Akan dibuka dalam tab baharu

Affin Duo+ MasterCard

Nikmati Ganjaran Berganda

Kad kredit Affin Duo+ MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM100
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM4000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran Affin, Pelan Kewangan Lengkap, Air Miles

Ingin pulangan ganjaran berganda dengan setiap perbelanjaan anda? Kad kredit AFFIN DUO+ MasterCard mungkin kad yang anda cari. Kad kredit ini bukan sahaja menawarkan mata ganjaran yang lumayan, tetapi datang dengan ciri-ciri menarik yang akan memberi lebih nilai untuk wang anda. Baca lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana kad kredit Affin Bank ini boleh menjadi teman kewangan yang sempurna.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Affin Duo+ MasterCard

AFFIN DUO+ MasterCard menawarkan pelbagai faedah menarik khusus untuk gaya hidup moden.

  • Mata Ganjaran AFFIN 3X: Nikmati Mata Ganjaran AFFIN tiga kali ganda apabila anda berbelanja dalam kategori-kategori seperti penerbangan, e-dagang/transaksi dalam talian, transaksi bebas cukai, hotel dan transaksi di luar negara. Ini bermakna setiap pembelian dalam kategori ini akan membolehkan anda mengumpul mata ganjaran dengan lebih pantas.
  • Mata Ganjaran Tanpa Had: Tiada had maksimum yang ditetapkan untuk mata ganjaran yang boleh anda kumpul dengan AFFIN DUO+ Mastercard. Lebih banyak anda berbelanja dalam kategori yang dinyatakan, lebih banyak mata ganjaran yang akan anda perolehi.
  • Mata Ganjaran Sah Selama 3 Tahun: Mata Ganjaran AFFIN anda mempunyai tempoh sah selama 3 tahun (36 bulan) dari tarikh ia dikeluarkan. Ini memberi anda masa yang cukup untuk mengumpul mata ganjaran sebelum ditebus.
  • Pengecualian Yuran Tahunan: Nikmati pengecualian yuran tahunan untuk tiga (3) tahun pertama. Untuk tahun-tahun berikutnya, yuran tahunan akan dikecualikan secara automatik dengan minimum 12 kali transaksi runcit setiap tahun.
  • Penukaran Mata Ganjaran kepada Air Miles: Tukar Mata Ganjaran AFFIN anda kepada Air Miles seperti Enrich Miles, AirAsia BIG Points, dan/atau Malindo Miles pada kadar tukaran yang kompetitif untuk menebus penerbangan percuma. Kelebihan ini sangat sesuai untuk mereka yang gemar melancong.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM4000 sebulan atau RM48000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

Untuk memohon AFFIN DUO+ Mastercard, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan: Salinan kad pengenalan (MyKad) untuk pemohon utama dan pemohon tambahan. Pastikan salinan kad pengenalan anda jelas dan tidak kabur.
  • Bukti Pendapatan:
    • Pekerja Bergaji: Slip gaji terkini untuk 3 bulan terakhir.
    • Pekerja Sendiri: Penyata bank syarikat untuk 6 bulan terakhir.
    • Pekerja Profesional: Salinan sijil pendaftaran profesional.
  • Penyata Bank: Penyata bank terkini untuk 3 bulan terakhir. 
  • Dokumen Tambahan: Anda mungkin perlu menyediakan dokumen tambahan sekiranya diminta oleh pihak Affin Bank.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM100
Dikecualikan untuk 3 tahun pertama dan tahun seterusnya dengan 12 transaksi runcit setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM50
RMDikecualikan untuk 3 tahun pertama dan tahun seterusnya dengan 12 transaksi runcit setahun
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
20% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

Selain daripada ciri-ciri yang telah disebutkan, AFFIN DUO+ Mastercard juga menawarkan perlindungan tambahan melalui:

  • AFFIN Takaful myCredit Shield: Pelan perlindungan tempoh yang menyediakan perlindungan kepada pemegang kad AFFIN ISLAMIC. Ini memberikan ketenangan fikiran sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
  • AFFIN Credit Shield: Pelan perlindungan tempoh yang menyediakan perlindungan kepada pemegang kad AFFIN BANK. Ini memastikan anda dan keluarga anda dilindungi secara kewangan.

Pelan Pembiayaan

AFFIN DUO+ Mastercard menawarkan beberapa pilihan pelan pembiayaan untuk membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih fleksibel. Setiap pelan ini mempunyai terma dan syarat tersendiri, termasuk tempoh ansuran, kadar faedah (jika ada), dan jumlah minimum pemindahan/pembelian.

Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)
Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)

Buat pindahan baki dari RM1,000 ke Affinbank dengan bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada kadar faedah dikenakan, cuma sedikit caj pengendalian (upfront handling fee).

Maklumat Lanjut
AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)
AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)

Dapatkan pelan bayaran ansuran Affinbank ini dengan pembelian serendah RM500. Tiada caj faedah dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Affin Cash On Call Instalment Plan
Affin Cash On Call Instalment Plan

Pinjam serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran dari 6 hingga 24 bulan dengan caj kadar faedah yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Affin Duo+ MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Dalam Talian:

  1. Layari laman web rasmi AFFIN Bank.
  2. Cari bahagian Kad Kredit.
  3. Pilih Kad Kredit AFFIN Duo+.
  4. Klik pada butang  “Mohon Sekarang” atau  “Apply Now”.
  5. Isi borang permohonan dalam talian dengan lengkap.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan seperti yang tertera di bahagian Dokumen.
  7. Semak semula semua maklumat yang telah diisi sebelum menghantar permohonan.

Klik untuk melayari laman web Affin Bank.

Melalui Cawangan:

  1. Kunjungi cawangan AFFIN Bank yang terdekat.
  2. Dapatkan borang permohonan kad kredit.
  3. Isi borang dengan lengkap.
  4. Serahkan borang bersama dokumen yang diperlukan kepada pegawai bank.

Klik untuk melihat senarai cawangan Affin Bank

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan AFFIN Bank melalui:

Kesimpulan & Perspektif

AFFIN DUO+ Mastercard menawarkan pilihan yang menarik bagi individu yang mencari pulangan mata ganjaran berganda dengan setiap perbelanjaan, luar adan dalam talian. Pulangan sehingga 3x mata ganjaran dengan pengecualian yuran tahunan, memberi lebih nilai kepada kad ini. Walaupun kad ini menawarkan pelan ansuran yang fleksibel untuk menguruskan pembelian, anda perlu teliti caj kadar faedah dan yuran pengeluaran tunai yang dikenakan. Kelayakan pendapatan minimum yang agak tinggi mungkin menyukarkan permohonan bagi sesetengah individu.

Sesuai atau tidak kad ini untuk anda adalah bergantung kepada tabiat perbelanjaan dan disiplin kewangan anda. Penggunaan yang bertanggungjawab, termasuk membayar baki sepenuhnya, adalah penting untuk memaksimumkan kelebihan dan mengelakkan caj yang tidak perlu. Pertimbangkan keperluan individu dan corak perbelanjaan anda untuk menentukan sama ada AFFIN DUO+ Mastercard adalah sesuai untuk gaya hidup kewangan anda.

Rujuk bahagian sumber tambahan di bawah untuk maklumat lanjut berhubung kad kredit, atau untuk mencari kad kredit lain yang mungkin lebih sesuai dengan situasi kewangan anda.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Affin Duo+ MasterCard

Ya, apabila anda memohon AFFIN DUO+, anda akan diberikan dua (2) kad kredit secara bersama iaitu AFFIN DUO+ Visa dan AFFIN DUO+ Mastercard.

AFFIN DUO+ Visa menawarkan pulangan tunai 3% untuk transaksi tanpa sentuh, manakala AFFIN DUO+ Mastercard menawarkan 3X Mata Ganjaran AFFIN untuk perbelanjaan dalam kategori tertentu seperti penerbangan, e-dagang, bebas cukai, hotel, dan transaksi luar negara. Kedua-dua kad ini dikeluarkan bersama apabila anda memohon AFFIN DUO+.

Anda boleh merujuk kepada penyata bulanan kad kredit anda atau menyemak baki semasa dalam talian di laman web AFFIN Rewards. Klik untuk ke laman AFFIN Rewards.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Affin Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Affin Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Affin Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Affin Duo+ MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Affin Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Affin Duo+ MasterCard

Ada soalan tambahan berhubung Affin Duo+ MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Affin Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Affin Bank Berhad

Affin Bank Berhad
Affin Bank Berhad, yang ditubuhkan pada 2001 hasil penggabungan, adalah anak syarikat Affin Holdings dengan 110 cawangan di seluruh Malaysia. Walaupun lebih menumpukan kepada perbankan perniagaan dan korporat, Affin Bank menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional untuk individu, termasuk akaun, kad, dan pelbagai pembiayaan. Nota: Affin Bank Berhad tidak menawarkan pinjaman peribadi; pembiayaan peribadi Islamik disediakan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

BSN 1 TeachersCard MasterCard

Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…