Akan dibuka dalam tab baharu

Affin Duo+ Visa

Dapatkan pulangan tunai setiap bulan dengan yuran tahunan percuma

Kad kredit Affin Duo+ Visa
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM100
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM4000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
3% pulangan tunai (cashback), 3 tahun yuran tahunan percuma

Kad kredit Affin Duo+ Visa adalah sebuah kad fleksibel untuk mereka yang inginkan lebih nilai dengan setiap perbelanjaan. Baca lebih lanjut tentang kelebihan yang ditawarkan oleh kad ini, syarat kelayakan, dan cara untuk mohon, supaya anda dapat buat keputusan yang lebih berinformasi.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Affin Duo+ Visa

  • 3% Pulangan Tunai (cashback): Dapatkan pulangan tunai untuk setiap transaksi tanpa sentuh (contactless). Pulangan tunai dihadkan kepada RM100 setiap untuk baki RM8,000 ke atas, dan RM50 untuk baki RM8,000 ke bawah.
  • 3 Tahun Yuran Tahunan Percuma: Nikmati penjimatan untuk 3 tahun pertama. Tahun berikutnya pula yuran dikecualikan untuk 12x swipe.
  • Pelan Pindahan Baki: Pindahkan dan satukan hutang kad kredit anda dengan Affinbank Balance Transfer Instalment Plan (BTiP).
  • Pelan Bayaran Ansuran: Tukar belian tunai anda kepada bayaran ansuran dengan Affinbank Fixed Payment Plan (FPP).
  • Pelan Ansuran Tunai: Dapatkan wang tunai segera dengan Affinbank Cash-On-Call Instalment Plan (CIP).

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM4000 sebulan atau RM48000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad/Pasport).
  • Bukti pendapatan (slip gaji/penyata akaun bank/penyata komisen).
  • Dokumen tambahan yang mungkin diperlukan oleh pihak Affin Bank.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM100
Percuma untuk 3 tahun pertama. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk 12 kali transaksi
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM50
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
Bayaran penuh
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

  • Pulangan tunai (cashback) dikecualikan untuk transaksi berkaitan badan kerajaan dan transaksi amal.
  • Affin Duo+ Visa juga ditawarkan dalam bentuk kad kredit Islamik (Affin Duo+ i Visa).

Pelan Pembiayaan

Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)
Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)

Buat pindahan baki dari RM1,000 ke Affinbank dengan bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada kadar faedah dikenakan, cuma sedikit caj pengendalian (upfront handling fee).

Maklumat Lanjut
Affin Cash On Call Instalment Plan
Affin Cash On Call Instalment Plan

Pinjam serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran dari 6 hingga 24 bulan dengan caj kadar faedah yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Affin Duo+ Visa

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berminat untuk mohon kad kredit Affin Duo+ Visa? Ikuti langkah berikut:

Mohon dalam talian:

  1. Kunjungi laman web Affin Always.
  2. Pilih Personal > My Cards.
  3. Pilih Kad Affin Duo+ dan klik butang “Apply Now”.
  4. Lengkapkan butiran yang diperlukan dan hantar.

Klik untuk mengunjungi laman web Affin Always.

Melalui cawangan:

  1. Kunjungi cawangan Affin Bank berdekatan.
  2. Dapatkan borang permohonan, lengkapkan, dan hantar bersama dokumen berkaitan.

Klik untuk lihat senarai cawangan Affin Bank Berhad.

Khidmat Pelanggan

Ada soalan lanjut berhubung kad kredit Affin Duo+ Visa? Guna saluran berikut untuk menghubungi pihak Affin Bank.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Affin Duo+ Visa

Pulangan tunai akan dikreditkan pada setiap tarikh penyata kad kredit Affin Duo+ Visa dan akan dipaparkan di penyata semasa.

Transaksi tanpa sentuh atau contactless payment merujuk kepada transaksi yang dilakukan dengan menyentuh kad kredit Affin Duo+ Visa anda pada alatan pembaca kad tanpa perlu memasukkan atau “swipe”.

Yuran tahunan dikecualikan secara automatik untuk 3 tahun pertama – anda tidak perlu buat apa-apa untuk mendapatkan kelebihan ini.

Anda boleh menggunakan pelan pindahan baki Affinbank Balance Transfer Instalment Plan (BTiP), pelan bayaran ansuran mudah Affinbank Fixed Payment Plan (FPP), atau pelan ansuran tunai Affinbank Cash-On-Call Instalment Plan (CIP).

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Affin Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Affin Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Affin Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Affin Duo+ Visa untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Affin Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Affin Duo+ Visa

Ada soalan tambahan berhubung Affin Duo+ Visa?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Affin Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Affin Bank Berhad

Affin Bank Berhad
Affin Bank Berhad, yang ditubuhkan pada 2001 hasil penggabungan, adalah anak syarikat Affin Holdings dengan 110 cawangan di seluruh Malaysia. Walaupun lebih menumpukan kepada perbankan perniagaan dan korporat, Affin Bank menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional untuk individu, termasuk akaun, kad, dan pelbagai pembiayaan. Nota: Affin Bank Berhad tidak menawarkan pinjaman peribadi; pembiayaan peribadi Islamik disediakan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

ICBC Visa Gold

Kad kredit ICBC Visa Gold menawarkan ganjaran dalam bentuk reward points tanpa had dan tanpa…

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite P

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite P adalah kad kredit eksklusif atas jemputan sahaja. Kad ini menawarkan mata Enrich…

Kad kredit AEON Gold Visa

Dapatkan pulangan tunai dan mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan anda melalui kad AEON Gold Visa.

Kad kredit OCBC Premier Voyage MasterCard 

Kad kredit premium OCBC Premier Voyage MasterCard ditawarkan kepada pelanggan OCBC Premier Banking dan datang…