Akan dibuka dalam tab baharu

Alliance Bank Visa Platinum Business

Uruskan perbelanjaan perniagaan anda dengan mudah dan nikmati faedah eksklusif

Kad kredit Alliance Bank Visa Platinum Business
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Pulangan tunai, Caj kewangan rendah, Pelan ansuran mudah tanpa faedah

Mengurus perbelanjaan perniagaan dan memastikan kelancaran operasi kewangan adalah kunci kepada kejayaan sesebuah syarikat. Kad Kredit Alliance Bank Visa Platinum direka khas untuk memenuhi keperluan perniagaan di Malaysia dengan menawarkan pelbagai ciri yang memudahkan pengurusan kewangan dan didatangkan dengan ganjaran yang menarik.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Alliance Bank Visa Platinum Business

  • Ganjaran Pulangan Tunai: Nikmati pulangan tunai hingga 1% setiap bulan untuk pembelian runcit, memberi lebih nilai dengan setiap transaksi. Struktur pulangan tunai yang bertingkat memberikan ganjaran yang lebih besar untuk perbelanjaan yang lebih tinggi:
    • Tahap 1 (RM1 – RM10,000): Pulangan tunai 0.25%
    • Tahap 2 (RM10,001 – RM100,000): Pulangan tunai 0.4%
    • Tahap 3 (RM100,001 – RM200,000): Pulangan tunai 0.6%
    • Tahap 4 (RM200,001 – RM300,000): Pulangan tunai 1.0%
  • Caj Kewangan Lebih Rendah: Anda boleh pilih untuk menikmati caj kewangan yang lebih rendah, sebanyak 8.88% setahun ke atas baki tertunggak, dengan syarat anda buat bayaran minimum yang perlukan selama 12 bulan berturut-turut. Pilihan ini boleh memberi kelebihan kepada perniagaan yang mengutamakan pengurangan kos keseluruhan.
  • Pelan Pembayaran Fleksibel 0%: Uruskan aliran tunai perniagaan anda dengan lebih berkesan dengan menukar perbelanjaan besar kepada bayaran ansuran yang lebih mudah diuruskan pada kadar faedah 0%. Anda layak untuk menikmati tempoh pembayaran fleksibel sehingga 6 bulan bergantung kepada penyata baki anda.
  • Akses Ruang Rehat Percuma: Nikmati kemewahan akses ke ruang rehat premium (Plaza Premium Lounge) di lapangan terbang seluruh dunia, termasuk 6 lawatan percuma setahun di Travel Club Lounge. Manfaat ini memberikan keselesaan dan kemudahan tambahan semasa menjalankan urusan perniagaan.
  • Insurans Perjalanan Komprehensif: Nikmati ketenangan fikiran dengan perlindungan insurans perjalanan percuma sehingga RM2,000,000 daripada Zurich General Insurance Malaysia Berhad.
  • Kemudahan Visa payWave: Nikmati kemudahan pembayaran tanpa sentuh di peniaga yang mengambil bahagian dengan Visa payWave.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Perniagaan berdaftar dan beroperasi tidak kurang daripada 1 tahun

Dokumen Yang Diperlukan

• Salinan pengenalan diri (MyKad) (Pengarah dan/atau Penjamin).
• Dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkaitan.
• Maklumat Terkini Pulangan Tahunan (jika terdapat perubahan pada modal berbayar atau pegangan saham)
• Penyata Bank 6 bulan Terkini
• Akaun Audit 2 tahun Terkini + Akaun Pengurusan

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
Bayaran penuh
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

  • Alliance Bank Visa Platinum Credit Card menawarkan had kredit sehingga RM250,000.
  • Anda boleh mengurus akaun kad anda secara dalam talian melalui platform perbankan dalam talian Alliance Bank.
  • Kad ini dilengkapi dengan teknologi cip EMV dan perlindungan PIN untuk keselamatan yang dipertingkatkan.

Cara Mohon Alliance Bank Visa Platinum Business

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh memohon Kad kredit Alliance Bank Visa Platinum Business melalui saluran berikut:

Khidmat Pelanggan

  • Anda boleh menghubungi talian hotline khidmat pelanggan Alliance Bank di 1-300-88-3233 (talian perniagaan) untuk sebarang pertanyaan atau bantuan.

Kesimpulan & Perspektif

Kad kredt Alliance Bank Visa Platinum menawarkan ciri menarik untuk perniagaan yang ingin memaksimumkan perbelanjaan dengan pulangan faedah. Dengan ganjaran pulangan tunai, pilihan pembiayaan fleksibel, faedah perjalanan, dan perlindungan perjalanan yang komprehensif , kad ini sesuai untuk peniaga yang ingin menguruskan kewangan mereka dengan lebih berkesan.

Walaubagaimanapun, pertimbangkan keperluan dan tabiat perbelanjaan anda sebelum buat keputusan. Perniagaan dengan perbelanjaan yang lebih rendah mungkin boleh mendapat lebih manfaat daripada kad kredit perniagaan yang lain dengan syarat minimum yang lebih rendah atau kadar pulangan yang lebih tinggi.

Untuk memudahkan anda buat pilihan terbaik untuk perniagaan, anda boleh gunakan laman perbandingan kad kredit yang kami sediakan. Laman ini membolehkan anda buat tapisan kad secara langsung mengikut ciri dan faedah yang anda ingini. Klik untuk ke laman Tapisan Kad Kredit.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Alliance Bank Visa Platinum Business

Ya, anda boleh menggunakan kad anda untuk transaksi dalam talian di mana-mana peniaga yang menerima kad Visa.

Pulangan tunai terkumpul akan dikreditkan secara automatik ke akaun kad anda setiap bulan.

Anda perlu menghubungi talian hotline khidmat pelanggan 24 jam Alliance Bank untuk melaporkan kehilangan kad dan memohon kad ganti.

Ya, anda boleh menetapkan had perbelanjaan individu untuk setiap pemegang kad tambahan untuk menguruskan perbelanjaan perniagaan anda dengan berkesan.

Tidak, tiada yuran pemprosesan untuk menukar pembelian anda kepada Pelan Pembayaran Fleksibel 0%. Namun begitu, sila ambil perhatian tentang jumlah transaksi minimum yang diperlukan.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Alliance Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Alliance Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Alliance Bank Visa Platinum Business untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Alliance Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Alliance Bank Visa Platinum Business

Ada soalan tambahan berhubung Alliance Bank Visa Platinum Business?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Alliance Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Alliance Bank Malaysia Berhad

Alliance bank malaysia berhad
Alliance Bank Malaysia Berhad, sebahagian daripada Alliance Financial Group, adalah institusi perbankan komprehensif yang beroperasi di seluruh Malaysia. Sejak 2001, Alliance Bank (bersama Alliance Islamic Bank) menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan untuk individu dan perniagaan, termasuk akaun simpanan, kad, pembiayaan (peribadi, perumahan, perniagaan), insurans, dan banyak lagi, dalam bentuk konvensional dan Islamik.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AEON Gold Visa

Dapatkan pulangan tunai dan mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan anda melalui kad AEON Gold Visa.

Kad kredit UOB PRVI Miles

Kad kredit UOB PRVI Miles menawarkan mata ganjaran UNIRinggit yang boleh anda tebus untuk barangan…