Akan dibuka dalam tab baharu

AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM75
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran

Anda sedang mencari kad kredit mampu milik tetapi nak pulangan ganjaran yang  berbaloi? Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards mungkin jawapannya. Kad kredit Affin Bank ini bukan sahaja menawarkan pulangan mata ganjaran, tetapi juga pelan kredit yang lengkap.

Pulangan Mata Ganjaran Affin

Swipe kad AFFIN Duo MasterCard Rewards anda untuk perbelanjaan runcit, petrol, atau menjamu selera dan anda akan dihadiahkan dengan 3x AFFIN Rewards Points. Kumpul mata ganjaran ini dan tebus dengan hadiah, baucar, atau Air Miles melalui katalog Affin Rewards.

Tetapi, anda perlu tebus segera kerana mata ganjaran ini hanya sah selama 3 tahun.

Perlindungan AFFIN Credit Shield

Nikmati ketenangan minda dengan pelan perlindungan AFFIN Credit Shield. Pelan ini dikendalikan oleh AXA AFFIN Life Insurance Berhad.

Pelan AFFIN Credit Shield menawarkan perlindungan insurans yang akan menyelesaikan baki tertunggak kad anda sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal. Jumlah perlindungan adalah sehingga RM300,000.

Pelan ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia, Singapura, Brunei, dan juga pemastautin tetap (PR) di Malaysia yang berumur antara 21 hingga 65 tahun.

Pelan Kredit Lengkap

Selain itu, kad kredit AFFIN DUO Rewards MasterCard juga menawarkan tiga pelan kredit untuk memudahkan urusan kewangan anda.

Buat pindahan baki daripada kad kredit lain melalui pelan  Affinbank Balance Transfer Plan (BTiP). Pelan ini menawarkan zero interest (0% interest) dengan tempoh bayaran balik sehingga 36 bulan. Hanya caj pengendalian serendah 2% akan dikenakan setiap kali anda buat pindahan.

Pelan bayaran ansuran mudah Affinbank EiPlan memudahkan anda buat pembelian dengan bayaran ansuran tanpa kadar faedah. Seperti juga pelan BTiP, hanya caj pengendalian yang dikenakan sekali sahaja. Anda boleh beli barang serendah RM500 untuk layak menggunakan pelan ini.

Pelan Affin Cash-On-Call (CIP) pula sangat membantu di saat anda memerlukan tunai segera. Dengan pelan ini, anda boleh pinjam sehingga 90% daripada had kredit kad AFFIN DUO MasterCard Rewards anda. Pilih untuk bayar balik dari 6 hingga 24 bulan.

Pelan-pelan yang ditawarkan ini bukan sahaja membantu anda mengurus kewangan dengan lebih mudah, tetapi juga boleh membantu di saat terdesak.

Yuran Tahunan Dikecualikan

Yuran tahunan yang dikenakan juga adalah sangat menjimatkan. Anda tidak perlu bayar sebarang yuran tahunan untuk 3 tahun pertama anda memiliki kad ini. Tahun berikutnya pula yuran dikecualikan jika anda swipe kad AFFIN DUO Rewards MasterCard sekurang-kurangnya 12 kali pada tahun tersebut. Anda juga cuma perlu bayar RM30 setahun untuk setiap kad tambahan – sangat-sangat berbaloi.

Siapa Boleh Mohon?

Syarat kelayakan untuk kad kredit Affin Bank ini adalah sangat longgar. Kad ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas dengan gaji kasar tidak kurang daripada RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun.

Kad kredit AFFIN DUO Rewards MasterCard menawarkan pulangan ganjaran yang sangat berbaloi di samping pelan kredit yang lengkap dan perlindungan insurans yang sangat membantu. Dengan syarat kelayakan yang mudah dimohon dan yuran yang tidak membebankan, kad ini sangat sesuai dimohon sekiranya anda ingin kad kredit yang jimat tetapi menawarkan pulangan hebat.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan sehingga 3x mata ganjaran AFFIN Rewards Points dengan setiap RM1 yang anda belanjakan. Ganjaran ini sah untuk menjamu selera, barangan runcit, dan isian minyak petrol. Kumpul mata AFFIN ini sebanyak mana yang boleh dan tebus dengan hadiah, baucar, atau Air Miles sebelum tempoh 3 tahun tamat.

Lihat senarai ganjaran daripada katalog AFFIN Rewards

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
3 RM1 Transaksi petrol, menjamu selera, runcit

Ganjaran petrol

Swipe kad AFFIN DUO Rewards MasterCard setiap kali anda mengisi minyak petrol di sebarang stesen minyak dan nikmati pulangan 3x mata ganjaran dengan setiap RM1.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM75
3 tahun pertama tiada yuran tahunan. Tahun berikutnya yuran dikecualikan untuk transaksi tidak lebih daripada 12 kali.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM30
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
Bayaran penuh
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)
Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)

Buat pindahan baki dari RM1,000 ke Affinbank dengan bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada kadar faedah dikenakan, cuma sedikit caj pengendalian (upfront handling fee).

Maklumat Lanjut
AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)
AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)

Dapatkan pelan bayaran ansuran Affinbank ini dengan pembelian serendah RM500. Tiada caj faedah dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Affin Cash On Call Instalment Plan
Affin Cash On Call Instalment Plan

Pinjam serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran dari 6 hingga 24 bulan dengan caj kadar faedah yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AFFIN DUO MasterCard Rewards

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Affin Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Affin Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Affin Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Affin Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung AFFIN DUO MasterCard Rewards?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Affin Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Affin Bank Berhad

Affin Bank Berhad
Affin Bank Berhad, yang ditubuhkan pada 2001 hasil penggabungan, adalah anak syarikat Affin Holdings dengan 110 cawangan di seluruh Malaysia. Walaupun lebih menumpukan kepada perbankan perniagaan dan korporat, Affin Bank menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional untuk individu, termasuk akaun, kad, dan pelbagai pembiayaan. Nota: Affin Bank Berhad tidak menawarkan pinjaman peribadi; pembiayaan peribadi Islamik disediakan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit UOB PRVI Miles

Kad kredit UOB PRVI Miles menawarkan mata ganjaran UNIRinggit yang boleh anda tebus untuk barangan…