga akan menerima diskaun 50% untuk caj upah perkhidmatan penulisan Wasiat Public Bank.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Public Bank Balance Transfer
Public Bank Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Public Bank dengan pelan Public Bank Balance Transfer. Pindahan serendah RM1,000 tanpa caj faedah dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Public Bank Flexipay Plan
Public Bank Flexipay Plan

Inginkan barangan idaman anda tapi kesempitan modal? Mudah dengan pelan Flexipay dari Public Bank. Pembelian serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Public Bank Quantum MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Public Bank Quantum MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Public Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Public Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Public Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Public Bank Quantum MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Public Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Public Bank Quantum MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Public Bank Quantum MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

2 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Public Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Public Bank Berhad

Public Bank Berhad
Public Bank Berhad, ditubuhkan pada 1966 dengan moto 'bank untuk rakyat', kini adalah salah satu kumpulan perbankan terbesar di Malaysia. Dengan rangkaian luas 259 cawangan dan lebih 2000 terminal di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, Public Bank (bersama Public Islamic Bank) menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…