Affin Cash On Call Instalment Plan ialah pelan ansuran tunai (cash instalment plan – CIP) yang ditawarkan oleh Affin Bank Berhad. Seperti kebanyakan pelan ansuran tunai kad kredit, pelan dari Affin ini membenarkan anda buat pinjaman dalam bentuk tunai dengan caj kadar faedah tak berulang.
Dalam erti kata lain anda cuma perlu bayar faedah sekali sahaja untuk pinjaman ini (one-time upfront interest). Kadar faedah yang dikenakan adalah serendah 6% p.a sehingga 14% p.a bergantung kepada tempoh bayaran ansuran pinjaman anda.
Anda boleh buat pinjaman dari serendah RM1,000 hingga nilai pinjaman maksimum 90% daripada had limit (credit limit) kad kredit Affinbank anda.
Affinbank tidak membenarkan anda buat bayaran bulanan minimum, oleh itu anda perlu buat bayaran ansuran penuh setiap bulan. Walau bagaimanapun, tiada caj yang dikenakan sekiranya anda ingin menyelesaikan semua baki lebih awal dari tempoh pinjaman. Pihak Affin Bank tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) untuk pelan Affin Cash On Call Instalment Plan ini.
Pihak Affin juga tidak akan mengenakan denda sekiranya anda ingin membatalkan kad kredit Affinbank anda walaupun pinjaman anda masih mempunyai baki.
Baca lebih lanjut tentang jadual pinjaman pelan ini, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini dari Affin Bank.












