Akan dibuka dalam tab baharu

Kempen Pelanggan Dapat Pelanggan (PDP) Bank Rakyat – Insentif Sehingga RM125,000

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Kempen Pelanggan Dapat Pelanggan Bank Rakyat 2024

Kempen Pelanggan Dapat Pelanggan (PDP) Bank Rakyat telah dilancarkan pada Oktober yang lalu, tetapi masih ramai yang tidak tahu tentang kempen yang menguntungkan ini. Melalui kempen ini anda berpeluang untuk mendapatkan insentif wang tunai sehingga RM125,000 hanya dengan memperkenalkan pelanggan kepada Bank Rakyat.

Bagaimana Untuk Menyertai Kempen PDP Bank Rakyat

Untuk menyertai kempen ini, anda hanya perlu merujuk rakan, saudara mara, atau sesiapa sahaja untuk memohon produk Pembiayaan Peribadi-i dan Kad Kredit-i Bank Rakyat. Permohonan perlu di buat melalui aplikasi Bank Rakyat Quick (BRICK).

Untuk memastikan anda mendapat insentif yang ditawarkan oleh kempen PDP Bank Rakyat, individu yang anda rujuk hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda pada ruangan referral untuk pembiayaan peribadi atau ruangan promo code untuk permohonan kad kredit Bank Rakyat.

Lihat senarai pinjaman peribadi Bank dan kad kredit Bank Rakyat yang boleh dimohon

Rujuk infografik di bawah untuk langkah lengkap.

Jumlah Insentif Wang Tunai Kempen PDP Bank Rakyat

Jumlah insentif wang tunai yang ditawarkan oleh kempen pelanggan dapat pelanggan Bank Rakyat ini adalah sangat lumayan. Seperti yang dimaklumkan, anda boleh mendapatkan sehingga RM125,000 dengan kempen ini.

Jadual di bawah memberi penerangan lengkap berhubung jumlah insentif wang tunai yang ditawarkan untuk produk Pembiayaan Peribadi-i dan Kad Kredit-i Bank Rakyat.

Anda berpeluang untuk memenangi insentif menarik seperti pembiayaan peribadi, kredit kad, dan hadiah wang tunai. Hadiah wang tunai akan dikreditkan ke Akaun Simpanan-i/Semasa-i Bank Rakyat milik pemenang.

Anda perlu faham bahawa hadiah yang ditawarkan tidak boleh dipindahkan atau ditukar dengan wang tunai atau barangan lain.

Tempoh Kempen Pelanggan Dapat Pelanggan Bank Rakyat

Kempen ini bermula pada 15hb Oktober 2023 dan berakhir pada 15hb Januari 2024. Anda perlu memastikan penyertaan dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan. Bank Rakyat juga berhak untuk menukar atau meminda tempoh kempen jika dianggap perlu.

Syarat Kelayakan Penyertaan

Kempen Pelanggan Dapat Pelanggan Bank Rakyat terbuka kepada semua pelanggan Bank Rakyat. Walaubagaimanapun, sebelum menyertai kempen, pastikan anda memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan.

Rujuk syarat dan terma Kempen Pelanggan Dapat Pelanggan Bank Rakyat

Pemilihan Pemenang

Pemilihan pemenang akan dilakukan selepas tamat tempoh kempen. Setiap pemenang berpeluang memenangi satu hadiah sahaja, dan pemilihan pemenang adalah muktamad. Pemenang akan dihubungi melalui panggilan telefon, laman media sosial Bank Rakyat, atau kaedah lain yang bersesuaian.

Maklumat Lanjut Berhubung Kempen PDP Bank Rakyat

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi Bank Rakyat, hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 03-2693 6880, atau lawati cawangan Bank Rakyat berhampiran.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen terhad ini dapatkan pulangan wang tunai sehingga RM125,000.

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

0 Comments
Terbaru
Terakhir