Akan dibuka dalam tab baharu

ICBC Visa Classic

ICBC Visa Classic
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
18% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM75
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran

ICBC Visa Classic adalah sebuah kad kredit daripada ICBC Malaysia. ICBC Malaysia adalah anak syarikat milik Industrial and Commercial Bank of China – bank terbesar di dunia. Kad ini khusus untuk rakyat Malaysia yang kerap melawat negara China dan melakukan transaksi dalam mata wang Yuan Renminbi (CNY).

Kad ICBC Visa Classic menawarkan kemudahan transaksi dalam dua mata wang (dwi mata wang), iaitu Ringgit Malaysia (MYR) dan Yuan Renminbi China (CNY). Dengan ciri utama yang memberikan mata ganjaran (reward points), anda tidak perlu risau untuk berbelanja. Setiap RM1 atau RMB2 yang anda belanjakan, anda mendapat satu mata ganjaran bonus. Mata ganjaran bonus ini boleh anda tukar kepada baucar hadiah AEON, Isetan, Giant dan Parkson. Anda juga boleh guna mata ganjaran yang terkumpul untuk menebus barangan melalui katalog ICBC, atau gunakan untuk membayar yuran tahunan kad kredit ICBC anda.

Yang menariknya mata ganjaran bonus ini tidak akan tamat tempoh – jadi kumpul seberapa banyak mata yang anda ingini.

Pihak ICBC menawarkan kad kredit ICBC Visa Classic kepada warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang dari RM24,000, iaitu RM2,000 sebulan. Caj yuran tahunan yang dikenakan adalah berpatutan iaitu RM75 untuk pemegang kad utama, dan RM35 untuk kad tambahan. Yuran tahunan ini akan dibatalkan sekiranya anda buat sekurang-kurang 5 transaksi menggunakan kad ini setahun.

Caj kadar faedah yang dikenakan adalah caj standard, iaitu 18% p.a. Walau bagaimanapun, pihak ICBC Malaysia akan memberikan kadar yang lebih rendah sehingga 13.5% p.a jika anda bayar bil kad ICBC Visa Classic anda tepat pada masanya.

Berminat untuk mohon kad ini? Baca lebih lanjut tentang syarat kelayakan lengkap yang diperlukan untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas-talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit ICBC Visa Classic

Mata ganjaran (reward points)

Kad ICBC Visa Classic menawarkan mata ganjaran tanpa tarikh tamat tempoh setiap kali anda berbelanja dalam Ringgit Malaysia (MYR) atau Yuan Renminbi China (CNY). Dapatkan satu mata ganjaran bonus dengan perbelanjaan RM1 atau RMB2.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
1 RM1 Perbelanjaan runcit dalam negara dan luar negara (kecuali negara China)
1 RMB2 Perbelanjaan runcit di negara China

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM75
Dibatalkan jika anda menggunakan kad kredit lebih dari 5 kali setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM35
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM5 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Cara Mohon ICBC Visa Classic

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit ICBC Visa Classic

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit ICBC Visa Classic untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit ICBC Visa Classic

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung ICBC Visa Classic?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad

ICBC Malaysia
ICBC Malaysia, anak syarikat Industrial and Commercial Bank of China Limited – bank terbesar di dunia – membawa kekuatan perbankan global ke Malaysia sejak 2010. Diiktiraf antara bank terbaik dunia, ICBC Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan komprehensif untuk memenuhi keperluan kewangan individu dan korporat.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad Kredit CIMB Platinum-i

Kad kredit CIMB Platinum-i jgua dikenali sebagai CIMB Islamic MasterCard Platinum adalah kad kredit Islamik…

Public Bank Quantum MasterCard

Kad kredit Public Bank Quantum MasterCard menawarkan yuran tahunan percuma untuk kad kredit utama (principal)…

Kad kredit CIMB Travel World 

CIMB Travel World Credit Card merupakan kad kredit premium untuk mereka yang sering melancong. Dapatkan perlindungan insurans…

Kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i

Kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i ditawarkan kepada peniaga yang ingin keselesaan…