Akan dibuka dalam tab baharu

AFFIN DUO Visa Cash Back

Kad kredit AFFIN DUO Visa Cash Back
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM75
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Pulangan Tunai

Bagi anda yang gemar berbelanja dalam talian, dan kerap buat transaksi e-Dompet, kad kredit AFFIN DUO Visa Cash Back adalah pilihan yang tepat. Kad ini bukan sahaja menawarkan pulangan tunai untuk setiap transaksi online, tetapi untuk bayaran bil bulanan.

Anda akan menerima pulangan tunai (cashback) sehingga 3% setiap kali anda beli barang dalam talian, bayar bil setiap bulan melalui auto-billing, dan juga tambah nilai e-Wallet. Jumlah maksimum pulangan tunai setiap bulan dihadkan kepada RM30 atau RM50, bergantung kepada jumlah perbelanjaan anda.

Selain kelebihan pulangan tunai, kad AFFIN DUO Visa Cash Back juga datang dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan pinjaman tunai.

Pindahkan baki tertunggak daripada kad lama anda dengan pelan AffinBank Balance Transfer Installment Plan. Pelan ini tidak mengenakan kadar faedah dan anda boleh pilih bayaran balik selama 12 bulan. Pelan bayaran ansuran mudah AffinBank EiPlan pula membenarkan anda tukar pembelian tunai anda kepada bayaran ansuran dengan pembelian serendah RM500, dan bayar semula sehingga 36 bulan. Pelan pinjaman tunai Affin Cash on Call Installment Plan pula memudahkan anda mendapatkan tunai segera di saat kecemasan.

Yang buat kad ini lebih menarik untuk dimiliki ialah yuran tahunan adalah percuma untuk tiga tahun pertama. Tahun berikutnya pula, yuran ditetapkan kepada RM75 setahun. Walau bagaimanapun, yuran akan dikecualikan sekiranya anda guna kad lebih daripada 12 kali pada tahun tersebut. Kad tambahan pula dikenakan caj yuran tahunan RM30, tanpa pengecualian.

Kad kredit AFFIN DUO Visa Cash Back ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM24,000.

Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap kad kredit Affin Bank DUO Visa dan bagaimana cara untuk mohon kad ini.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AFFIN DUO Visa Cash Back

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan rebat tunai untuk setiap transaksi dalam talian, tambah nilai e-Dompet, dan bayaran bil bulanan secara auto-debit.

Rujuk jadual di bawah untuk ciri rebat tunai kad kredit AFFIN DUO Visa Cash Back.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Transaksi dalam talian 3% RM30 RM1 – RM2,999
Transaksi dalam talian 3% RM50 RM3,000 ke atas
Transaksi/Reload e-Dompet 3% RM30 RM1 hingga RM2,999
Transaksi/Reload e-Dompet 3% RM50 RM3,000 ke atas
Bayaran Auto-Debit 3%  RM30 RM1 hingga RM999
Bayaran Auto-Debit 3% RM50 RM3,000 ke atas

Penyedia e-Dompet yang mengambil bahagian ialah BigPay, Boost, GKash eWallet, GrabPay, KiplePay / KiplePark, Lazada Wallet, Mcash, Setel, ShopeePay, Touch ‘n Go Prepaid Card, Touch ‘n Go eWallet, dan Zapp.

Walau bagaimanapun, anda tidak akan menerima cashback untuk transaksi berkaitan amal jariah, JomPay, perbankan dalam talian, FPX, dan pesanan melalui telefon.

Jumlah pulangan tunai yang terkumpul akan dikreditkan ke akaun bergantung kepada tarikh penyata bulanan kad kredit anda.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM75
Percuma 3 tahun pertama. Tahun berikutnya yuran dikecualikan untuk penggunaan 12 kali.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM30
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
Bayaran penuh
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)
Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)

Buat pindahan baki dari RM1,000 ke Affinbank dengan bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada kadar faedah dikenakan, cuma sedikit caj pengendalian (upfront handling fee).

Maklumat Lanjut
AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)
AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)

Dapatkan pelan bayaran ansuran Affinbank ini dengan pembelian serendah RM500. Tiada caj faedah dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Affin Cash On Call Instalment Plan
Affin Cash On Call Instalment Plan

Pinjam serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran dari 6 hingga 24 bulan dengan caj kadar faedah yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AFFIN DUO Visa Cash Back

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AFFIN DUO Visa Cash Back

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Affin Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Affin Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Affin Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AFFIN DUO Visa Cash Back untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Affin Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AFFIN DUO Visa Cash Back

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung AFFIN DUO Visa Cash Back?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Affin Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Affin Bank Berhad

Affin Bank Berhad
Affin Bank Berhad, yang ditubuhkan pada 2001 hasil penggabungan, adalah anak syarikat Affin Holdings dengan 110 cawangan di seluruh Malaysia. Walaupun lebih menumpukan kepada perbankan perniagaan dan korporat, Affin Bank menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional untuk individu, termasuk akaun, kad, dan pelbagai pembiayaan. Nota: Affin Bank Berhad tidak menawarkan pinjaman peribadi; pembiayaan peribadi Islamik disediakan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit Public Bank Gold MasterCard

Kad kredit unlimited CashBack daripada Public Bank dan MasterCard ini menawarkan rebat tunai tanpa had…

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan.…

Kad kredit CIMB Visa Infinite

Kad kredit CIMB Visa Infinite menawarkan gaya hidup eksklusif dan istimewa di samping penjimatan kos…

Kad Kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i

Kad Kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i menawarkan ganjaran tanpa had dalam bentuk mata…