Akan dibuka dalam tab baharu

Affinbank Visa/MasterCard Gold

Affinbank Visa/ MasterCard Gold
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM150
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Air Miles, Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran

Afiinbank Visa/MasterCard Gold adalah kad kredit daripada Affin Bank yang didatangkan dengan pilihan Visa atau MasterCard. Affinbank Visa Gold dan Affinbank MasterCard Gold menawarkan pelbagai faedah dan ganjaran untuk memudahkan urusan kewangan anda.

Program pulangan mata ganjaran AFFIN Rewards menawarkan 1x mata ganjaran AFFIN untuk setiap RM1 yang anda belanjakan pada transaksi runcit. Bagi yang selalu melancong, mata ini boleh ditukar dengan poin Malindo Miles, AirAsia BIG Points, atau Enrich Miles untuk penerbangan percuma. Bagi yang jarang melancong pula, tebus mata AFFIN anda dengan barangan, hadiah, dan baucar hebat dari katalog AFFIN Rewards.

Kad kredit Affinbank Visa Gold dan Affinbank MasterCard Gold juga menawarkan pelan pemindahan baki AffinBank Balance Transfer Instalment Plan (BTiP). Pindahkan baki daripada kad lama anda kepada kad Affinbank Visa/MasterCard Gold bermula dari RM1,000 tanpa kadar faedah (zero interest) dan bayar balik sehingga 36 bulan.

Pelan bayaran ansuran mudah Affinbank Easy Instalment Plan (EiPlan) pula memudahkan anda mendapatkan barangan idaman dengan ansuran bulanan sehingga 24 bulan. Hanya buat pembelian tidak kurang daripada RM500 dengan kad kredit Affin anda untuk layak menggunakan pelan ini.

Jika anda ingin mendapatkan tunai segera, guna pelan pendahuluan tunai Affin Cash-on-Call Instalment Plan (CIP) yang mengenakan kadar faedah  serendah 6% setahun. Anda boleh buat pinjaman sehingga 90% daripada had kredit.

Yuran tahunan kad kredit Affinbank ini adalah percuma untuk tahun pertama. Tahun seterusnya yuran akan diketepikan sekiranya anda buat transaksi lebih daripada 12 kali atau tidak kurang daripada RM24,000 pada tahun tersebut. Jika tidak, anda perlu membayar yuran tahunan RM150 untuk kad utama (primary card) dan kad tambahan (supplementary card).

Permohonan Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold dibuka kepada sesiapa sahaja, tidak kira warganegara Malaysia, pemastautin tetap, mahupun ekspatriat. Anda cuma perlu berumur 21 tahun ke atas dengan gaji bulanan tidak kurang daripada RM2,000.

Walaupun Affinbank Visa Gold dan Affinbank MasterCard Gold hanya menawarkan ciri pulangan mata ganjaran, kad ini sangat sesuai jika anda sedang mencari kad kredit yang ringkas, kelayakan permohonan yang tidak terlalu ketat, dan kos tahunan yang tidak membebankan. Baca lebih lanjut bagaimana untuk mohon dengan mudah.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 1x mata AFFIN Rewards dengan setiap transaksi runcit. Tukar dan tebus mata ganjaran ini untuk pulangan menarik melalui program AFFIN Rewards.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
1 RM1 Sebarang perbelanjaan runcit

ganjaran perjalanan

Tebus mata ganjaran AFFIN Rewards yang terkumpul untuk penerbangan percuma dengan menukar mata ganjaran anda kepada Malindo Miles, AirAsia BiG Points, atau Enrich Points.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM150
Percuma tahun pertama. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk transaksi tidak kurang daripada RM24,000 atau 12x transaksi
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM150
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)
Affinbank Balance Transfer Installment Plan (BTiP)

Buat pindahan baki dari RM1,000 ke Affinbank dengan bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada kadar faedah dikenakan, cuma sedikit caj pengendalian (upfront handling fee).

Maklumat Lanjut
AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)
AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)

Dapatkan pelan bayaran ansuran Affinbank ini dengan pembelian serendah RM500. Tiada caj faedah dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
Affin Cash On Call Instalment Plan
Affin Cash On Call Instalment Plan

Pinjam serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran dari 6 hingga 24 bulan dengan caj kadar faedah yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Affinbank Visa/MasterCard Gold

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Affin Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Affin Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Affin Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard, Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Affin Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Affinbank Visa/MasterCard Gold?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Affin Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Affin Bank Berhad

Affin Bank Berhad
Affin Bank Berhad, yang ditubuhkan pada 2001 hasil penggabungan, adalah anak syarikat Affin Holdings dengan 110 cawangan di seluruh Malaysia. Walaupun lebih menumpukan kepada perbankan perniagaan dan korporat, Affin Bank menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional untuk individu, termasuk akaun, kad, dan pelbagai pembiayaan. Nota: Affin Bank Berhad tidak menawarkan pinjaman peribadi; pembiayaan peribadi Islamik disediakan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard

Kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard menawarkan pulangan rebat tunai bertingkat (tiered cashback rate)…

Kad kredit Affin MasterCard Basic-i

Kad Kredit AFFIN Mastercard Basic-i menawarkan kemudahan tanpa yuran tahunan seumur hidup, sesuai untuk mereka…

Public Bank Quantum MasterCard

Kad kredit Public Bank Quantum MasterCard menawarkan yuran tahunan percuma untuk kad kredit utama (principal)…

Affinbank World MasterCard

Dapatkan kelebihan servis Concierge daripada MasterCard dan 6 kali akses ke lounge lapangan terbang setiap…