Akan dibuka dalam tab baharu

Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless

Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM150
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Pulangan Tunai

Kad kredit Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless adalah hasil kerjasama antara pihak Affinbank dan BHPetrol. Kad khusus untuk pengguna BHPetrol ini menawarkan pulangan dalam bentuk ganjaran rebat tunai (Cashback) setiap kali anda mengisi minyak di Stesen BHPetrol (BHpetrol station) seluruh negara.

Rebat tunai ditawarkan sehingga 10% untuk hari minggu (Sabtu-Ahad), dan 2% untuk hari bekerja (Isnin-Jumaat). Anda boleh berbelanja seberapa banyak yang anda ingini untuk mendapat pulangan Cash back. Walau bagaimanapun, nilai maksimum dihadkan kepada RM50 setiap bulan.

Selain rebat tunai, kad Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless juga menawarkan pulangan mata ganjaran (rewards points) untuk perbelanjaan lain. Anda akan menerima 1 mata ganjaran AFFIN untuk setiap RM1 yang anda belanjakan melalui kad ini. Mata ganjaran ini tiada had – jadi anda boleh kumpul seberapa banyak mata yang anda inginkan.

Kad Affinbank BHPetrol ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan pendahuluan tunai.

Pelan pindahan baki Affinbank Balance Transfer membenarkan anda buat pemindahan dari serendah RM1,000 dengan bayaran bulanan sehingga 36 bulan. Pelan ini adalah zero interest, jadi anda tidak perlu risau dengan bayaran faedah setiap tahun.

Affinbank EiPlan pula adalah pelan bayaran ansuran mudah yang boleh anda guna bersama kad Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless. Anda hanya perlu beli barangan bermula dari serendah RM500 dan pilih untuk buat bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian yang dikenakan, hanya caj kadar faedah tahunan yang berpatutan bergantung kepada jumlah pembelian.

Jika anda terdesak nak guna wang tunai, anda boleh gunakan pelan Affin Cash on Call Instalment. Pelan ini membenarkan anda buat pinjaman tunai kad kredit sehingga 90% daripada had kredit anda dengan bayaran balik sehingga 24 bulan. Caj kadar faedah yang dikenakan adalah one-time fee dan tidak berulang.

Pihak Affinbank juga menawarkan pilihan perlindungan pelan insurans Affin Credit Shield yang akan menyelesaikan baki tertunggak sekiranya berlaku kecelakaan. Pelan ini juga melindungi anda dari hilang upaya kekal sehingga RM300,000.

Untuk layak mohon, anda hanya perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM24,000. Kad ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja, bukan hanya kepada Warganegara Malaysia. Ini bermakna Pemastautin Tetap (Permanent Resident) dan Ekspatriat (Expatriate) juga boleh mohon.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, caj dikenakan, dan bagaimana untuk mohon secara atas talian (online) dengan keputusan pantas.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan rebat tunai dengan setiap isian minyak di stesen BHPetrol seluruh negara. Cashback sebanyak 10% untuk hari minggu, dan 2% untuk hari bekerja. Tiada perbelanjaan minimum, tetapi nilai ganjaran rebat tunai dihadkan kepada RM50 setiap bulan.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Isian petrol di stesen minyak BHPetrol (hari minggu) 10% RM50 Sebarang nilai
Isian petrol di stesen minyak BHPetrol (hari bekerja) 2% RM50 Sebarang nilai

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan pulangan mata ganjaran (rewards points) dalam bentuk AFFIN Rewards Points setiap kali anda berbelanja menggunakan kad ini. 1 mata ganjaran untuk setiap RM1. Mata ganjaran ini boleh anda tebus untuk makan, baucar beli-belah atau peranti yang ditawarkan oleh pihak Affinbank.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
1 RM1 Perbelanjaan runcit

Ganjaran petrol

Pulangan rebat tunai sehingga 10% untuk setiap perbelanjaan Petrol di stesen minyak BHPetrol.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM150
Percuma untuk tahun pertama. Tahun berikutnya yuran dibatalkan untuk perbelanjaan RM2,400 ke atas atau 12 kali swipe.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM75
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)
Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)

Buat pindahan baki dari RM1,000 ke Affinbank dengan bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada kadar faedah dikenakan, cuma sedikit caj pengendalian (upfront handling fee).

Maklumat Lanjut
AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)
AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)

Dapatkan pelan bayaran ansuran Affinbank ini dengan pembelian serendah RM500. Tiada caj faedah dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Affin Cash On Call Instalment Plan
Affin Cash On Call Instalment Plan

Pinjam serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran dari 6 hingga 24 bulan dengan caj kadar faedah yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Affin Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Affin Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Affin Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Affin Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

1 Comment
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Affin Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Affin Bank Berhad

Affin Bank Berhad
Affin Bank Berhad, yang ditubuhkan pada 2001 hasil penggabungan, adalah anak syarikat Affin Holdings dengan 110 cawangan di seluruh Malaysia. Walaupun lebih menumpukan kepada perbankan perniagaan dan korporat, Affin Bank menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional untuk individu, termasuk akaun, kad, dan pelbagai pembiayaan. Nota: Affin Bank Berhad tidak menawarkan pinjaman peribadi; pembiayaan peribadi Islamik disediakan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i

Kad kredit Islamik ini menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 4% setiap bulan dengan perlindungan pembelian…

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor's Edition 

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition ditawarkan khusus kepada doktor dan doktor gigi. Dengan yuran tahunan percuma…

Kad kredit BSN Al-Aiman Emas

Kad Kredit BSN Al-Aiman Emas menawarkan kebebasan daripada fi tahunan seumur hidup, perlindungan takaful percuma,…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…