Akan dibuka dalam tab baharu

Kempen Kad Kredit Maybank Ikhwan – Menang RM15,000 & Ganjaran Bulanan

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Kempen Kad Kredit Maybank Ikhwan 2021

Pihak Maybank telah melancarkan kempen kad kredit Maybank Ikhwan yang menawarkan hadiah utama bernilai RM15,000 dan juga ganjaran bulanan yang hebat. Kempen Maybank Islamic Credit Card Spend & Win ini berlangsung sehingga 15 Februari 2022.

Kempen ini ditawarkan kepada pemegang utama (principal cardholder) kad-kad berikut:

Cara Menyertai Kempen Kad Kredit Maybank Ikhwan

Sekiranya anda adalah pemegang utama kad-kad di atas, anda cuma perlu menghantar SMS ke nombor 66628 dengan mesej berikut:

IKHWAN<space>6 digit terakhir My Kad atau passport

SMS pengesahan akan dibalas sekiranya pendaftaran anda berjaya, dan akan menyertai kempen ini.

Anda cuma perlu buat transaksi untuk kategori berikut dengan kad kredit Maybank Islamic Ikhwan anda:

KategoriBelanja minimumPenyertaan
– Runcit
– Dalam talian (online)
– Makan (F&B)
– Penerbangan dan pelancongan
– Hotel
Setiap RM1002x
Lain-lainSetiap RM1001x
Kad utama baru–10x

Walau bagaimanapun, transaksi bayaran bulanan untuk Maybank EzyPay, EzyPay Plus, EzyCash, pindahan baki, dan pendahuluan tunai tidak akan dikira sebagai transaksi kempen ini. Pihak Maybank juga tidak membenarkan transaksi 5 kali sehari dengan pedagang yang sama.

Hadiah Yang Ditawarkan

Kempen kad kredit Maybank Ikhwan menawarkan hadiah utama, hadiah bulanan dan sagu hati bulanan dalam bentuk baucar AEON dan Petronas, dan juga pulangan rebat tunai (cashback).

PeringkatHadiahJumlahJumlah terkumpul
Hadiah utamaBaucar AEON RM15,0002x setiap bulan4x
Hadiah bulananBaucar Petronas RM2,5006x setiap bulan24x
Saguhati bulananRebat tunai RM10060x setiap bulan240x

Jika anda terpilih sebagai pemenang kempen ini, anda akan dimaklumkan menerusi SMS, panggilan telefon, atau Emel. Anda akan menerima hadiah dalam tempoh 12 minggu daripada tarikh akhir kempen – bergantung sama ada pihak Maybank akan melanjutkan kempen ini atau tidak.

Sekiranya anda menetap di negeri yang tidak mempunyai cawangan AEON, anda boleh menukar baucar AEON yang bernilai RM15,000 kepada nilai rebat tunai ke akaun kad kredit anda.

Sertai sekarang dan menang hadiah hebat yang ditawarkan kempen ini.

Jika anda ingin lihat semua kad kredit Maybank, klik di sini untuk maklumat lanjut dan mohon online.

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

0 Comments
Terbaru
Terakhir