Akan dibuka dalam tab baharu

AFFIN MasterCard Gold-i

Kad Kredit Patuh Syariah Pilihan Ramai

Kad kredit AFFIN MasterCard Gold-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM150
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Mata ganjaran, Pelan kewangan lengkap, Perlindungan perbelanjaan pengebumian

Mencari kad kredit yang memenuhi keperluan kewangan anda patuh Syariah pada masa yang sama? Kad Kredit AFFIN MasterCard Gold-i mungkin pilihan terbaik. Dengan pelbagai manfaat menarik seperti mata ganjaran, perlindungan perbelanjaan pengebumian, dan sumbangan amal, kad ini direka khusus untuk warga Malaysia yang mahukan kemudahan dan ketenangan fikiran dalam pengurusan kewangan mereka. Teruskan membaca untuk mengetahui sama ada AFFIN MasterCard Gold-i sesuai untuk anda atau tidak.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AFFIN MasterCard Gold-i

Kad AFFIN MasterCard Gold-i menawarkan pelbagai manfaat menarik, termasuk:

  • Mata Ganjaran AFFIN: Dapatkan 1 Mata Ganjaran AFFIN untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk transaksi runcit (kecuali transaksi amal, kerajaan, dan petrol). Tukar mata ganjaran anda kepada Enrich Points, AirAsia BIG Points, atau Malindo Miles untuk penerbangan percuma.
  • Perlindungan Perbelanjaan Pengebumian: Nikmati perlindungan perbelanjaan pengebumian percuma bernilai RM1,000.
  • Sumbangan Amal: Sebahagian daripada setiap transaksi runcit anda akan disumbangkan kepada badan amal terpilih.
  • Pelan Pembayaran Mudah: Nikmati pelan ansuran mudah Affin Fixed Payment Plan (FPP) dan Easy Payment Plan (EPP) di pedagang yang mengambil bahagian.
  • Pengecualian Yuran Tahunan: Yuran tahunan dikecualikan untuk tahun pertama dan tahun-tahun berikutnya dengan minimum 12 transaksi setahun.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Slip gaji terkini atau penyata bank 3 bulan terkini.
  • Dokumen berkaitan.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM150
Dikecualikan tahun pertama dan seterusnya dengan 12 transaksi setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM75
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
Bayaran penuh
Caj Lewat Bayar
RM atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
70% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
17.5%

Maklumat Tambahan

Pelan Pembiayaan

Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)
Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)

Buat pindahan baki dari RM1,000 ke Affinbank dengan bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada kadar faedah dikenakan, cuma sedikit caj pengendalian (upfront handling fee).

Maklumat Lanjut
Affin Cash On Call Instalment Plan
Affin Cash On Call Instalment Plan

Pinjam serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran dari 6 hingga 24 bulan dengan caj kadar faedah yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AFFIN MasterCard Gold-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mohon.

Mohon dalam talian:

  1. Layari laman sesawang AFFIN Always.
  2. Pilih bahagian Kad Kredit.
  3. Pilih “AFFIN MasterCard Gold-i.”
  4. Lengkapkan maklumat dan hantar permohonan.

Klik di sini untuk ke laman AFFIN Always.

Mohon melalui cawangan:

Kunjungi cawangan AFFIN Bank terdekat untuk mohon. Lihat senarai cawangan AFFIN Bank di Malaysia.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui saluran berikut:

  • Bahagian Kad Kredit/Debit AFFIN Group di talian 03-2028 2222.
  • Hantar E-Mel di alamat [email protected].
  • Berbual dengan Chatbot (Affina) di laman sesawang AFFIN Always.

Kesimpulan & Perspektif

Kesimpulan & Perspektif

Kad Kredit AFFIN MasterCard Gold-i menawarkan gabungan menarik antara ganjaran, ciri-ciri patuh Syariah, dan sumbangan amal. Kadar keuntungan yang kompetitif dan pengecualian yuran tahunan dengan syarat penggunaan minimum menjadikannya pilihan yang menarik bagi pengguna yang bijak berbelanja. Walaupun manfaat seperti perlindungan perbelanjaan pengebumian menambahkan nilai, penting untuk mempertimbangkan keperluan peribadi anda dan membandingkannya dengan kad kredit lain di pasaran.

Jika anda mencari kad yang mengutamakan ganjaran perjalanan dan sumbangan amal sambil mematuhi prinsip Syariah, Kad Kredit AFFIN MasterCard Gold-i berpotensi menjadi pilihan yang sesuai. Namun, jika anda kerap mengeluarkan tunai, yuran pengeluaran tunai yang tinggi mungkin sedikit membebankan.

Bandingkan kad kredit patuh Syariah melalui sistem tapisan kad kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari Kad Kredit Islamik terbaik.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AFFIN MasterCard Gold-i

Tidak, tiada had untuk penukaran mata ganjaran AFFIN.

Anda boleh menyemak baki mata ganjaran anda melalui penyata bulanan kad kredit atau dengan menghubungi khidmat pelanggan.

Senarai penuh peniaga yang mengambil bahagian boleh didapati di laman web AFFIN Bank.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Affin Islamic Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Affin Islamic Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Affin Islamic Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AFFIN MasterCard Gold-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Affin Islamic Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AFFIN MasterCard Gold-i

Ada soalan tambahan berhubung AFFIN MasterCard Gold-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Affin Islamic Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Affin Islamic Bank Berhad

Affin Islamic Bank Berhad
AFFIN Islamic Bank Berhad, anak syarikat penuh Affin Bank, adalah bank Islamik sepenuhnya yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan patuh Syariah. Dari akaun simpanan, kad kredit dan debit, Takaful, hingga pembiayaan perumahan, kenderaan, dan peribadi (termasuk Pembiayaan Peribadi-i yang popular), AFFIN Islamic menyediakan penyelesaian perbankan Islam yang komprehensif untuk individu dan perniagaan di Malaysia.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

BSN 1 TeachersCard MasterCard

Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…