Kempen 8x Mata Bonus CIMB Sempena Tahun Baru Cina 2024

calendar-range
Dikirim 11/01/2024
(dikemaskini 17/04/2024)
Kempen 8x Mata Bonus CIMB Tahun Baru Cina 2024

CIMB telah melancarkan kempen 8x Mata Bonus sempena Tahun Baru Cina untuk kad kredit CIMB terpilih. Kempen yang dilancarkan pada 9hb Januari 2024 akan berlangsung sehingga 29 Februari 2024, dan memberikan sehingga 8 kali mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan dalam negara yang memenuhi jumlah minimum.

Kempen ini terbuka kepada pemegang kad kredit CIMB Preferred Visa Infinite/-i, CIMB Visa Infinite, dan CIMB Visa Signature.

Dapatkan Lebih Banyak Mata Bonus CIMB

Menurut CIMB, kempen ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pemegang kad kredit CIMB mendapatkan lebih banyak Mata Bonus tanpa perlu berbelanja lebih.

Menurut maklumat di laman promosi CIMB, kategori perbelanjaan yang layak adalah seperti di bawah.

Kategori Belanja Tempatan yang Layak

  1. Kedai Runcit / Pasaraya / Gedung Serbaneka
    • CIMB Preferred Visa Infinite/-i: 8x Mata Bonus (dengan belanja minimum sebanyak RM188 dalam satu resit)
    • CIMB Visa Infinite: 5x Mata Bonus (dengan belanja minimum sebanyak RM188 dalam satu resit)
    • CIMB Visa Signature: 5x Mata Bonus (dengan belanja minimum sebanyak RM188 dalam satu resit)
  2. Petrol
    • CIMB Preferred Visa Infinite/-i: 8x Mata Bonus (dengan belanja minimum sebanyak RM88 dalam satu resit)
    • CIMB Visa Infinite: 5x Mata Bonus (dengan belanja minimum sebanyak RM88 dalam satu resit)
    • CIMB Visa Signature: 5x Mata Bonus (dengan belanja minimum sebanyak RM88 dalam satu resit)
  3. Menjamu Selera
    • CIMB Preferred Visa Infinite/-i: 8x Mata Bonus (tiada belanja minimum)
    • CIMB Visa Infinite: 5x Mata Bonus (tiada belanja minimum)
    • CIMB Visa Signature: 5x Mata Bonus (dengan belanja minimum sebanyak RM188 dalam satu resit)

Bonus Mata Ganjaran Asal Bagi Setiap Kad Kredit

Selain daripada kempen ini, manfaat asal bagi Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite sendiri membolehkan anda mendapatkan 8x Mata Bonus untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk makanan dan beli-belah luar negara, dan 1x Mata Bonus untuk belanja tempatan lain.

Di samping itu, Kad Kredit Preferred Visa Infinite-i menawarkan 8x Mata Bonus untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk makanan, beli-belah luar negara, dan pembayaran zakat atau sadaqah/derma amal, serta 1x Mata Bonus untuk belanja tempatan lain.

Bagi pemegang Kad Kredit CIMB Visa Infinite, semua pemegang kad boleh mendapatkan 5x Mata Bonus untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk makanan dan beli-belah luar negara, dan 1x Mata Bonus untuk belanja tempatan lain. Manakala, CIMB Visa Signature menawarkan 2x dan 1x Mata Bonus untuk setiap RM1 yang dibelanjakan luar negara dan tempatan, secara berurutan.

CIMB turut menjelaskan bahawa dalam kempen ini, Mata Bonus tambahan akan diberikan mengikut prinsip siapa cepat, dia dapat, tertakluk kepada had keseluruhan yang telah diperuntukkan untuk setiap kad sepanjang tempoh kempen – seperti yang dinyatakan di bawah:

Had Tambahan Mata Bonus Bagi Setiap Kategori Belanja Tempatan

  • Pasaraya
    • CIMB Preferred Visa Infinite/-i: 38 juta Mata Bonus
    • CIMB Visa Infinite: 10 juta Mata Bonus
    • CIMB Visa Signature: 10 juta Mata Bonus
  • Gedung Serbaneka
    • CIMB Preferred Visa Infinite/-i: 3 juta Mata Bonus
    • CIMB Visa Infinite: 1 juta Mata Bonus
    • CIMB Visa Signature: 1 juta Mata Bonus
  • Petrol
    • CIMB Preferred Visa Infinite/-i: 8 juta Mata Bonus
    • CIMB Visa Infinite: 2 juta Mata Bonus
    • CIMB Visa Signature: 2 juta Mata Bonus
  • Menjamu Selera
    • Tiada had

Perlu diingat juga bahawa Mata Bonus tambahan yang diperoleh dalam kempen ini akan dikreditkan ke akaun kad kredit dalam tempoh dua belas minggu selepas tamat tempoh kempen, dan akan dipaparkan dalam penyata bulanan kad kredit anda.

Tidak Perlu Pendaftaran

Anda tidak perlu berdaftar untuk layak menyertai Kempen Mata Bonus 8x CIMB ini. Anda boleh terus berbelanja dan ‘swipe’ kad CIMB anda dalam kategori-kategori yang layak. Jangan lepaskan peluang terhad ini.

Jika anda berminat untuk mendapatkan kad kredit CIMB yang layak menyertai kempen ini, rujuk pautan di bawah:

Kad kredit CIMB Visa Infinite

Kad kredit CIMB Visa Infinite menawarkan gaya hidup eksklusif dan istimewa di samping penjimatan kos dengan yuran tahunan percuma seumur hidup.

Mohon kad kredit CIMB Visa Infinite

CIMB Visa Signature

CIMB Visa Signature menawarkan ciri premium untuk gaya hidup “versatile”. Nikmati pulangan mata ganjaran Bonus Points dan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 Juta. Tidak lupa juga yuran tahunan percuma seumur hidup.

Mohon kad kredit CIMB Visa Signature

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments