Akan dibuka dalam tab baharu

BSN Gold

BSN Gold Visa MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
11% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Kadar Faedah Rendah, Mata Ganjaran, Premium, Tanpa Yuran Tahunan

Kad kredit BSN Gold daripada Bank Simpanan Nasional menawarkan pelbagai ganjaran menarik untuk gaya hidup aktif. Kad ini didatangkan dengan dua pilihan, iaitu BSN Gold MasterCard dan BSN Gold Visa. Kedua-dua pilihan kad kredit Bank Simpanan Nasional ini menawarkan ciri dan kelebihan yang hampir sama.

Antara ciri utama yang ditawarkan oleh kad ini adalah pulangan mata ganjaran dalam bentuk Happy Points. Anda akan menerima 2 happy point bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di luar negara, dan 1 happy point bagi setiap perbelanjaan dalam negara. Mata happy point BSN ini boleh ditebus dengan hadiah, baucar runcit, BIG Points, Enrich Points, dan pelbagai lagi tawaran menarik.

Kad kredit BSN Gold juga didatangkan dengan ganjaran perjalanan yang tidak kurang hebatnya. Anda akan dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga RM1 juta apabila anda menempah tiket penerbangan dengan kad BSN anda. Tidak lupa juga perlindungan untuk penerbangan lewat atau terlepas penerbangan, dan kehilangan bagasi. Dapatkan juga kad Touch `n Go BSN Zing PLUSMiles dengan percuma.

Satu lagi ciri menarik kad BSN Gold Visa atau MasterCard ialah program BSN Merchant Privileges khusus untuk pelanggan mereka. Program menawarkan tawaran dan diskaun istimewa seperti diskaun penginapan dan barangan, dan rebat tunai.

Kad kredit BSN Gold MasterCard dan Visa datang lengkap dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan pinjaman tunai. Pelan pindahan baki BSN Balance Transfer Program adalah pelan zero-interest dan pelan easy payment BSN Instalment-Pay memudahkan anda mendapatkan barangan idaman dengan kadar faedah tahunan serendah 3%. Pelan pinjaman tunai kad kredit BSN EasyCash menawarkan pinjaman sehingga 80% daripada had kredit kad anda.

Anda juga tidak perlu risau tentang yuran tahunan kerana kad BSN Gold tidak mengenakan sebarang caj yuran tahunan untuk kad kredit utama dan kad kredit tambahan. Kad ini juga adalah antara kad kredit dengan kadar faedah tahunan terendah. Caj kadar yang dikenakan ialah 11% p.a untuk kakitangan kerajaan dan 13.5% p.a untuk kakitangan sektor swasta.

Permohonan kad kredit ini hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM36,000. Dokumen yang diperlukan untuk mohon adalah sangat ringkas. Kakitangan kerajaan hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan salinan slip gaji terkini, manakala kakitangan swasta pula perlu menyediakan slip gaji 3 bulan terkini. Kad ini juga ditawarkan kepada individu yang bekerja sendiri dan individu dengan pendapatan tidak tetap, iaitu penerima komisen.

Kad kredit BSN Gold menawarkan lebih daripada kemudahan kewangan. Dengan dua pilihan, Visa dan MasterCard, kad ini fleksibel dan lengkap dengan ganjaran dan perlindungan.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit BSN Gold

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran BSN Happy Points dengan setiap transaksi kad kredit BSN Gold anda.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
2 RM1 Sebarang perbelanjaan luar negara
1 RM1 Sebarang perbelanjaan dalam negara

ganjaran perjalanan

Nikmati perjalanan anda dengan lebih tenang melalui perlindungan insurans perjalanan apabila anda membeli tiket kapal terbang anda dengan kad kredit BSN Gold Visa atau MasterCard. Tidak lupa juga kad TNG BSN Zing PLUSMiles percuma untuk kemudahan perjalanan.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM1,000,000
Penerbangan tertunda Sehingga RM600
Terlepas penerbangan Sehingga RM600
Kelewatan Bagasi Sehingga RM1,600
Kehilangan Bagasi Sehingga RM1,600

Ciri premium

Program BSN Merchant Privileges menawarkan pelbagai diskaun dan rebat tunai untuk penjimatan yang lebih hebat. Dapatkan lebih nilai untuk setiap wang yang anda belanjakan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
75% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM10 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

BSN Balance Transfer Programme
BSN Balance Transfer Programme

Buat pindahan baki kad kredit anda ke BSN Balance Transfer Programme. Pindahan dari serendah RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
BSN Instalment-Pay
BSN Instalment-Pay

Buat sebarang pembelian serendah RM500 dengan kad kredit BSN anda untuk melayakkan anda menggunakan pelan Easy Payment dari BSN ini. Bayar semula sehingga 24 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut
BSN EasyCash
BSN EasyCash

Pinjam dari RM500 hingga 80% had kredit (credit limit) kad kredit BSN anda tanpa faedah (zero interest). Pilih tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 48 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon BSN Gold

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit BSN Gold

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Simpanan Nasional (BSN) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit BSN Gold untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard, Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Simpanan Nasional (BSN) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit BSN Gold

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung BSN Gold?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Simpanan Nasional
Bank Simpanan Nasional (BSN), ditubuhkan pada 1974 dengan misi menggalakkan simpanan rakyat, kini melayani lebih 7 juta pelanggan melalui 382 cawangan di seluruh negara. BSN menawarkan pelbagai produk perbankan konvensional dan Islamik, termasuk akaun, kad, pembiayaan peribadi, serta pembiayaan Mikro untuk usahawan. BSN juga mempelopori penggunaan Virtual Teller Machine (VTM) di Malaysia.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…