Akan dibuka dalam tab baharu

Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)

Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP) adalah pelan pemindahan baki kad kredit yang ditawarkan oleh Affin Bank Berhad. Pelan balance transfer ini menawarkan tempoh bayaran semula dari 6 bulan hingga 36 bulan memudahkan anda buat pindahan baki. Anda boleh buat pindahan baki serendah RM1,000 sehingga 90% daripada had kredit (credit limit) kad kredit Affinbank anda.

Affin Bank tidak mengenakan sebarang kadar faedah tahunan (0% interest rate). Cuma sedikit caj pengendalian iaitu one-time upfront handling fee yang dikenakan. Anda boleh lakukan pindahan dari RM1,000 hingga 90% daripada had kredit (credit limit) anda dengan Affinbank Balance Transfer Installment Plan BTiP.

Affin Bank tidak menawarkan pilihan bayaran bulanan minimum dengan pelan pemindahan baki ini. Anda perlu buat bayaran penuh untuk pindahan baki anda pada atau sebelum tarikh akhir. Jika anda tidak dapat buat bayaran penuh, anda akan dikenakan kadar faedah antara 12% p.a hingga 18% p.a terhadap baki yang tertunggak.

Anda juga akan dikenakan caj penalti sebanyak 1% atau RM10 (mana yang lebih tinggi) dengan jumlah maksimum RM100 sekiranya anda lewat membayar ansuran bulanan seperti yang dipersetujui.

Pihak Affin Bank juga akan mengenakan caj penamatan awal (early settlement fee) sebanyak RM100 sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan tunggakan anda lebih awal dari tempoh yang dipersetujui.

Affinbank Balance Transfer Installment Plan BTiP
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 36 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (0% p.a)
square-dollar
Caj Pengendalian
2% hingga 7%
money-bill-1-wave
Jumlah Pindahan
RM1000 hingga 90% daripada had kredit
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
5% dari baki tunggakan
square-dollar
Caj Penamatan Awal
RM100
share-nodes
Kongsi

Jadual Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)

Buat pindahan baki dari RM1,000 ke Affinbank dengan bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada kadar faedah dikenakan, cuma sedikit caj pengendalian (upfront handling fee).

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 2% Tiada RM1,000
12 4% Tiada RM1,000
18 5% Tiada RM2,000
24 6% Tiada RM2,000
36 7% Tiada RM3,000

Cara mohon Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)

Berikut ialah langkah-langkah untuk mohon pelan pindahan baki Affin Bank/Affin Islamic Bank.

  1. Muatturun (download) borang permohonan AffinBank Balance Transfer Installment Plan.
  2. Isi dan lengkapkan borang tersebut.
  3. E-Mail kan kepada [email protected] atau Faks ke nombor 03-20261424

Kad kredit Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP). Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Affinbank Visa Business Platinum

Affinbank Visa Business Platinum
Kad kredit khusus untuk pemilik perniagaan yang inginkan keistimewaan dan kelesaan berbelanja di dalam dan luar negara. Dapatkan rebat tunai (cashbacks) tanpa had dan juga akses istimewa di padang golf seluruh negara.
Info Lanjut

Affinbank World MasterCard

Affinbank World MasterCard
Dapatkan kelebihan servis Concierge daripada MasterCard dan 6 kali akses ke lounge lapangan terbang setiap tahun dengan kad kredit ini. Dapatkan juga perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1,000,000!
Info Lanjut

AFFIN Islamic World MasterCard

Kad Kredit AFFIN Islamic World MasterCard
Kad kredit perjalanan elit yang memberikan anda mata ganjaran (rewards points) untuk aktiviti anda padang golf, akses di lounge lapangan terbang, dan juga perkhidmatan istimewa MasterCard Concierge. Kad ini juga menawarkan perkhidmatan AFFIN Islamic World MasterCard Customer Service untuk kemudahan anda.
Info Lanjut

Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless

Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless
Kad Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless khusus untuk pengguna tegar BHPetrol. Dapatkan sehingga 10% pulangan rebat tunai (cashback) dengan kad kredit Affinbank ini. Anda juga akan menerima mata ganjaran (rewards point) dengan setiap perbelanjaan RM1 tanpa had. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki, ansuran mudah, dan pendahuluan tunai.
Info Lanjut

Affinbank Visa/MasterCard Gold

Affinbank Visa/ MasterCard Gold
Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan penerbangan percuma, baucar, hadiah, dan barangan hebat.
Info Lanjut

AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards
Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan perlindungan insurans dengan caj dan yuran yang mampu milik.
Info Lanjut

AFFIN DUO Visa Cash Back

Kad kredit AFFIN DUO Visa Cash Back
Kad kredit AFFIN DUO Visa Cash Back sangat sesuai untuk kaki shopping online, atau mereka yang selalu top up e-Wallet. Dapatkan cashback dengan setiap transaksi online anda.
Info Lanjut

AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 
Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat Kematian, di samping beramal dengan setiap transaksi.
Info Lanjut

Affin Duo+ Visa

Kad kredit Affin Duo+ Visa
Kad kredit Affin Duo+ Visa menawarkan pulangan tunai sehingga 3% setiap bulan. Bukan itu sahaja, yuran tahunan juga dikecualikan untuk 3 tahun pertama, menjadikan kad ini memberi lebih nilai dengan setiap perbelanjaan.
Info Lanjut

AFFIN MasterCard Gold-i

Kad kredit AFFIN MasterCard Gold-i
AFFIN MasterCard Gold-i menawarkan pelbagai manfaat menarik seperti mata ganjaran, perlindungan, dan sumbangan amal/ Sesuai untuk mereka yang sedang mencari kad kredit patuh Syariah.
Info Lanjut

AFFIN Mastercard Basic-i

Kad kredit Affin MasterCard Basic-i
Kad Kredit AFFIN Mastercard Basic-i menawarkan kemudahan tanpa yuran tahunan seumur hidup, sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan kad kredit. Nikmati pelbagai manfaat seperti sumbangan kebajikan dan perlindungan khairat kematian percuma.
Info Lanjut

Affin Duo+ MasterCard

Kad kredit Affin Duo+ MasterCard
AFFIN DUO+ Mastercard menawarkan 3X Mata Ganjaran AFFIN tanpa had untuk perbelanjaan terpilih, menjadikan kad ini sebagai pilihan terbaik untuk pengumpul mata ganjaran di Malaysia.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan  untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.