Akan dibuka dalam tab baharu

Standard Chartered WorldMiles World MasterCard

Notis Penting

Kad kredit Standard Chartered WorldMiles World MasterCard tidak lagi ditawarkan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

Standard Chartered WorldMiles World MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM600
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM7500
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Air Miles, Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Premium

Kad kredit Standard Chartered WorldMiles World MasterCard sesuai untuk individu yang gemar melancong sambil berbelanja. Kad kredit Standard Chartered premium ini menawarkan pelbagai manfaat dan keistimewaan, antaranya ialah pulangan mata ganjaran dalam bentuk mata WorldMiles.

Anda akan menerima 1 WorldMiles Point dengan setiap perbelanjaan runcit dan 4.5 WorldMiles Points untuk perbelanjaan luar negara. Mata WorldMiles ini boleh ditebus untuk air miles daripada Malaysia Airlines Enrich, AirAsia BIG, Cathay Pacific Asia Miles, dan Singapore Airlines Krisflyer.

Selain ganjaran mata WorldMiles, pemegang utama (principal holder) kad kredit Standard Chartered WorldMiles World MasterCard juga mempunyai akses kepada Plaza Premium Lounge di KLIA dan KLIA2. Anda juga akan diberikan pulangan cashback sehingga RM90 untuk kereta limousin atau KLIA Ekspres (ERL).

Pihak Standard Chartered menawarkan dua pelan kad kredit untuk pemegang kad kredit Standard Chartered ini. Anda boleh buat pindahan baki dengan pelan Standard Chartered Balance Transfer PLUS. Buat pemindahan baki serendah MR1,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 36 bulan dan kadar faedah yang berpatutan.

Pelan bayaran ansuran mudah Standard Chartered FlexiPay Plus pula membenarkan anda beli barangan dengan bayaran ansuran. Hanya buat pembelian barangan tidak kurang daripada RM500 dan nikmati bayaran ansuran sehingga 60 bulan. Caj kadar faedah sebanyak 9.88% setahun akan dikenakan jika anda guna pelan ini.

Yuran tahunan kad kredit Standard Chartered WorldMiles World MasterCard adalah percuma untuk tahun pertama. Tahun berikutnya pula yuran akan diketepikan jika anda berbelanja lebih daripada RM60,000 dengan kad ini.

Sebagai kad kredit premium, syarat kelayakan untuk mohon kad ini mungkin agak tinggi bagi sesetengah individu. Anda perlu berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM7,500 atau pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM90,000. Walaubagaimanapun, jika anda layak, anda akan menikmati keistimewaan yang jarang ditawarkan oleh kad kredit yang lain.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk mengetahui ciri lengkap mata ganjaran yang ditawarkan, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana untuk mohon secara atas talian.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Standard Chartered WorldMiles World MasterCard

Mata ganjaran (reward points)

Kad kredit Standard Chartered WorldMiles World MasterCard adalah antara kad kredit perjalanan yang menawarkan pulangan mata ganjaran terbaik. Dapatkan 1 mata ganjaran WordMiles Point dengan RM3 yang anda belanjakan untuk perbelanjaan runcit, dan 4.5 mata WorldMiles Points dengan setiap RM3 yang anda belanjakan di luar negara. Mata WorldMiles Points ini boleh anda tukar kepada mata AirMile  daripada Malaysia Airlines Enrich, AirAsia BIG, Cathay Pacific Asia Miles, dan Singapore Airlines Krisflyer. Mata ganjaran tidak akan dikira untuk perbelanjaan petrol.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
1 RM3 Perbelanjaan runcit
4.5 RM3 Perbelanjaan luar negara

ganjaran perjalanan

Nikmati akses tanpa had percuma ke Plaza Premium Lounges yang terlibat di KLIA dan KLIA2 untuk pemegang kad utama dengan tiket penerbangan antarabangsa. Tetamu yang menemani anda pula akan mendapat diskaun sehingga 20%.

Dapatkan juga pulangan rebat tunai sehingga RM80 untuk pengangkutan limousin lapangan terbang atau KLIA Ekspres (ERL). Tidak lupa juga pelindungan perjalanan sehingga USD100,000 jika anda memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan.

Ciri premium

Anda boleh masukkan kad kredit Standard Chartered WorldMiles World MasterCard anda ke dalam Apple Pay atau Samsung Pay. Selain itu, setiap perbelanjaan dalam talian akan dilindungi sehingga USD200 untuk setiap transaksi.

Nikmati juga tawaran pulangan tunai eksklusif secara dalam talian daripada pedagang terpilih di luar negara dengan program Mastercard Traveler Rewards.

Pihak Standard Chartered juga menawarkan pelan-pelan seperti Cash-On-Call Plus, Flexi-On-Balance Plus, Easy-Payment-Scheme, dan Automatic Balance Conversion kepada pemegang kad ini untuk memudahkan anda menguruskan kewangan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM7500 sebulan atau RM90000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM600
Tahun pertama adalah percuma. Tahun berikutnya yuran dibatalkan untuk perbelanjaan minimum RM60,000
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM25 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Standard Chartered Balance Transfer PLUS
Standard Chartered Balance Transfer PLUS

Pelan pindahan baki serendah RM1,000 dengan kadar faedah tetap dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut
Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)
Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)

Tukar sebarang pembelian (RM500 dan ke atas) anda kepada pelan FlexiPay Plus dari Standard Chartered dan nikmat tempoh bayaran sehingga 12 bulan dengan kadar faedah tetap.

Maklumat Lanjut
Standard Chartered Cash On Call Plus
Standard Chartered Cash On Call Plus

Pinjaman dari serendah RM1,000 hingga 100% had kredit (credit limit) kad kredit Standard Chartered anda. Kadar faedah tetap dengan tempoh pinjaman sehingga 60 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Standard Chartered WorldMiles World MasterCard

    Kad kredit Standard Chartered WorldMiles World MasterCard telah ditamatkan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Standard Chartered WorldMiles World MasterCard

    Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

    Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

    Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

    Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

    Ya, anda boleh guna kad kredit Standard Chartered WorldMiles World MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

    Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

    Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Standard Chartered WorldMiles World MasterCard

    Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

    Ada soalan tambahan berhubung Standard Chartered WorldMiles World MasterCard?

    Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    2 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Standard Chartered Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

    Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
    Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, salah satu bank terawal di Malaysia sejak 1875, adalah sebahagian daripada kumpulan perbankan antarabangsa di 70 negara. Sebagai peneraju dalam memperkenalkan perbankan Islam di Malaysia (pada 1993, dan menerusi Standard Chartered Saadiq), bank ini menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan patuh Syariah yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu, perniagaan, dan…
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    AmBank BonusLink Visa Signature

    Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

    Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

    Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

    Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

    Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

    Citi PremierMiles Mastercard

    Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…