Rize Melanjutkan Tempoh Kempen Kadar Keuntungan 4% Setahun

calendar-range
Dikirim 16/12/2023
(dikemaskini 21/12/2023)
Kempen Deposit Rize 2024

Berita baik untuk pelanggan bank digital Rize, pihak Rize akan melanjutkan kempen kadar keuntungan 4% setahun . Kempen ini pada mulanya dimaklumkan akan berakhir pada 31 Disember 2023. Walau bagaimanapun, berikutan sambutan yang sangat menggalakkan, kempen ini disambung berkuat kuasa 1 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024.

Rize – Bank Digital Al-Rajhi

Aplikasi bank digital Rize

Rize adalah perkhidmatan bank digital daripada Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd, bank Islam terbesar di dunia. Perkhidmatan yang dilancarkan pada Disember 2022 ini menawarkan pengalaman perbankan digital yang lengkap.

Bank digital Rize telah meraih pengiktirafan sebagai bank digital terbaik di Malaysia Technology Excellence Awards 2023. Didokong oleh kepakaran Al Rajhi Bank, Rize menawarkan khidmat perbankan dan produk kewangan yang inovatif dan canggih.

Dengan menjadi pelangan Rize (Rizer), pelanggan mendapat akses kepada pengalaman perbankan yang disokong oleh teknologi terbaik dalam kelasnya

Lihat produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Al-Rajhi Malaysia

Kadar Keuntungan Lebih Menarik

Pelanggan berpeluang untuk menikmati kadar keuntungan sehingga 4% setahun dalam kempen yang dikemaskini dan dilanjutkan oleh Rize ini. Anda hanya perlu melakukan sebarang jumlah deposit tanpa had minimum untuk menikmati kadar keuntungan tahunan yang tinggi ini.

Ini berbeza dengan promosi sebelum ini di mana pelanggan perlu membuat deposit RM5,000 untuk menikmati kadar keuntungan 5% setahun, dan deposit berikutnya akan menikmati kadar tahunan 4% p.a.

Rize turut menekankan bahawa keuntungan yang diperoleh melalui kempen ini akan dikreditkan ke akaun pelanggan yang layak pada hari pertama bulan berikutnya. Ini bermakna mereka yang menyertai kempen ini pada Januari 2024 akan menerima bayaran keuntungan untuk bulan Januari pada 1 Februari 2024.

Syarat Kelayakan Untuk Menyertai

Kempen ini ditawarkan penyertaan kepada semua pelanggan Rize yang membuka akaun Commodity Murabahah Savings Account-i (CMSA) melalui aplikasi Rize. Walau bagaimanapun, pelanggan yang tergolong di dalam kategori berikut adalah dikecualikan.

  1. Individu dengan akaun CMSA yang digantung.
  2. Pelanggan Rize sedia ada yang mempunyai fasiliti perbankan dengan Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad (ARB) dalam tunggakan atau akaun mereka lewat bayar, terlibat dalam transaksi penipuan, disyaki dalam perkara berkaitan Pencegahan Pencucian Wang, dan/atau sebarang aktiviti haram lain yang memerlukan ARB untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
  3. Badan bukan individu atau pelanggan korporat.

Sertai Sekarang

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kempen ini, terus ke Google Play Store, Apple App Store, atau Huaiwei AppGallery dan muat turun aplikasi Bank Digital Rize untuk berdaftar sebagai pelanggan.

Aplikasi perbankan digital Rize bukan sahaja menawarkan kemudahan perbankan di hujung jari, tetapi juga melindungi deposit anda sehingga RM250,0000 melalui Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Sumber: Lembaran Kempen Deposit Rize 2024

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments