Akan dibuka dalam tab baharu

RHB Visa Signature

Kad kredit RHB Visa Signature 
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM6666
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Premium, Pulangan Tunai, Tanpa Yuran Tahunan

Kad kredit RHB Visa Signature daripada RHB Bank Berhad merupakan sebuah kad premium untuk kaki melancong yang bukan sahaja ingin kemudahan perjalanan, tetapi juga lebih nilai dengan setiap perbelanjaan.

Sebagai kad kredit travel, RHB Visa Signature menawarkan pelbagai kelebihan untuk memberi kelebihan kepada anda sepanjang perjalanan. Nikmati keselesaan sepenuhnya dengan akses percuma ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang seluruh Malaysia, atau seluruh dunia dengan diskaun sehingga 20%.

Tidak lupa juga perlindungan insurans perjalanan sehingga RM600,000 untuk kemalangan dan gangguan perjalanan secara automatik apabila anda tempah tiket kapal terbang dengan kad anda.

Kaki golf pula boleh menikmati tee off tanpa green fee di kelab golf yang mengambil bahagian di Malaysia.

Kad RHB Visa Signature juga menawarkan perlindungan pembelian dalam talian sehingga USD200 dengan pelan eCommerce Purchase Protection.

Selain pelbagai keistimewaan perjalanan, anda juga boleh mendapatkan pulangan tunai (cashback) tanpa had melalui kad kredit premium RHB ini. Dapatkan sehingga 6% pulangan tunai setiap bulan apabila anda swipe kad anda untuk perbelanjaan dalam talian (online) atau offline, di dalam dan luar negara.

Kad ini juga datang dengan pelan kewangan yang lengkap seperti pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan juga pelan ansuran tunai untuk memudahkan pengurusan kewangan anda.

Anda juga tidak perlu risau tentang yuran tahunan kerana kad RHB Visa Signature adalah percuma seumur hidup, tanpa syarat tambahan. Sesiapa sahaja boleh mohon kad ini dengan syarat anda berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM80,000.

Tak sabar nak dapatkan kad ini? Baca lebih lanjut tentang ciri dan keistimewaan lengkap yang ditawarkan oleh kad RHB Visa Signature pada maklumat di bawah.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit RHB Visa Signature

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan pulangan tunai dengan setiap ringgit yang anda belanjakan. Rujuk jadual di bawah untuk kategori perbelanjaan yang layak menerima cashback.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Hiburan, beli-belah, transaksi dalam talian 1% RM30 RM1,000 hingga RM2499
Hiburan, beli-belah, transaksi dalam talian 2% RM30 RM2,500 hingga RM3,499
Hiburan, beli-belah, transaksi dalam talian 6% RM30 RM3,500 ke atas
Perbelanjaan runcit dalam negara 0.2% Tanpa had RM1,000 ke atas
Perbelanjaan runcit luar negara 0.5% RM100 RM1,000 hingga RM2499
Perbelanjaan runcit luar negara 1% RM100 RM2,500 hingga RM3,499
Perbelanjaan runcit luar negara 2% RM100 RM3,500 ke atas

 

ganjaran perjalanan

Kad kredit RHB Visa Signature menawarkan pelbagai keistimewaan perjalanan.

Akses Percuma ke Plaza Premium Lounge

Dapatkan 6x akses percuma ke Plaza Premium Lounge setiap tahun di lapangan terbang berikut:

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Anda juga akan menerima diskaun 25% untuk tetamu, dan diskaun 20% untuk akses ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang seluruh dunia.

Lihat senarai terkini Plaza yang mengambil bahagian di seluruh dunia.

Sekiranya anda telah menggunakan 6 kali akses percuma pada tahun tersebut, anda akan menerima tambahan sebanyak 25% untuk akses seterusnya.

Anda hanya perlu berbelanja tidak kurang daripada RM500 dengan kad anda pada tahun sebelumnya untuk menikmati keistimewaan ini.

Perlindungan Insurans Perjalanan Sehingga RM600,000

Nikmati perjalanan tanpa risau dengan perlindungan lengkap insurans perjalanan sehingga RM600,000. Rujuk jadual di bawah untuk ciri lengkap perlindungan ini.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM600,000
Terlepas penerbangan Sehingga RM500
Kelewatan penerbangan Sehingga RM500
Kehilangan bagasi Sehingga RM1,000
Kelewatan bagasi Sehingga RM500

Ciri premium

Kad kredit premium tidak sah tanpa keistimewaan tambahan. Dapatkan kelebihan premium berikut dengan kad RHB Visa Signature.

Perlindungan Pembelian e-Dagang Dalam Talian

Program Visa eCommerce Purchase Protection akan melindungi setiap transaksi pembelian dalam talian sehingga USD200 setiap tahun. Perlindungan ini meliputi:

  • Pembelian tidak sampai atau barang tidak lengkap.
  • Kerosakan fizikal ketika penghantaran.

Shopping online tanpa perlu risau dengan kad kredit RHB anda.

Pengalaman Golf Percuma

Program RHB Premium Cards Golf Privileges menawarkan pengalaman golf tanpa perlu bayar yuran hijau (green fees) di kelab Golf yang mengambil bahagian, antaranya:

  • Sungai Long Golf & Country Club,
  • Glenmarie Golf & Country Club,
  • Tropicana Golf & Country Resort,
  • Kota Permai Golf & Country Club,

Anda hanya perlu buat tempahan terlebih dahulu untuk menikmati kelebihan ini. Hubungi talian RHB Priority Line di nombor +603-92061111 untuk tempahan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM6666 sebulan atau RM80000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

RHB Smart Move Balance Transfer
RHB Smart Move Balance Transfer

Pindahan baki dari serendah RM1,000 hingga 80% had kredit anda dengan bayaran sehingga 24 bulan. Tiada caj pengendalian dan caj penamatan awal yang dikenakan.

Maklumat Lanjut
RHB Smart Instalment
RHB Smart Instalment

Tukar pembelian anda kepada pelan Easy Payment RHB Smart Instalment dan nikmati tempoh bayaran sehingga 24 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
RHB CashXcess
RHB CashXcess

Pinjaman tunai dari RM1,000 hingga 80% had kredit (credit limit) kad RHB anda dengan kadar faedah yang berpatutan dan tempoh pinjaman sehingga 24 bulan

Maklumat Lanjut

Cara Mohon RHB Visa Signature

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit RHB Visa Signature

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, RHB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh RHB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan RHB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit RHB Visa Signature untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. RHB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit RHB Visa Signature

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung RHB Visa Signature?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi RHB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang RHB Bank Berhad

RHB Bank Berhad
RHB Bank Berhad, yang terbentuk melalui penggabungan dan kini merupakan kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia. Dengan 194 cawangan di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, RHB (menerusi RHB Islamic Bank) mengamalkan konsep Universal Banking. Ia menawarkan rangkaian komprehensif perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan, termasuk penyelesaian khusus untuk…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit UOB PRVI Miles

Kad kredit UOB PRVI Miles menawarkan mata ganjaran UNIRinggit yang boleh anda tebus untuk barangan…