Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i
Public Bank Berhad
Kad kredit daripada
share-nodes
Kongsi
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
RM333
Tahun pertama percuma. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk penggunaan lebih daripada 12 kali setahun
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM3333
stars
Ciri utama
Islamik, Premium, Pulangan Tunai
square-list
Pelan kad kredit
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass

Kad kredit Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i adalah sebuah kad kredit patuh Syariah yang menawarkan ganjaran pulangan tunai dan beberapa keistimewaan khas untuk kad kredit Platinum.

Pulangan tunai (cashback) sebanyak 4% daripada setiap perbelanjaan RM1 akan dikreditkan ke akaun anda setiap bulan. Ganjaran pulangan tunai atau rebat tunai ini adalah untuk perbelanjaan runcit dan transaksi di gedung membeli-belah sahaja. Oleh itu pastikan anda menggunakan kad ini sepenuhnya untuk kedua-dua transaksi ini untuk memaksimumkan ganjaran cashback anda.

Selain daripada ciri pulangan tunai, pihak kad kredit Public Islamic Bank ini juga menawarkan perlindungan pembelian e-Dagang (e-Commerce Purchase Protection). Buat pembelian dalam talian dengan kad ini dan anda akan dilindungi sehingga USD200 sekiranya berlaku penipuan atau kerosakan barangan yang ditempah.

Anda juga akan menikmati diskaun sehingga 50% untuk perkhidmatan penulisan Wasiat yang ditawarkan melalui PB Trustee Services Berhad.

Sekiranya anda ingin memindahkan daripada kad kredit lama kepada kad Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i, anda boleh menggunakan pelan pindahan baki Public Bank Balance Transfer. Pindahkan baki dari kad lama bermula daripada RM1,000 dengan bayaran bulanan sehingga 48 bulan.

Anda juga boleh dapatkan barangan idaman anda melalui pelan ansuran mudah Public Bank Flexipay Plan. Dengan bayaran balik sehingga 48 bulan, pelan ini didatangkan dengan zero-interest dan hanya mengenakan caj pengendalian yang berpatutan.

Tiada yuran tahunan dikenakan untuk tahun pertama penggunaan kad kredit Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i. Untuk tahun berikutnya, yuran tahunan adalah sebanyak RM333. Tetapi, caj ini akan dibatalkan sekiranya anda menggunakan kad anda lebih daripada 12 kali dalam tahun tersebut.

Sebagai kad kredit Islamik yang berasaskan konsep Ujrah dan Qard, anda hanya boleh menggunakan kad Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i hanya untuk urus niaga atau transaksi yang dibenarkan oleh Syariah.

Pihak Public Bank juga akan mendermakan 0.1% daripada setiap transaksi kad ini yang digunakan untuk urus niaga menjamu selera. Sumbangan ini dihadkan kepada RM100 setiap bulan.

Baca sampai habis maklumat di bawah untuk syarat kelayakan memohon, caj lengkap yang dikenakan, dan bagaimana kaedah mohon Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i

Pulangan tunai (cashbacks)

Nikmati pulangan rebat tunai 4% untuk setiap RM1 yang dibelanjakan dengan kad kredit Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i. Rebat tunai adalah untuk transaksi urus niaga runcit dan perbelanjaan di gedung beli-belah dan dihadkan kepada RM30 setiap bulan.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan runcit atau urus niaga di gedung beli-belah 4% RM30 RM1

Ciri premium

Dapatkan 2x akses komplimentari ke Plaza Premium Lounge di Malaysia untuk pengalaman perjalanan yang selesa. Selain itu, ahli keluarga atau rakan anda juga akan menikmati diskaun walk-in sebanyak 25% bersama akses ini.

