Akan dibuka dalam tab baharu

AFFIN Islamic World MasterCard

Kad Kredit AFFIN Islamic World MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
12% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM500
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM6666
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Islamik, Kadar Faedah Rendah, Mata Ganjaran, Premium

Kad Kredit AFFIN Islamic World MasterCard adalah kad kredit MasterCard oleh Affin Islamic Bank. Kad ini adalah kad kredit islamik yang menawarkan ciri-ciri premium untuk mereka yang selalu melancong dan ingin keselesaan sepenuhnya dalam perjalanan.

Anda boleh swipe kad kredit ini di 30 juta pedagang seluruh dunia! Tetapi, oleh kerana ini adalah kad kredit patuh syariah, anda hanya dibenarkan untuk melakukan transaksi yang halal. Pihak AFFIN Islamic berhak membatalkan sebarang transaksi yang tidak halal seperti arak, judi, rokok dan sebagainya.

Pihak AFFIN Islamic juga akan menderma sebahagian kecil daripada transaksi kad anda kepada badan amal terpilih.

Sebagai pemilik kad kredit ini, anda akan mendapat keistimewaan melalui program “MasterCard Concierge” dan program AFFIN Islamic World MasterCard Customer Service. Perkhidmatan concierge MasterCard akan membantu anda untuk menguruskan perjalanan anda dari tempahan tiket, hotel, beli-belah dan sebagainya.

Anda juga akan mendapat “green fees” percuma di padang golf yang mengambil, dan 6 kali akses percuma ke Plaza Premium Lounge di rantau Asia.

Selain itu, kad MasterCard dari AFFIN Islamic ini mempunyai ciri mata ganjaran yang menarik. Anda akan mendapat mata ganjaran setiap kali anda berbelanja di dalam dan luar negara.

Pelan pemindahan baki melalui “Affin Bank Balance Transfer Instalment Plan” juga memudahkan anda buat pemindahan baki melalui kad kredit ini. Jika anda inginkan wang tunai segera, anda boleh menggunakan pelan Affin Cash-On-Call Instalment Plan.  Anda boleh mohon pinjaman tunai sehingga 90% daripada had kredit anda melalui pelan ini.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik kad kredit ini, dan bagaimana anda boleh mohon secara online tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan Affin Bank.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AFFIN Islamic World MasterCard

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 2 jenis mata ganjaran dengan kad kredit AFFIN Islamic World MasterCard. Mata ganjaran ini sangat sesuai untuk mereka yang gemar berbelanja, di dalam negara mahupun di luar negara. Anda boleh menebus mata-mata ganjaran ini untuk  pelbagai barangan yang ditawarkan dengan program Affin Rewards Points.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
1 RM1 Semua transaksi perbelanjaan runcit
3 RM1 Semua transaksi perbelanjaan luar negara

ganjaran perjalanan

AFFIN Islamic World MasterCard menawarkan perlindungan insurans Takaful yang lengkap untuk perjalanan anda. Dapatkan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1,000,000 apabila anda menempah tiket penerbangan anda menggunakan kad kredit ini.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM1,00,000
Insurans Perjalanan Sehingga RM1,000,000
Penundaan Penerbangan Sehingga RM1,000
Terlepas Penerbangan Sehingga RM1,000
Kehilangan Bagasi Sehingga RM1,000
Kelewatan Bagasi Sehingga RM1,000

Ciri premium

Kad MasterCard ini didatangkan dengan perkhidmatan MasterCard concierge yang boleh membantu anda untuk urusan penerbangan, tempahan hotel, limosin, beli-belah dan sebagainya.

Dapatkan juga 3 kali Green Fees percuma di padang golf yang mengambil bahagian di Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Filipina. Anda juga akan diberikan 6 akses percuma ke Plaza Premium Lounge di Malaysia, Kemboja, Indonesia, Filipina, Arab Saudi, Singapura dan Taiwan.

Anda cuma perlu berbelanja lebih daripada RM2,000 setiap bulan dengan kad kredit AFFIN Islamic World MasterCard ini untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan ini.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM6666 sebulan atau RM80000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM500
Tahun pertama adalah percuma. Tahun berikutnya yuran dibatalkan sekiranya anda swipe lebih dari 12 kali setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM400
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
Bayaran penuh
Caj Lewat Bayar
RM atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)
Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)

Buat pindahan baki dari RM1,000 ke Affinbank dengan bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada kadar faedah dikenakan, cuma sedikit caj pengendalian (upfront handling fee).

Maklumat Lanjut
AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)
AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)

Dapatkan pelan bayaran ansuran Affinbank ini dengan pembelian serendah RM500. Tiada caj faedah dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Affin Cash On Call Instalment Plan
Affin Cash On Call Instalment Plan

Pinjam serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran dari 6 hingga 24 bulan dengan caj kadar faedah yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AFFIN Islamic World MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AFFIN Islamic World MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Affin Islamic Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Affin Islamic Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Affin Islamic Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AFFIN Islamic World MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Affin Islamic Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AFFIN Islamic World MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung AFFIN Islamic World MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

8 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Affin Islamic Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Affin Islamic Bank Berhad

Affin Islamic Bank Berhad
AFFIN Islamic Bank Berhad, anak syarikat penuh Affin Bank, adalah bank Islamik sepenuhnya yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan patuh Syariah. Dari akaun simpanan, kad kredit dan debit, Takaful, hingga pembiayaan perumahan, kenderaan, dan peribadi (termasuk Pembiayaan Peribadi-i yang popular), AFFIN Islamic menyediakan penyelesaian perbankan Islam yang komprehensif untuk individu dan perniagaan di Malaysia.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank 2 Gold Cards

Kad Kredit Maybank 2 Gold ini adalah kad kredit American Express (Amex) yang unik kerana…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…