Akan dibuka dalam tab baharu

Public Bank Gold MasterCard

Kad kredit Public Bank Gold MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Pulangan Tunai

Inginkan kad kredit dengan cashback tanpa had? Kad kredit Public Bank Gold MasterCard mungkin pilihan terbaik untuk anda. Kad daripada Public Bank ini menawarkan ganjaran dalam bentuk rebat tunai (cash back) unlimited dengan setiap transaksi RM1.

Ganjaran rebat tunai adalah dalam bentuk Public Bank Cash MegaBonus, sesuai jika anda gemar berbelanja dengan kad kredit. Anda akan menerima rebat tunai sebanyak 0.1% untuk setiap perbelanjaan runcit di dalam dan luar negara. Walaupun nilai 0.1% mungkin kelihatan sedikit, anda harus ingat yang ganjaran ini adalah tanpa had. Jadi, anda boleh kumpul seberapa banyak rebat tunai yang anda ingini setiap bulan.

Kad kredit Public Bank Gold MasterCard juga menawarkan yuran tahunan percuma sepanjang anda memiliki kad ini. Tahun pertama adalah percuma sepenuhnya. Tahun berikutnya masih percuma, anda cuma perlu ‘swipe’ kad anda lebih daripada 12 kali setiap tahun.

Kad ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM2,000 – sesuai bagi jika anda ingin mohon kad kredit pertama atau ingin kad sampingan dengan ganjaran rebat tunai.

Pihak Public Bank juga menawarkan pelan pindahan baki dan pelan bayaran ansuran mudah bersama kad ini. Terdapat dua pelan ansuran mudah (Easy Payment Plan), iaitu Flexipay Plan dan Zero Interest Installment Plan. Anda cuma perlu membeli barangan serendah RM500 untuk layak menggunakan pelan ini. Pilih untuk bayaran ansuran antara 3 bulan hingga 48 bulan. Kedua-dua pelan ini tidak mengenakan caj kadar faedah tahunan, sangat menguntungkan.

Jika anda ingin buat pemindahan baki daripada kad lama anda, gunakan pelan Public Bank Balance Transfer Plan. Pelan ini membenarkan anda buat pindahan baki serendah RM1,000 dengan bayaran balik sehingga 36 bulan. Seperti juga pelan EPP, pelan pindahan baki Public Bank tidak mengenakan caj kadar faedah tahunan.

Sekiranya anda lebih berminat dengan kad kredit VISA, anda boleh dapatkan kad kredit Public Bank Gold VISA yang mempunyai ciri yang sama dengan kad kredit MasterCard ini.

Tetapi jika anda adalah pengguna setia MasterCard dan ingin dapatkan kad Public Bank Gold MasterCard, baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap CashBack, syarat kelayakan mohon, caj dikenakan, dan bagaimana untuk mohon kad kredit Public Bank online.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Public Bank Gold MasterCard

Pulangan tunai (cashbacks)

Dengan pelan Cash MegaBonus Public Bank, anda berhak mendapat ganjaran pulangan rebat tunai tanpa had dengan setiap perbelanjaan runcit RM1 di dalam dan luar negara. Kumpul seberapa banyak rebat tunai yang anda boleh setiap bulan dengan kad ini.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Perbelanjaan runcit dalam dan luar negara 0.1% Tiada RM1 ke atas

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Tahun pertama adalah percuma. Tahun berikutnya yuran diketepikan jika anda menggunakan kad lebih daripada 12 kali.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM100
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Public Bank Balance Transfer
Public Bank Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Public Bank dengan pelan Public Bank Balance Transfer. Pindahan serendah RM1,000 tanpa caj faedah dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Public Bank Flexipay Plan
Public Bank Flexipay Plan

Inginkan barangan idaman anda tapi kesempitan modal? Mudah dengan pelan Flexipay dari Public Bank. Pembelian serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Public Bank Zero Interest Installment Plan (ZIIP)
Public Bank Zero Interest Installment Plan (ZIIP)

Tiada caj kadar faedah sehingga 36 bulan, tiada caj pengendalian (upfront management fee), tempoh bayaran dari 3 bulah hingga 36 bulan untuk pembelian serendah RM500 – ini adalah pelan Easy Payment yang paling fleksibel.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Public Bank Gold MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Public Bank Gold MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Public Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Public Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Public Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Public Bank Gold MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Public Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Public Bank Gold MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Public Bank Gold MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

2 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Public Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Public Bank Berhad

Public Bank Berhad
Public Bank Berhad, ditubuhkan pada 1966 dengan moto 'bank untuk rakyat', kini adalah salah satu kumpulan perbankan terbesar di Malaysia. Dengan rangkaian luas 259 cawangan dan lebih 2000 terminal di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, Public Bank (bersama Public Islamic Bank) menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…