Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Rakyat Credit Card-i Gold

Kad kredit Bank Rakyat Gold Credit Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Tanpa yuran tahunan
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Islamik, Premium, Pulangan Tunai, Tanpa Yuran Tahunan

Bank Rakyat Credit Card-i Gold adalah kad kredit Islamik yang memberikan kemudahan kepada dalam urusan kewangan harian anda serta menawarkan pelbagai kelebihan dan ganjaran tambahan seperti kadar faedah rendah, perlindungan takaful dan rebat tunai menarik. Baca lebih lanjut untuk tahu kelebihan kad kredit Bank Rakyat ini dan ketahui bagaimana kad ini boleh menjadi pilihan utama anda.

Ganjaran Rakyat Rewards: Manfaat Menarik untuk Pengguna Bijak

Dapatkan 1 mata ganjaran Rakyat Rewards dengan setiap perbelanjaan runcit di dalam dan luar negara. Mata ini boleh ditukar kepada wang tunai dengan kadar RM0.10 bagi setiap 10 mata. Anda juga boleh mendapatkan sehingga 3.0% rebat untuk kadar keuntungan melalui kemudahan Auto Debit dan kemudahan pinjaman Bank Rakyat.

Anda juga boleh guna kad kredit Bank Rakyat untuk perbelanjaan tempatan dan luar negara tanpa sebarang caj tukaran mata wang asing.

Perlindungan Takaful Percuma

Bank Rakyat Gold Credit Card-i menawarkan perlindungan Takaful keluarga dengan percuma. Perlindungan ini merangkumi perlindungan ‘Khairat Kematian’ sehingga RM1,000. Anda juga boleh menikmati ketenangan fikiran kerana sebarang baki tertunggak untuk penggunaan Credit Card-i akan diselesaikan melalui perlindungan Takaful keluarga ini.

Kadar Faedah yang Rendah

Kad kredit Bank Rakyat ini juga adalah antara kad dengan kadar faedah yang rendah. Kadar faedah serendah 13.5% setahun adalah lebih rendah daripada kadar standard 15% p.a. Kelebihan ini memberi lebih penjimatan ketika tiba masa untuk membayar baki bulanan.

Kemudahan Pemindahan Baki dan Pelan Pembayaran Mudah

Buat pindahan baki tertunggak dari kad kredit lain ke Bank Rakyat Gold Credit Card-i dan nikmati kadar faedah yang lebih rendah. Anda boleh pilih tempoh bayaran antara 3 atau 12 bulan dengan caj kadar faedah yang tidak membebankan.

Kad ini juga menawarkan pelan bayaran ansuran mudah untuk pembelian serendah RM1,000. Anda boleh selesaikan bayaran ansuran dalam tempoh 24 hingga 36 bulan tanpa sebarang faedah tambahan. Tiada lagi masalah untuk memiliki barangan impian tanpa menanggung beban hutang kad kredit.

Yuran dan Caj yang Berpatutan

Dapatkan lebih penjimatan setiap tahun kerana kad Bank Rakyat Credit Card-i Gold adalah kad kredit tanpa yuran tahunan. Bukan sahaja untuk kad utama, tetapi juga untuk kad tambahan. Anda cuma perlu bayar caj SST RM25 setiap tahun untuk kad utama dan setiap kad tambahan.

Syarat dan Kelayakan yang Tidak Membebankan

Syarat kelayakan mohon kad kredit juga tidak membebankan. Kad kredit Islamik Bank Rakyat ini boleh dimohon oleh sesiapa sahaja asalkan anda berumur antara 21 hingga 65 tahun untuk kad utama dan 18 tahun ke atas untuk kad tambahan. Kelayakan gaji pula ditetapkan pada RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun menjadikan kad ini sangat mampu milik.

Dengan keistimewaan dan kelebihan yang menarik, kad kredit Bank Rakyat Credit Card-i Gold adalah pilihan yang bijak jika anda ingin penjimatan maksimum dan perlindungan lengkap dalam penggunaan kad kredit. Ketahui bagaimana untuk mohon secara dalam talian melalui maklumat di bawah.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Bank Rakyat Credit Card-i Gold

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan 1 mata Rakyat Rewards setiap belanja runcit di dalam dan luar negara, boleh ditukar dengan RM0.10 (10 mata). Nikmati rebat hingga 3.0% melalui Auto Debit dan pinjaman Bank Rakyat.

Mata ganjaran (reward points)

Nikmati penjimatan berganda dengan kad kredit Bank Rakyat Gold Credit Card-i yang menawarkan perbelanjaan di dalam negara dan luar negara tanpa dikenakan sebarang caj tukaran mata wang asing.

Ciri premium

Dapatkan ketenangan minda dengan perlindungan Takaful keluarga yang akan menyelesaikan bagi kad kredit anda sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal, termasuk kelebihan Khairat Kematian sehingga RM1,000.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Tanpa yuran tahunan
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 3% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Bank Rakyat Kad Kredit-i Pindahan Baki
Bank Rakyat Kad Kredit-i Pindahan Baki

Pindahkan baki kad kredit anda ke Bank Rakyat dengan pindahan minimum serendah RM1,000 dan tempoh bayaran sehingga 12 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Bank Rakyat Easy Instalment Plan
Bank Rakyat Easy Instalment Plan

Gunakan bayaran ansuran mudah Bank Rakyat ini dan dapatkan barangan idaman anda dengan bayaran ansuran bulanan sehingga 36 bulan. Tiada caj kadar faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Bank Rakyat Flexi Easy Payment
Bank Rakyat Flexi Easy Payment

Gunakan pelan Easy Payment Bank Rakyat ini untuk mendapatkan barangan idaman anda. Hanya buat belian serendah Rm1,000 dan pilih untuk buat bayaran ansuran sehingga 24 bulan. Tiada caj kadar faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Bank Rakyat Credit Card-i Gold

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Bank Rakyat Credit Card-i Gold

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Bank Rakyat Credit Card-i Gold untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Bank Rakyat Credit Card-i Gold

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Bank Rakyat Credit Card-i Gold?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad)

Bank rakyat bank kerjasama rakyat malaysia berhad
Bank Rakyat, yang bermula sebagai gabungan bank kesatuan pada 1954, kini adalah bank koperasi Islamik sepenuhnya di Malaysia sejak 2003. Dengan aset lebih RM99 bilion dan rangkaian cawangan, ATM, dan Ar-Rahnu X'Change yang luas di seluruh negara, Bank Rakyat menawarkan pelbagai produk perbankan patuh Syariah yang komprehensif untuk individu (termasuk pembiayaan peribadi Islamik, Ar-Rahnu) dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad Kredit CIMB Platinum-i

Kad kredit CIMB Platinum-i jgua dikenali sebagai CIMB Islamic MasterCard Platinum adalah kad kredit Islamik…

Public Bank Quantum Visa

Kad kredit Public Bank Quantum Visa menawarkan pulangan rebat tunai dan juga ganjaran mata untuk…

Kad kredit CIMB Travel World 

CIMB Travel World Credit Card merupakan kad kredit premium untuk mereka yang sering melancong. Dapatkan perlindungan insurans…

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum adalah kad terbaik untuk kaki shopping dan pengumpul mata…