Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card

Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card adalah pelan pindahan baki kad kredit yang ditawarkan oleh Maybank. Pelan ini ditawarkan kepada semua kad kredit Ikhwan (Islamik) daripada Maybank. Pelan ini hanya ditawarkan kepada pemegang kad utama (principal) dan tidak ditawarkan kepada pemegang kad tambahan (supplementary).

Anda boleh bayar dari 6 bulan hingga 36 bulan dengan pelan pindahan baki Maybank ini. Kadar faedah yang dikenakan pula bermula dari 0% hingga 4.95% dengan caj pengendalian (upfront handling fee) serendah 1.88%. Jumlah pindahan minimum bermula dari RM1,000 dan pindahan jumlah maksimum pula akan ditentukan oleh pihak Maybank berdasarkan had kredit (credit limit) kad kredit dan rekod kredit anda.

Bayaran bulanan minimum adalah 5% daripada baki tunggakan. Sekiranya anda gagal buat bayaran bulanan yang telah ditetapkan, Maybank akan mengenakan kadar faedah antara 15% p.a hingga 18% p.a.

Seperti kebanyakan pelan pindahan kad kredit, Maybank tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early termination fee) untuk pelan Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan baki tertunggak anda lebih awal.

Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 36 bulan
Kadar faedah 0% p.a hingga 4.95% p.a
Caj pengendalian 1.88% hingga 3%
Jumlah pindahan RM1000 hingga bergantung kepada pihak Maybank
Bayaran minimum (bulanan) 5% dari baki tunggakan
Caj penamatan awal Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card

Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 1.88% Tiada RM1,000
9 Tiada 9% p.a RM1,000
12 3% Tiada RM1,000
24 Tiada 4.5% p.a RM2,000
36 Tiada 4.95% p.a RM2,000

Cara mohon Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card

Anda boleh mohon pelan pindahan baki kad kredit Maybank melalui salah-satu daripada kaedah berikut.

  • Mohon melalui pilihan “Apply Balance Transfer” pada sistem Maybank2u.
  • Hubungi pusat khidmat pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688.
  • Dapatkan borang permohonan Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card, lengkapkan dan E-Mail kepada [email protected]

Kad kredit Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Maybankard Balance Transfer Islamic Ikhwan Card. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i 

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i menawarkan ganjaran dan pulangan berganda sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.

Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i

Kad Kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i menawarkan pulangan tunai, mata ganjaran, dan pelan kad kredit lengkap tanpa yuran tahunan.

Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i

Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i menawarkan mata ganjaran TreatPoints, perlindungan perjalanan sehingga RM2 juta, dan juga tawaran hebat untuk peminat sukan Golf.

Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan

Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan

Kad kredit Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan menawarkan mata ganjaran TreatPoints dan keisitimewaan perjalanan, termasuk kelebihan plaza premium dan perlindungan insurans perjalanan. Dapatkan juga kelebihan premium dari Word MasterCard.

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i menawarkan pulangan rebat tunai, mata ganjaran, dan pelan kad kredit lengkap. Sangat sesuai jika anda sering berbelanja di Stesen Minyak Petronas, untuk mengisi minyak atau berbelanja di Kedai Mesra Petronas.

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i menawarkan ganjaran petrol dalam bentuk rebat tunai dan juga mata ganjaran TreatPoints Maybank. Dapatkan cashback dan reward points setiap kali anda mengisi minyak di stesen minyak Petronas seluruh Malaysia, dan juga untuk sebarang perbelanjaan menggunakan kad kredit ini.

Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card

Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card

Kad Kredit Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card menawarkan keistimewaan dalam bentuk rebat tunai (cashback) dan mata ganjaran Maybank TreatPoints. Pihak Maybank juga akan menyumbang 0.1% daripada perbelanjaan kad anda kepada badan amal. Pemilik kad ini juga berpeluang untuk mendapat pakej Umrah percuma daripada pihak Maybank Islamic.