Akan dibuka dalam tab baharu

Maybankard EzyCash / EzyCash-i

Maybankard EzyCash dan EzyCash-i adalah pelan ansuran tunai kad kredit (Cash Instalment Plan – CIP) yang ditawarkan oleh Maybank. EzyCash ditawarkan kepada pemegang kad kredit konvensional, manakala EzyCash-i pula adalah untuk pemegang kad kredit Islamik daripada Maybank. Kedua-dua pelan ini hanya ditawarkan kepada pemegang kad kredit utama (principal card holder).

Berbanding dengan pelan pinjaman tunai daripada bank lain, Maybank hanya membenarkan anda memilih tempoh pinjaman selama 6 bulan. Anda boleh buat pinjaman dengan jumlah pinjaman minimum dari RM2,000 dan jumlah maksimum sehingga 90% daripada had kredit (credit limit) kad anda.

Yang menariknya, pelan Maybankard EzyCash / EzyCash-i tidak mengenakan sebarang caj faedah (zero interest). Cuma caj pendahuluan sebanyak 3.88% akan dikenakan. Caj ini hanya dikenakan sekali sahaja jika permohonan EzyCash/EzyCash-i anda lulus, dan tidak berulang.

Sekiranya anda sukar untuk buat bayaran ansuran penuh, Maybank membenarkan anda buat bayaran bulanan minimum sebanyak RM50 atau 5% daripada baki pinjaman – yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, anda akan dikenakan caj kadar faedah sebanyak 18% p.a sekiranya anda memilih untuk buat bayaran bulanan minimum.

Anda tidak akan dikenakan sebarang caj sekiranya anda ingin membayar semua baki pinjaman lebih awal daripada tempoh 6 bulan. Maybank tidak mengenakan caj penamatan awal (early settlement fee) untuk pelan pinjaman tunai ini.

Maybankard EzyCash EzyCash-i
calendar-range
Tempoh Pinjaman
6 bulan hingga 6 bulan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman
RM2000 hingga 90% daripada had kredit (credit limit)
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada (Zero Interest)
square-dollar
Caj Lewat Bayar
RM50 atau 5% daripada baki pinjaman (yang lebih tinggi)
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual Maybankard EzyCash / EzyCash-i

Pelan ansuran tunai kad kredit tanpa caj faedah (zero interest) dengan pinjaman minimum serendah RM2,000 dan tempoh pinjaman selama 6 bulan.

Tempoh Pinjaman (Bulan) Kadar Faedah (% p.a)
6 0% p.a

Cara mohon Maybankard EzyCash / EzyCash-i

Anda boleh mohon Maybank EzyCash / EzyCash-i melalui dua kaedah berikut.

  • Mohon melalui laman web Maybank2u – login ke akaun anda dan pilih pilihan “Account & Banking” > Transfer > EzyCash.
  • Tinggalkan maklumat anda pada laman web Maybank2u dan pihak Maybank akan menghubungi anda semula untuk urusan seterusnya.

Sekiranya permohonan anda lulus, wang akan dikreditkan ke akaun Maybank anda dalam tempoh tak lebih daripada 48 jam hari bekerja.

Kad kredit Maybankard EzyCash / EzyCash-i

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Maybankard EzyCash / EzyCash-i. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Maybank Shopee Visa Platinum

Maybank Shopee Visa Platinum
Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan TreatPoints. Pulangan Shopee Coin dan TreatPoints ini bukan sahaja untuk perbelanjaan di Shopee, tetapi juga untuk perbelanjaan lain menggunakan kad ini.
Info Lanjut

Maybank 2 Gold Cards

Maybank 2 Gold Cards
Kad Kredit Maybank 2 Gold ini adalah kad kredit American Express (Amex) yang unik kerana dengan setiap kelulusan kad ini, anda akan menerima satu kad kredit Maybank 2 MasterCard atau Visa dengan percuma.
Info Lanjut

Petronas Maybank Visa Gold

Petronas Maybank Visa Gold
Peminat tegar jenama Petronas? Kad kredit Petronas Maybank Visa Gold adalah untuk anda. Dapatkan ganjaran mata TreatPoints setiap kali anda berbelanja di Petronas dan tebus untuk petrol percuma, mata air miles dan juga barangan idaman anda.
Info Lanjut

Maybank American Express Cash Back Gold

Maybank American Express Cash Back Gold
Maybank American Express Cash Back Gold menawarkan ciri rebat tunai (Cash Back) tanpa belanja minimum dan tanpa had dengan setiap transaksi kad ini. Dapatkan seberapa banyak rebat tunai yang anda ingini. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki (Balance Transfer Plan), pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan), dan juga pelan ansuran tunai (Cash…
Info Lanjut

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i
Kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i menawarkan ganjaran petrol dalam bentuk rebat tunai dan juga mata ganjaran TreatPoints Maybank. Dapatkan cashback dan reward points setiap kali anda mengisi minyak di stesen minyak Petronas seluruh Malaysia, dan juga untuk sebarang perbelanjaan menggunakan kad kredit ini.
Info Lanjut

Petronas Maybank Visa Platinum

Petronas Maybank Visa Platinum
Kad kredit Petronas Maybank Visa Platinum menawarkan yuran tahunan percuma, ganjaran Treatpoints yang tinggi untuk perbelanjaan di Stesen Minyak Petronas, sama ada isian minyak atau kedai Mesra, dan pelbagai keistimewaan eksklusif untuk memudahkan pengurusan kewangan anda.
Info Lanjut

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i
Kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i menawarkan pulangan rebat tunai, mata ganjaran, dan pelan kad kredit lengkap. Sangat sesuai jika anda sering berbelanja di Stesen Minyak Petronas, untuk mengisi minyak atau berbelanja di Kedai Mesra Petronas.
Info Lanjut

Maybank Grab MasterCard Platinum

Maybank Grab MasterCard Platinum
Pengguna tegar aplikasi Grab? Mohon kad kredit Maybank Grab MasterCard Platinum dan dapatkan mata ganjaran GrabRewards dengan setiap perbelanjaan anda
Info Lanjut

Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i 

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i
Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i menawarkan ganjaran dan pulangan berganda sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.