Pelan Kad Kredit Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i

Pelan pemindahan baki (balance transfer)

Public Bank Balance TRansfer
Pindahkan baki kad kredit anda ke Public Bank dengan pelan Public Bank Balance Transfer. Pindahan serendah RM1,000 tanpa caj faedah dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 1% Tiada RM1,000
12 3% Tiada RM2,000
24 5.5% Tiada RM3,000
36 7% Tiada RM6,000

Pelan bayaran ansuran (easy payment plan)

Public Bank Flexipay Plan

Inginkan barangan idaman anda tapi kesempitan modal? Mudah dengan pelan Flexipay dari Public Bank. Pembelian serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan)Caj Pengendalian (%)Kadar Faedah (% p.a)Pembelian Minimum (RM)
61%TiadaRM1,000
92%TiadaRM2,000
123%TiadaRM1,000
245.5%TiadaRM2,000
367%TiadaRM3,000

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM3333 Sebulan atau RM40000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Tak layak?

Sekiranya anda tak cukup syarat untuk mohon kad kredit ini, anda boleh cari kad yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Cari Kad Kredit yang kami sediakan.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) RM333
Tahun pertama percuma. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk penggunaan lebih daripada 12 kali setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) RM150
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM20 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Cara Mohon Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i dengan mengunjungi mana-mana cawangan Public Bank Berhad berdekatan anda.

Anda juga boleh mohon secara atas talian (online) melalui laman web Public Bank Berhad.

Soalan Lazim Kad Kredit Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan kad kredit Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i
Apakah kad Kredit Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i?
chevron-down

Kad kredit Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i adalah kad kredit yang ditawarkan oleh Public Bank Berhad.

Apakah kelebihan kad Kredit ini berbanding kad kredit yang lain?
chevron-down

Kad kredit Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i menawarkan ciri-ciri menarik seperti Islamik, Premium, Pulangan Tunai dan Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Ciri-Ciri Kad Kredit di atas.

Siapakah yang boleh mohon kad kredit ini?
chevron-down

Kad ini boleh dimohon oleh Sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM3333 ke atas atau pendapatan tahunan RM40000 ke atas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya tidak pernah mempunyai sebarang kad kredit sebelum ini, bolehkah saya mohon Kad Kredit Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i?
chevron-down

Boleh, tiada masalah untuk anda mohon Kad Kredit ini sekiranya ini kali pertama anda ingin mohon Kad Kredit dan anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon.

Saya adalah pemegang kad kredit Public Bank Berhad yang sedang aktif, bolehkah saya mohon kad kredit ini?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Saya adalah pemegang kad kredit dari bank lain, bolehkah saya mohon kad kredit Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Berapakah kadar faedah (interest rate) yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Public Bank Berhad mengenakan kadar faedah tahunan sebanyak 15% p.a.

Berapakah had kredit (credit limit) yang dibenarkan?
chevron-down

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh pihak bank berdasarkan sejarah kredit dan pendapatan bulanan anda.

Apakah caj atau fi yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj dan Yuran yang Dikenakan di atas.

Bolehkah saya keluarkan wang tunai melalui mesin ATM dengan kad ini?
chevron-down

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini semata-mata untuk pindahan baki (balance transfer)?
chevron-down

Boleh. Tetapi pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya ada rekod senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS saya?
chevron-down

Soalan ini adalah sangat subjektif apabila memohon kad kredit. Faktor yang memainkan peranan utama ialah skor kredit, bukannya jumlah senarai hitam anda. Dalam erti kata lain, lulus atau tidak adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak bank. Anda boleh rujuk dengan pihak Public Bank Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CTOS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya rekod kredit saya tidak cantik di laporan CCRIS saya?
chevron-down

Seperti juga jawapan untuk soalan tentang senarai hitam di laporan CTOS. Keputusan permohonan adalah bergantung kepada skor kredit anda, dan faktor-faktor lain seperti pendapatan, risiko, rekod kredit, dan sebagainya. Anda boleh rujuk dengan pihak Public Bank Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CCRIS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)?
chevron-down

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Bagaimana saya nak mohon kad kredit Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i?
chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Memohon di atas.

Ada soalan tambahan?

Tinggalkan soalan anda pada ruangan Soalan & Pertanyaan di bawah. 

Ada Soalan Tentang Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments