CIMB Balance Transfer Plan

CIMB Balance Transfer Plan adalah pelan pindahan baki kad kredit yang ditawarkan oleh CIMB Bank Berhad. Pelan ini menawarkan pindahan baki dari tempoh 6 bulan sehingga 12 bulan tanpa sebarang caj pengendalian (upfront handling fee). Kadar faedah yang dikenakan pula adalah serendah 5.99% sehingga 7.99%.

Anda boleh memindahkan sejumlah RM1,000 atau sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit CIMB anda. Had minimum bayaran bulanan yang dibenarkan ialah RM50 atau 5% daripada baki tunggakan anda (yang lebih tinggi).

Walau bagaimanapun jika anda tidak dapat buat bayaran bulanan seperti yang dipersetujui, kadar faedah 5.99% p.a hingga 7.99% p.a akan diketepikan dan anda akan dikenakan kadar faedah sebanyak 18% p.a sehingga anda menyelesaikan baki tertunggak. Anda juga akan dikenakan denda lewat bayar (late payment penalty) sebanyak 1% daripada baki yang tertunggak dengan caj minimum RM10, dan caj maksimum RM100.

Seperti kebanyakan pelan pindahan baki kad kredit yang lain, CIMB tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) sekiranya anda ingin menyelesaikan baki tunggakan lebih awal dari tarikh yang dipersetujui untuk pelan CIMB Balance Transfer Plan.

CIMB Balance Transfer Plan
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 12 bulan
Kadar faedah 5.99% p.a hingga 7.99% p.a
Caj pengendalian Tiada caj upfront
Jumlah pindahan RM1000 hingga 80% daripada had kredit
Bayaran minimum (bulanan) RM50 atau 5% dari baki tunggakan
Caj penamatan awal Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan CIMB Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda ke CIMB dengan CIMB Balance Transfer Plan. Pindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran selama 12 bulan tanpa caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 Tiada 5.99% p.a RM1,000
12 Tiada 7.99% p.a RM1,000

Cara mohon CIMB Balance Transfer Plan

Anda boleh mohon pelan pindahan baki CIMB ini melalui salah-satu daripada langkah-langkah berikut.

  • Hubungi pihak CIMB di talian 03-22817000 pada hari bekerja antara pukul 10 pagi hingga 6 petang.
  • Atau, anda boleh muatturun Borang Permohonan CIMB Balance Transfer Plan, lengkapkan dan E-Mail kepada [email protected]

Kad kredit CIMB Balance Transfer Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan CIMB Balance Transfer Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

CIMB PETRONAS Visa Infinite-i

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai yang menguntungkan, keistimewaan perjalanan eksklusif, dan perlindungan insurans yang komprehensif.

CIMB Visa Infinite

Kad kredit CIMB Visa Infinite

Kad kredit CIMB Visa Infinite menawarkan gaya hidup eksklusif dan istimewa di samping penjimatan kos dengan yuran tahunan percuma seumur hidup.

CIMB Visa Signature

CIMB Visa Signature

CIMB Visa Signature menawarkan ciri premium untuk gaya hidup “versatile”. Nikmati pulangan mata ganjaran Bonus Points dan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 Juta. Tidak lupa juga yuran tahunan percuma seumur hidup.

CIMB World MasterCard

CIMB World MasterCard

Kad kredit CIMB World MasterCard bukan sahaja menawarkan pulangan tunai tanpa had dan mata ganjaran, tetapi juga perlindungan Insurans Perjalanan sehingga RM1 juta.

CIMB Platinum Credit Card

CIMB Platinum Credit Card

CIMB Platinum Credit Card sangat sesuai bagi kaki shopping dan mereka yang gemar melancong. Dengan mata ganjaran Bonus Points, insurans perjalanan sehingga RM1 juta, dan yuran tahunan percuma seumur hidup, kad ini sangat menarik dan sangat mampu milik.

CIMB e Credit Card

CIMB e Credit Card

CIMB e Credit Card sangat sesuai jika anda gemar berbelanja atas talian melalui online merchant seperti Shopee, Lazada, Zalora dan sebagainya. Kad kredit CIMB ini menawarkan mata ganjaran Bonus Points sehingga 12x setiap RM1.

CIMB Petronas Platinum-i

Kad Kredit CIMB Petronas Platinum-i

Kad Kredit CIMB Petronas Platinum-i adalah kad kredit Islamik daripada CIMB Islamic khusus kepada mereka yang mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas seluruh negara. Dapatkan rebat tunai sehingga 7% dengan setiap isian minyak anda, atau ketika anda berbelanja di Kedai Mesra Petronas. Rebat tunai juga diberi sebagai ganjaran untuk setiap transaksi lain setiap kali anda swipe kad kredit ini.

CIMB Petronas Platinum MasterCard

Kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard

Kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard sesuai untuk mereka yang selalu mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas. Dapatkan rebat tunai sehingga 7% untuk setiap isian minyak dan juga perbelanjaan di Kedai Mesra Petronas. Pemilik kereta Perodua pula akan nikmati rebat tunai sehingga 10% setiap kali anda servis kereta anda di Pusat Servis Perodua.

CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard

Kad Kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard

Kad kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard menawarkan ganjaran rebat tunai yang sangat menarik untuk setiap perbelanjaan anda tanpa had. Dengan pelan kad kredit yang lengkap, termasuk pelan bayaran ansuran mudah dan pelan ansuran tunai – kad kredit ini sesuai buat mereka yang gemar membeli-belah.