Kempen Standard Chartered RM1 Sepanjang Tahun – Istimewa Untuk Pemegang Kad Kredit Standard Chartered

calendar-range
Dikirim 04/01/2024
Kempen Standard Chartered RM1

Anda pemilik kad kredit Standard Chartered dan gemar menjamu selera? Berita gembira untuk anda. Pihak Standard Chartered (SC) telah melancarkan kempen RM1 sepanjang tahun khas untuk pemegang kad kredit Standard Chartered. Kempen ini, sebagai salah satu daripada program “The Good Life Privileges” telah dilancarkan pada 2hb Januari 2024 dan akan berlangsung sehingga 31 Disember 2024, sepanjang tahun.

Pelbagai Tawaran Menarik Melalui Kempen Standard Chartered RM1

Kempen yang dibuka kepada pemegang kad kredit sedia ada dan baru menawarkan pelbagai promosi menarik, dari pilihan makanan hingga beli-belah seperti perkakasan elektrik dan rumah. Seperti namanya, anda boleh mendapatkan barangan-barangan ini hanya dengan kos RM1.

Antara peniaga yang mengambil bahagian ialah:

  • Inside Scoop – RM1 untuk skup ke dua aiskrim setiap hari Khamis dengan kaedah bayaran Apple Pay, Samsung Pay, atau Google Pay – dihadkan kepada 1,000 skup setiap bulan.
  • ZUS Coffee – RM1 untuk kopi ke dua, dihadkan kepada 3,000 kopi setiap bulan dan hanya sah untuk pembelian di kedai atau pick-up melalui aplikasi ZUS Coffee.
  • SuperBuy – RM1 untuk “purchas with purchase” untuk gadget, peralatan rumah, minuman, dan lain-lain.
  • Mayflower Holidays – RM1 untuk baucar RM50, tiket bas, insurans perjalanan, pas perjalanan, dan banyak lagi.
  • SOI 55 Thai Kitchen – RM1 untuk Ikan Siakap Garlic & Lime dengan belanja minimum RM150.
  • EL&N London – RM1 untuk Dutch Baby Pancakes atau Pandan Lava Chiffon dengan belanja minimum RM100.
  • Pop Meals – RM1 untuk white coffee panas atau popcorn chicken dengan belanja minimum RM20.
  • Sakae Sushi – RM1 untuk California Temaki dengan belanja minimum RM50.

Anda boleh melihat senarai penuh tawaran RM1 di laman rasmi Kempen Standard Chartered RM1 (https://www.sc.com/my/promotions/rml/).

Memahami Syarat dan Terma Kempen RM1

Walaupun semua tawaran ini menarik, setiap peniaga mempunyai syarat yang ditetapkan untuk anda layak menikmati tawaran RM1. Sebagai contoh, promosi RM1 dari Inside Scoop membolehkan anda mendapatkan skup ais krim kedua anda dengan harga RM1 hanya pada setiap hari Khamis dan hanya dengan pembayaran menggunakan kad kredit Standard Chartered melalui Apple Pay, Samsung Pay, atau Google Pay. Tawaran ini juga ditawarkan atas dasar siapa cepat, dia dapat, dengan had maksimum 1,000 skup sebulan.

Sementara itu, beberapa peniaga mungkin memerlukan anda untuk membeli item atau pakej tertentu untuk menikmati tawaran RM1. Sebagai contoh, Mayflower Holidays menawarkan pelbagai produk seperti baucar perjalanan luar negara bernilai RM50 dan insurans perjalanan bernilai RM68 dengan harga RM1. Namun, anda perlu membeli pakej perjalanan tertentu daripada agensi ini untuk menebus tawaran ini.

Selain itu, Standard Chartered juga mengingatkan setiap pemegang kad hanya dibenarkan buat satu penebusan tawaran RM1 setiap hari.

Pastikan anda meneliti dan memahami syarat yang telah ditetapkan oleh peniaga yang mengambil bahagian terlebih dahulu sebelum memanfaatkan kelebihan kempen Standard Chartered RM1 ini.

Standard Chartered Good Life Privileges

Selain daripada kempen RM1 ini , program Standard Chartered Good Life Privileges juga menawarkan pelbagai diskaun dan tawaran kepada pelanggan SC daripada peniaga terpilih, termasuk diskaun tempahan hotel, diskaun yuran hijau Golf, perkakasan komputer, dan pelbagai lagi tawaran hebat. Program ini adalah antara kelebihan yang ditawarkan kepada pemilik kad kredit Standard Chartered.

Laman rasmi Standard Chartered Good Life Privileges (https://www.sc.com/my/promotions/the-good-life-privileges/)

Dengan pelbagai tawaran menarik yang ditawarkan melalui kempen Standard Chartered RM1, ini adalah peluang terbaik untuk menikmati pengalaman membeli-belah dan menjamu selera dengan harga serendah RM1. Jangan lepaskan peluang ini dan nikmati penjimatan maksimum bersama Standard Chartered Bank.

Sekiranya anda masih belum memiliki kad kredit Standard Chartered, ini adalah masa terbaik untuk anda mohon. Lihat senarai kad kredit yang ditawarkan oleh Standard Chartered dan mohon dengan mudah secara online.

Senarai Kad Kredit Standard Chartered

Sumber:
share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments