Akan dibuka dalam tab baharu

AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i

Dapatkan ganjaran berganda dengan manfaat premium, dan buat amal jariah dengan kad kredit patuh Syariah ini.

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
1x mata AFFIN Rewards, Air Miles, Sumbangan Amal

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard adalah sebuah kad patuh Syariah yang menawarkan pelbagai ganjaran, manfaat, dan didatangkan dengan ciri-ciri premium dengan prinsip Islamik. Di samping menerima pulangan mata ganjaran dan kelebihan perjalanan, anda juga dapat menyumbang kembali kepada masyarakat dengan setiap transaksi.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i

  • 1x mata AFFIN Rewards untuk setiap RM1 yang dibelanjakan ketika menjamu selera, barangan runcit, transaksi dalam talian, dan sebarang transaksi runcit tempatan.
  • Tukar mata ganjaran terkumpul kepada Mata Enrich, Mata BIG AirAsia, atau Mata Malindo Miles untuk penerbangan percuma.
  • Perlindungan Khairat Kematian percuma sehingga RM1,000.
  • Berbelanja sambil beramal di mana pihak AFFIN Islamic akan menyumbang sebahagian daripada transaksi kad anda kepada badan amal terpilih.
  • Penjimatan maksimum dengan pengecualian yuran tahunan seumur hidup.
  • Buat pindahan baki tertunggak kepada kad kredit AFFIN anda dengan AffinBank Balance Transfer Installment Plan (BTiP).
  • Tukar pembelian tunai anda kepada bayaran ansuran mudah dengan AffinBank EiPlan.
  • Dapatkan tunai segera di saat kecemasan dengan Affin Cash On Call Instalment Plan (CiP).
  • Nikmati perlindungan Takaful keluarga melalui AFFIN Takaful myCredit Shield.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad/Pasport).
  • Bukti pendapatan (Slip gaji/Penyata KWSP/Penyata Komisen/Resit Bayaran Cukai).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
Bayaran penuh
Caj Lewat Bayar
RM atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
90% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

  • Anda hanya boleh menggunakan kad kredit 100% Patuh Syariah ini untuk transaksi Halal (dibenarkan) sahaja.

Pelan Pembiayaan

Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)
Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)

Buat pindahan baki dari RM1,000 ke Affinbank dengan bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada kadar faedah dikenakan, cuma sedikit caj pengendalian (upfront handling fee).

Maklumat Lanjut
AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)
AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)

Dapatkan pelan bayaran ansuran Affinbank ini dengan pembelian serendah RM500. Tiada caj faedah dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Affin Cash On Call Instalment Plan
Affin Cash On Call Instalment Plan

Pinjam serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran dari 6 hingga 24 bulan dengan caj kadar faedah yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berminat untuk mohon kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i? Ikuti langkah-langkah berikut:

Mohon dalam talian:

  1. Layari laman sesawang AFFIN Always.
  2. Kilik butang “Mohon Sekarang.”
  3. Pilih “AFFIN Platinum Mastercard-i.”
  4. Lengkapkan maklumat dan hantar permohonan.

Klik di sini untuk ke laman AFFIN Always.

Mohon melalui cawangan:

Kunjungi cawangan AFFIN Bank terdekat untuk mohon. Lihat senarai cawangan AFFIN Bank di Malaysia.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i melalui saluran berikut:

  • Bahagian Kad Kredit/Debit AFFIN Group di talian +603-2028 6300.
  • Hantar E-Mel di alamat [email protected].
  • Kunjungi cawangan AFFIN Bank berdekatan.
  • Berbual dengan Chatbot (Affina) di laman sesawang AFFIN Always.

 

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Affin Islamic Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Affin Islamic Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Affin Islamic Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Affin Islamic Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Affin Islamic Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Affin Islamic Bank Berhad

Affin Islamic Bank Berhad
AFFIN Islamic Bank Berhad, anak syarikat penuh Affin Bank, adalah bank Islamik sepenuhnya yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan patuh Syariah. Dari akaun simpanan, kad kredit dan debit, Takaful, hingga pembiayaan perumahan, kenderaan, dan peribadi (termasuk Pembiayaan Peribadi-i yang popular), AFFIN Islamic menyediakan penyelesaian perbankan Islam yang komprehensif untuk individu dan perniagaan di Malaysia.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

BSN 1 TeachersCard MasterCard

Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…