Akan dibuka dalam tab baharu

BSN Platinum

BSN Platinum Visa MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
11% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM4000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Kadar Faedah Rendah, Mata Ganjaran, Premium, Tanpa Yuran Tahunan

BSN Platinum adalah kad kredit daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menyediakan pelbagai keistimewaan dan ganjaran. Kad ini ditawarkan dalam pilihan BSN Platinum Visa dan  juga BSN Platinum MasterCard. Kedua-dua kad kredit BSN ini menawarkan ciri dan kelebihan yang hampir sama.

Kelebihan utama yang ditawarkan oleh BSN Platinum Credit Card ialah caj kadar faedah yang rendah. Jika bank lain mengenakan kadar faedah tahunan sebanyak 15% untuk kad kredit mereka, BSN hanya mengenakan kadar faedah dari 11% hingga 13.5% setahun untuk BSN Platinum. Kadar faedah 11% p.a adalah untuk kakitangan kerajaan dan 13.5% p.a untuk kakitangan sektor swasta, dengan syarat anda tidak terlepas buat bayaran bulanan.

Selain itu kad ini juga tidak mengenakan caj yuran tahunan. Ini bermaksud yuran tahunan adalah percuma seumur hidup. Anda tidak perlu membayar yuran tahunan untuk kad utama (primary card) dan juga kad tambahan (supplementary kad).

Dengan kadar faedah rendah dan yuran tahunan percuma seumur hidup menjadikan penggunaan kad kredit BSN Platinum Visa/MasterCard sangat menjimatkan.

Kad kredit BSN ini juga menawarkan pulangan mata ganjaran dalam bentuk BSN Happy Rewards Points. Anda akan menerima sehingga 2 mata ganjaran BSN Happy dengan setiap RM1 yang anda belanjakan di dalam dan luar negara. Anda boleh tebus mata ganjaran yang terkumpul untuk mata Enrich, BIG Poin, hadiah, baucar, dan pelbagai lagi tawaran eksklusif.

Transaksi pembelian dalam talian anda juga akan menjadi lebih selamat dengan sistem BSN Online Secure Shopping (BOSS). Sistem ini menggunakan kod khas yang akan dihantar ke telefon bimbit berdaftar sebelum pembelian disahkan. Ciri ini menyukarkan berlaku penyelewengan kad BSN Platinum anda.

Bagi yang selalu melancong pula sama ada untuk urusan peribadi atau perniagaan, anda akan dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga RM300,000. Perlindungan ini termasuk pampasan sekiranya anda terlepas atau tertunda penerbangan, dan kehilangan atau kelewatan bagasi.

Tidak lupa juga kad BSN Zing PLUSMiles percuma dengan BSN Platinum MasterCard. Kad Touch ‘n Go ini datang dengan ciri auto-reload sebanyak RM100 apabila baki kad berkurang di bawah RM50.

Anda juga boleh guna perkhidmatan Concierge MasterCard untuk sebarang urusan peribadi, termasuk tempahan dan bantuan. Selain perkhidmatan concierge, pihak BSN juga menyediakan khidmat talian platinum untuk bantuan atau sebarang pertanyaan berkaitan kad kredit BSN Platinum Visa atau MasterCard.

Kad ini juga menawarkan pelan kewangan lengkap seperti pelan pindahan baki, pelan ansuran mudah, dan pelan pinjaman tunai. Buat pemindahan baki tanpa caj kadar faedah dan tempoh bayaran balik sehingga 48 bulan dengan program BSN Balance Transfer.

Atau, guna pelan BSN EasyPay dan BSN Instalment Pay untuk mendapatkan barangan idaman anda. BSN Platinum Visa menawarkan kedua-dua pelan ansuran mudah ini, manakala BSN Platinum MasterCard hanya menawarkan pelan BSN Instalment Pay.

