Akan dibuka dalam tab baharu

AFFIN Mastercard Basic-i

Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan Seumur Hidup

Kad kredit Affin MasterCard Basic-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Tanpa yuran tahunan, Sumbangan kebajikan, Perlindungan khairat kematian

Memiliki kad kredit pertama boleh menjadi langkah penting dalam menguruskan kewangan peribadi. Kad Kredit AFFIN Mastercard Basic-i menawarkan kemudahan dan fleksibiliti tanpa membebankan anda dengan yuran tahunan. Baca lebih lanjut untuk tahu tentang manfaat, ciri-ciri, kaedah permohonan, dan segalanya yang anda perlu tahu tentang kad kredit ini.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AFFIN Mastercard Basic-i

  • Tiada Yuran Tahunan Seumur Hidup: Nikmati kelebihan menggunakan kad kredit tanpa perlu risau tentang yuran tahunan.
  • Sumbangan Kebajikan: Sebahagian daripada transaksi runcit anda akan disumbangkan kepada badan amal terpilih. Ini bermaksud, setiap kali anda berbelanja, anda juga turut beramal.
  • Perlindungan Khairat Kematian: Dapatkan perlindungan khairat kematian percuma bernilai RM1,000 sebagai manfaat tambahan.
  • Pelan Pembiayaan Fleksibel: Nikmati pelbagai pelan pembiayaan seperti Pelan Pemindahan Baki, Pelan Ansuran Mudah, dan Pelan Ansuran Tunai yang datang dengan kad ini.
  • Akses Global: Kad ini diterima di lebih 30 juta peniaga di seluruh dunia yang menerima transaksi Mastercard.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang).
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata bank 3 bulan terkini.
  • Dokumen lain yang berkaitan (jika perlu).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
Bayaran penuh
Caj Lewat Bayar
RM atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
25% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

Kad Kredit AFFIN Mastercard Basic-i adalah kad kredit Islamik patuh Syariah. Oleh itu, kad ini hanya boleh digunakan untuk transaksi pembelian barangan dan perkhidmatan yang halal. Affin Islamic berhak untuk menyekat sebarang transaksi yang tidak halal seperti perjudian, minuman keras, rokok, dan sebagainya.

Pelan Pembiayaan

Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)
Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)

Buat pindahan baki dari RM1,000 ke Affinbank dengan bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada kadar faedah dikenakan, cuma sedikit caj pengendalian (upfront handling fee).

Maklumat Lanjut
Affin Cash On Call Instalment Plan
Affin Cash On Call Instalment Plan

Pinjam serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran dari 6 hingga 24 bulan dengan caj kadar faedah yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AFFIN Mastercard Basic-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Dalam Talian:

  1. Layari laman web rasmi AFFIN Bank.
  2. Cari bahagian Kad Kredit.
  3. Pilih Kad Kredit AFFIN Mastercard Basic-i.
  4. Klik “Mohon Sekarang”.
  5. Isi borang permohonan dalam talian dengan lengkap.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Hantar permohonan anda.

Klik untuk melayari laman web Affin Bank.

Melalui Cawangan:

  1. Kunjungi cawangan AFFIN Bank yang terdekat.
  2. Dapatkan borang permohonan kad kredit.
  3. Isi borang dengan lengkap.
  4. Serahkan borang bersama dokumen yang diperlukan kepada pegawai bank.

Klik untuk melihat senarai cawangan Affin Bank

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan AFFIN Bank melalui:

Kesimpulan & Perspektif

Kad Kredit AFFIN Mastercard Basic-i menawarkan beberapa kelebihan seperti tiada yuran tahunan seumur hidup, sumbangan kebajikan, dan perlindungan khairat kematian. Pelan pembiayaan yang fleksibel juga memudahkan anda menguruskan kewangan peribadi. Walau bagaimanapun, anda perlu pertimbangkan faktor di mana kad ini hanya membenarkan transaksi untuk barangan dan perkhidmatan halal sahaja. Kadar faedah dan caj lain juga perlu diberi perhatian sebelum anda mohon.

Jika anda ingin melihat lebih pilihan kad kredit, anda boleh membandingkan kad kredit lain yang terdapat di pasaran melalui laman Cari Kad Kredit yang kami sediakan melalui bahagian Sumber Tambahan di bawah.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AFFIN Mastercard Basic-i

Ya, anda layak memohon jika anda mempunyai pendapatan tetap dan dapat menyediakan dokumen yang diperlukan.

Bank akan menyumbangkan sebahagian peratusan daripada setiap transaksi runcit anda kepada badan kebajikan terpilih. Maklumat lanjut tentang peratus sebenar sumbangan ini boleh didapati di laman web AFFIN Bank.

Anda akan dikenakan caj lewat bayar seperti yang dinyatakan dalam jadual fi dan caj.

a, kad ini boleh digunakan di mana-mana pedagang yang menerima MasterCard.

Anda boleh menyemak baki kad kredit anda melalui perbankan atas talian AFFIN Bank, aplikasi mudah alih AFFIN Bank, atau dengan menghubungi khidmat pelanggan.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Affin Islamic Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Affin Islamic Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Affin Islamic Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AFFIN Mastercard Basic-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Affin Islamic Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AFFIN Mastercard Basic-i

Ada soalan tambahan berhubung AFFIN Mastercard Basic-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Affin Islamic Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Affin Islamic Bank Berhad

Affin Islamic Bank Berhad
AFFIN Islamic Bank Berhad, anak syarikat penuh Affin Bank, adalah bank Islamik sepenuhnya yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan patuh Syariah. Dari akaun simpanan, kad kredit dan debit, Takaful, hingga pembiayaan perumahan, kenderaan, dan peribadi (termasuk Pembiayaan Peribadi-i yang popular), AFFIN Islamic menyediakan penyelesaian perbankan Islam yang komprehensif untuk individu dan perniagaan di Malaysia.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

BSN 1 TeachersCard MasterCard

Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…