Akan dibuka dalam tab baharu

Citi Business Signature Card

Notis Penting

  • Kad Kredit Citibank telah ditamatkan: Kad kredit Citibank tidak lagi ditawarkan berikutan pengambilalihan Citibank Malaysia oleh UOB Malaysia.
  • Pemegang Kad Kredit Citibank: Sekiranya anda adalah pemegang kad kredit Citibank, sila rujuk bahagian Soalan Lazim di bawah untuk langkah yang perlu diambil.
  • Pengaktifan Kad Kredit UOB: Sila aktifkan kad kredit UOB anda sebelum akhir Jun 2024 untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.
  • Kad Kredit UOB: Anda juga boleh merujuk kepada tawaran kad kredit daripada UOB Malaysia. Klik di sini untuk melihat kad kredit UOB.
Citi Business Signature Card 
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Perniagaan, Premium, Pulangan Tunai

Citibank menawarkan banyak kad kredit untuk peniaga. Kad kredit Citi Business Signature Card adalah salah satu daripada kad kredit perniagaan Citibank. Kad ini ditawarkan kepada syarikat atau perniagaan yang memerlukan kad kredit asas dan mampu milik, tetapi mempunyai ciri-ciri yang memudahkan pengurusan perniagaan dan kakitangan mereka.

Melalui Citi Business Signature Card, syarikat atau majikan boleh pilih untuk memegang tanggungjawab penuh, iaitu Full Corporate Liability sebagai pemegang kad utama (principal card holder. Melalui polisi ini, syarikat akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan kad oleh pekerja mereka.

Tetapi, jika syarikat memilih polisi Joint and Several Liability, pekerja atau kakitangan akan berkongsi tanggungjawab dalam penggunaan kad, termasuk kos-kos yang terlibat.

Kad kredit Citi Business Signature Card membenarkan majikan mengawal had perbelanjaan pekerja mereka. Polisi Complimentary Corporate Liability Waiver pula memberikan perlindungan insurans sehingga RM75,000 bagi setiap kad untuk melindungi syarikat daripada salah guna kad oleh pekerja.

Kad kredit Citibank ini juga menawarkan ciri pulangan tunai (cashback) untuk setiap perbelanjaan terpilih. Nikmati rebat tunai sehingga 0.75% untuk perbelanjaan runcit, atau 0.2% untuk utiliti. Rebat tunai ini adalah tanpa had (uncapped), jadi anda boleh kumpul seberapa banyak pulangan yang diingini.

Sebagai sebuah kad Visa Signature, anda juga akan menerima kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh pihak Visa. Antaranya ialah diskaun di padang golf terpilih seluruh dunia, naik taraf bilik hotel percuma, dan diskaun di 800 restoran terpilih seluruh Malaysia.

Bagi yang selalu melancong atas urusan perniagaan, anda akan dilindungi oleh perlindungan insurans perjalanan sehingga RM500,000 jika anda membeli tiket kapal terbang menggunakan Citi Business Signature Card anda.

Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap kad kredit Citibank ini, termasuk syarat kelayakan mohon, caj yang dikenakan, dan cara untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Citi Business Signature Card

Pulangan tunai (cashbacks)

Nikmati pulangan tunai sehingga 0.75% dengan kad kredit Citi Business Signature Card. Rebat tunai adalah tanpa had. Tetapi, anda perlukan jumlah minimum RM200 untuk menebus pulangan tunai yang ditawarkan.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan runcit terpilih 0.75% Tiada Sebarang perbelanjaan
Utiliti 0.2% Tiada Sebarang perbelanjaan

ganjaran perjalanan

Kad kredit Citibank ini menawarkan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM500,000 dengan setiap tempahan tiket kapal terbang menggunakan kad Citi Business Signature Card. Anda juga akan menerima pampasan sekiranya anda berhadapan dengan situasi di bawah.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Penundaan Penerbangan Sehingga RM1,250
Terlepas Penerbangan Sehingga RM1,250
Kehilangan Bagasi Sehingga RM6,000
Kelewatan Bagasi Sehingga RM2,000
Kerosakan Bagasi Sehingga RM500

Ciri premium

Ciri Visa Signature Business yang didatangkan dengan kad ini menawarkan banyak keistimewaan untuk perniagaan dan riadah. Pihak Visa menawarkan diskaun untuk daripada peniaga terpilih untuk padang golf, restoran, hotel, dan banyak lagi.

Layari laman web Visa untuk senarai lengkap keistimewaan yang ditawarkan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Perniagaan berdaftar di Malaysia dan menjalankan perniagaan lebih 3 tahun dengan perolehan tahunan tidak kurang daripada RM5 Juta
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Percuma sepanjang kad aktif
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
Bayaran penuh
Caj Lewat Bayar
RM50 atau 3.5% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM10000
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Cara Mohon Citi Business Signature Card

    Kad kredit Citi Business Signature Card telah ditamatkan oleh Citibank Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berhubung proses peralihan kad kredit Citibank ke kad kredit UOB.

    Kad kredit Citibank anda masih sah dan boleh digunakan seperti biasa. UOB telah mengambil alih pengurusan kad kredit anda, dan anda akan terus menikmati manfaat yang datang dengan kad tersebut.

    Tidak, nombor kad, PIN, dan tarikh luput semasa anda akan kekal sama. Anda boleh terus menggunakan kad kredit Citibank anda tanpa sebarang perubahan dalam masa terdekat.

    Anda boleh mengakses maklumat akaun Ctitibank anda melalui platform perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih Citibank sehingga pemberitahuan selanjutnya. UOB akan memberikan kemas kini mengenai sebarang perubahan untuk mengakses akaun pada masa hadapan.

    Mata ganjaran dan manfaat sedia ada anda akan kekal sepanjang tempoh peralihan ini. UOB akan memaklumkan sebarang kemas kini mengenai program ganjaran anda semasa proses memindahkan perkhidmatan.

    Ya, anda boleh terus menebus ganjaran dan menggunakan manfaat sedia ada sehingga makluman seterusnya. Sila peka terhadap sebarang perubahan atau tawaran baru daripada pihak UOB.

    Untuk sebarang pertanyaan berhubung kad kredit Citibank anda, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan UOB secara langsung. Pihak UOB akan membantu anda berhubung semua soalan berkaitan akaun Citibank anda.

    Kitaran bil dan tarikh akhir pembayaran anda akan kekal dan tidak berubah sepanjang tempoh peralihan ini. Sebarang kemas kini pada masa hadapan akan dimaklumkan oleh UOB.

    Jika anda kehilangan kad kredit Citibank anda, sila laporkan dengan segera kepada khidmat pelanggan UOB untuk bantuan dalam menyekat kad anda dan proses berhubung kad gantian.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    0 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Citibank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Citibank Berhad

    Citibank Berhad
    Dengan sejarah cemerlang sejak 1959, Citibank Malaysia telah menjadi peneraju inovasi perbankan dan menyediakan pelbagai produk komprehensif untuk individu dan perniagaan. Meskipun perniagaan perbankan penggunanya kini di bawah UOB (sejak 2022), legasi Citibank dalam perbankan korporat dan komitmen terhadap kecemerlangan sentiasa kekal.
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    Maybank Shopee Visa Platinum

    Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

    Citi Simplicity

    Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

    Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

    Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

    Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

    Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…