Pelan BSN EasyCash pula boleh membantu jika anda ingin tunai segera. Mohon pinjaman tunai sehingga 80% had kredit (credit limit) anda dengan kadar faedah yang lebih rendah daripada pinjaman peribadi.

Kad kredit BSN Platinum Visa/MasterCard hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM48,000. Had umur untuk kad tambahan pula ditetapkan kepada 18 tahun ke atas.

Kad BSN ini adalah pilihan yang sangat tepat jika anda sedang mencari kad kredit yang menjimatkan tetapi datang dengan ciri-ciri yang menarik dan istimewa. Dengan pelbagai ganjaran, kadar faedah rendah, dan yuran tahunan percuma seumur hidup, kad ini menawarkan nilai yang luar biasa untuk wang anda.

Baca lebih lanjut ciri-ciri lengkap kad ini seperti ciri pelan kewangan, syarat lengkap, caj yang dikenakan, dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit BSN Platinum

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan 2x mata ganjaran BSN Happy Rewards Points dengan setiap RM1 yang anda belanjakan di luar dan dalam negara, termasuk ketika menjamu selera, golf, dan kos perjalanan. 1x mata ganjaran pula untuk setiap RM1 yang anda belanjakan untuk perbelanjaan runcit.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
2 RM1 Perbelanjaan runcit luar negara
2 RM1 Makan minum dalam negara, golf, kos perjalanan
1 RM1 Perbelanjaan runcit dalam negara

ganjaran perjalanan

Beli tiket penerbangan anda dengan kad kredit BSN Platinum Visa/MasterCard dan secara automatik anda akan dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga RM300,000. Bagi yang mohon BSN Platinum MasterCard, anda akan menerima kad BSN Zing PLUSMiles percuma.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM300,000
Terlepas penerbangan Sehingga RM600
Kelewatan penerbangan Sehingga RM600
Kehilangan bagasi Sehingga RM2,000
Kelewatan bagasi Sehingga RM2,000

Ciri premium

Nikmati layanan kelas pertama dengan perkhidmatan concierge daripada MasterCard. Guna perkhidmatan ini sebarang tempahan atau bantuan yang anda ingini. Tidak lupa juga talian Platinum BSN yang sedia melayan anda untuk sebarang bantuan atau pertanyaan, eksklusif untuk kad kredit BSN Platinum.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM4000 sebulan atau RM48000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
75% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM10 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

BSN Balance Transfer Programme
BSN Balance Transfer Programme

Buat pindahan baki kad kredit anda ke BSN Balance Transfer Programme. Pindahan dari serendah RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
BSN EasyPay
BSN EasyPay

Inginkan pelan bayaran ansuran mudah (EPP) tanpa caj faedah dan tiada caj upfront? Dapatkan pelan ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
BSN Instalment-Pay
BSN Instalment-Pay

Buat sebarang pembelian serendah RM500 dengan kad kredit BSN anda untuk melayakkan anda menggunakan pelan Easy Payment dari BSN ini. Bayar semula sehingga 24 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut
BSN EasyCash
BSN EasyCash

Pinjam dari RM500 hingga 80% had kredit (credit limit) kad kredit BSN anda tanpa faedah (zero interest). Pilih tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 48 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon BSN Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit BSN Platinum

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Simpanan Nasional (BSN) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit BSN Platinum untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard, Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Simpanan Nasional (BSN) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit BSN Platinum

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung BSN Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Simpanan Nasional
Bank Simpanan Nasional (BSN), ditubuhkan pada 1974 dengan misi menggalakkan simpanan rakyat, kini melayani lebih 7 juta pelanggan melalui 382 cawangan di seluruh negara. BSN menawarkan pelbagai produk perbankan konvensional dan Islamik, termasuk akaun, kad, pembiayaan peribadi, serta pembiayaan Mikro untuk usahawan. BSN juga mempelopori penggunaan Virtual Teller Machine (VTM) di Malaysia.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…