Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Muamalat Visa Infinite-i

Dapatkan keistimewaan pulangan tunai tanpa had dengan setiap perbelanjaan anda melalui kad kredit Premium dan patuh Syariah daripada Bank Muamalat.

Kad kredit Bank Muamalat Visa Infinite-i 
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM25000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Pulangan tunai tanpa had, Takaful perjalanan RM1 juta, akses ke Plaza Premium Lounge percuma

Kad kredit Bank Muamalat Visa Infinite-i adalah kad Islamik Premium yang menawarkan kelebihan pulangan tunai (cash back) untuk perbelanjaan di dalam dan di luar negara. Tidak lupa juga keistimewaan setiap kali anda melancong melalui akses percuma ke Plaza Premium Lounge dan perlindungan Takaful perjalanan. Kad ini juga ditawarkan tanpa yuran tahunan, sesuai sekiranya anda ingin menikmati gaya hidup eksklusif tanpa caj tambahan.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Bank Muamalat Visa Infinite-i

  • Kad kredit Islamik Patuh Syariah dengan konsep Tawarruq.
  • Pulangan tunai 1% tanpa had untuk perbelanjaan di luar negara.
  • Pulangan tunai 1% untuk perbelanjaan e-Dagang
  • Pulangan tunai 0.5% bagi setiap transaksi tanpa sentuh (contactless payment).
  • Pelan pindahan baki patuh Syariah tanpa kadar faedah (0% interest) melalui Bank Muamalat Pemindahan Baki Kad Kredit-i.
  • Pelan bayaran ansuran 0% dengan pilihan bayaran balik sehingga 12 bulan.
  • Perlindungan Takaful perjalanan percuma untuk pemegang kad dan ahli keluarga.
  • Akses percuma kepada Plaza Premium Lounge di dalam dan luar negara.
  • Perlindungan Takaful untuk baki kad yang tertunggak.
  • Yuran tahunan percuma seumur hidup tanpa sebarang syarat untuk kad utama dan kad tambahan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM25000 sebulan atau RM300000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

Bekerja makan gaji

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 1 bulan terkini; atau penyata KWSP terkini; atau borang EA atau borang BE terkini.

Bekerja sendiri

  • Salinan kad pengenalan.
  • Penyata akan bank 6 bulan terkini.
  • Salinan sijil SSM syarikat.
  • Penyata cukai pendapatan terkini dengan resit bayaran cukai LHDN.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Had Pendahuluan Tunai Harian
70% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM30 atau 2% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

  • Pulangan tunai untuk transaksi e-Dagang dihadkan kepada RM100 setiap bulan.
  • Pulangan tunai untuk transaksi tanpa sentuh dihadkan kepada RM50 setiap bulan.
  • Perlindungan Takaful perjalanan adalah sehingga RM1 juta dan meliputi kelewatan atau terlepas penerbangan, dan kelewatan dan kehilangan bagasi.

Pelan Pembiayaan

Bank Muamalat Pemindahan Baki Kad Kredit-i
Bank Muamalat Pemindahan Baki Kad Kredit-i

Buat pindahan baki kepada kad kredit Bank Muamalat anda dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj kadar faedah dan tanpa sebarang caj pengendalian.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Bank Muamalat Visa Infinite-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Mohon kad kredit Bank Muamalat Visa Infinite-i melalui kaedah berikut:

Khidmat Pelanggan

Sekiranya anda ingin maklumat tambahan atau terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pihak Bank Muamalat melalui saluran:

  • Pusat khidmat pelanggan di talian 03-2600 5500 yang beroperasi 24 jam, termasuk cuti umum.
Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Bank Muamalat Visa Infinite-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Muamalat Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Bank Muamalat Visa Infinite-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Muamalat Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Bank Muamalat Visa Infinite-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Bank Muamalat Visa Infinite-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat Malaysia Berhad
Bank Muamalat Malaysia Berhad, bank Islamik kedua terbesar di Malaysia yang mula beroperasi pada tahun 1999 hasil penggabungan, bertekad menjadi pilihan utama perkhidmatan kewangan Islamik. Dengan rangkaian cawangan dan kiosk di seluruh negara, Bank Muamalat menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan patuh Syariah yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu dan pelanggan korporat/perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i menawarkan mata ganjaran TreatPoints, perlindungan perjalanan sehingga…

CIMB Visa Signature

CIMB Visa Signature menawarkan ciri premium untuk gaya hidup “versatile”. Nikmati pulangan mata ganjaran Bonus…

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Citibank Citi Rewards Mastercard

Kad Kredit Citi Rewards Mastercard dari Citibank ini menawarkan sehingga 5 mata ganjaran untuk setiap…