Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth tawar ganjaran lumayan dan keistimewaan eksklusif untuk individu bernilai tinggi.
Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mengumumkan pelancaran Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth pada 19hb yang lalu, sebuah kad yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan Bank Islam Premier Wealth. Kad eksklusif yang ditawarkan hanya dengan jemputan, menyasarkan individu dengan Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) bernilai RM250,000 dan ke atas.
“Kad ini direka khusus untuk memenuhi cita rasa pelanggan Premier Wealth kami, menawarkan pelbagai keistimewaan dan perkhidmatan yang disesuaikan dengan keperluan mereka,” kata Datin Zaharah Muttalib, Pengarah Pengurusan Kekayaan Bank Islam.
Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth menawarkan pelbagai manfaat menarik, termasuk akses ke lima Plaza Premium Lounge setiap tahun di 200 lokasi merentasi 37 buah negara.
Pemegang kad juga akan menikmati ganjaran TruPoints yang lumayan – tiga kali ganda mata ganjaran untuk transaksi tanpa sentuh dan petrol, dua kali ganda mata ganjaran untuk perbelanjaan di luar negara, dan satu mata ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan.
Mata ganjaran ini boleh ditebus melalui aplikasi mudah alih Pay with Rewards™ di lebih 100 juta peniaga Mastercard di seluruh dunia.
Selain itu, kad ini turut menawarkan perlindungan peribadi yang komprehensif, termasuk Perlindungan Kemalangan Perjalanan Peribadi sehingga RM2 juta dan Perlindungan Takaful Keluarga Berkumpulan sehingga RM100,000. Pemegang kad juga layak menikmati tawaran eksklusif melalui Mastercard Priceless Offers.
Sebagai insentif tambahan, 200 pelanggan pertama yang memohon dan berbelanja minimum RM500 sebelum 31 Mac 2025 akan menerima 5,000 mata ganjaran Enrich.
Mizan Masram, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Perbankan Runcit Kumpulan Bank Islam, berkata, “Pelancaran Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth ini melambangkan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan menyokong perjalanan kewangan pelanggan Premier Wealth kami.”
Pelancaran ini menandakan komitmen Bank Islam untuk memperkukuhkan platform Premier Wealth mereka dan menyediakan perkhidmatan kewangan yang lebih komprehensif kepada pelanggan. Bank Islam menyasarkan untuk menarik minat 700 hingga 800 pelanggan baru bagi kad ini menjelang akhir tahun 2025.
Klik untuk maklumat lanjut berhubung Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard World Premier Wealth

