Akan dibuka dalam tab baharu

BSN Classic

Kad Kredit BSN Classic
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
11% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Kadar Faedah Rendah, Mata Ganjaran, Tanpa Yuran Tahunan

Kad kredit BSN Classic adalah salah satu kad daripada siri Classic Credit Card yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Kad ini ditawarkan dengan skim bayaran Visa atau MasterCard. Walaupun ini adalah kad kredit asas, terdapat banyak kelebihan dan ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh kad ini.

Kelebihan utama yang anda dapat dengan kad ini ialah caj kadar faedah tahunan yang rendah. Pemilik kad ini hanya dikenakan kadar faedah tahunan 13.5% p.a. Jika anda adalah kakitangan sektor awam, anda hanya dikenakan caj 11% p.a.

Ciri lain yang ditawarkan oleh kad kredit ini ialah mata ganjaran, atau rewards point. BSN menawarkan mata ganjaran bernilai 1 point dengan setiap RM1 yang anda belanjakan dengan kad ini. Ini adalah untuk perbelanjaan dalam negara. Untuk perbelanjaan luar negara pula anda akan dihadiahkan dengan 2 mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM1.

Mata ganjaran ini boleh anda tebus untuk produk dan juga baucar yang disediakan oleh pihak BSN.

Anda juga akan menerima kad BSN Zing PLUSMiles percuma. Kad BSN Zing ini bersambung terus dengan kad kredit BSN Classic anda, dan didatangkan dengan pelbagai keistimewaan seperti rebat tol, diskaun di pedagang yang mengambil bahagian, dan mata PLUSMiles.

BSN juga menawarkan pelan-pelan kad kredit yang lengkap untuk kad BSN Visa Klasik ini. Lakukan pemindahan baki dengan pelan pindahan baki BSN Balance Transfer Programme. Atau, dapatkan barangan idaman anda dengan pelan BSN EasyPay atau pelan BSN Instalment-Pay – pilih yang sesuai untuk pembelian anda.

Jika anda kesempitan wang dan ingin wang tunai segera, anda boleh gunakan pelan BSN EasyCash untuk buat ansuran tunai tanpa sebarang caj faedah.

Baca lebih lanjut tentang maklumat lengkap kad kredit BSN Visa Classic, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara online dengan mudah.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit BSN Classic

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan dari 1 hingga 2 mata ganjaran (Happy Rewards Point) setiap kali anda swipe kad anda. 1 point setiap RM1 untuk transaksi dalam negara, dan 2 points setiap RM1 untuk transaksi luar negara. Tebus mata ganjaran ini melalui produk, baucar dan hadiah yang disediakan dalam katalog BSN.

Jumlah Mata Ganjaran Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
1 RM1 Perbelanjaan dalam negara
2 RM1 Perbelanjaan luar negara

ganjaran perjalanan

Dapatkan kad BNS Zing PLUSMiles percuma yang menawarkan pelbagai kelebihan berbanding kad TNG biasa. Antara keistimewaan kad ini ialah:

  • 1x BSN Happy Reward Points setiap kali anda tambah nilai kad Zing PLUSMiles anda.
  • 1x mata ganjaran PLUSMiles dengan setiap RM1.
  • Diskaun sehingga 30% di pedagang PLUSMiles yang mengambil bahagian.
  • 5% rebat tol di lebuhraya LINKEDUA, BKE, ELITE, dan PLUS.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
75% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM10 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

BSN Balance Transfer Programme
BSN Balance Transfer Programme

Buat pindahan baki kad kredit anda ke BSN Balance Transfer Programme. Pindahan dari serendah RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
BSN Instalment-Pay
BSN Instalment-Pay

Buat sebarang pembelian serendah RM500 dengan kad kredit BSN anda untuk melayakkan anda menggunakan pelan Easy Payment dari BSN ini. Bayar semula sehingga 24 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut
BSN EasyPay
BSN EasyPay

Inginkan pelan bayaran ansuran mudah (EPP) tanpa caj faedah dan tiada caj upfront? Dapatkan pelan ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
BSN EasyCash
BSN EasyCash

Pinjam dari RM500 hingga 80% had kredit (credit limit) kad kredit BSN anda tanpa faedah (zero interest). Pilih tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 48 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon BSN Classic

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit BSN Classic

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Simpanan Nasional (BSN) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit BSN Classic untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard, Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Simpanan Nasional (BSN) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit BSN Classic

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung BSN Classic?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

15 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Simpanan Nasional
Bank Simpanan Nasional (BSN), ditubuhkan pada 1974 dengan misi menggalakkan simpanan rakyat, kini melayani lebih 7 juta pelanggan melalui 382 cawangan di seluruh negara. BSN menawarkan pelbagai produk perbankan konvensional dan Islamik, termasuk akaun, kad, pembiayaan peribadi, serta pembiayaan Mikro untuk usahawan. BSN juga mempelopori penggunaan Virtual Teller Machine (VTM) di Malaysia.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i

Kad kredit Islamik ini menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 4% setiap bulan dengan perlindungan pembelian…

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor's Edition 

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition ditawarkan khusus kepada doktor dan doktor gigi. Dengan yuran tahunan percuma…

Kad kredit BSN Al-Aiman Emas

Kad Kredit BSN Al-Aiman Emas menawarkan kebebasan daripada fi tahunan seumur hidup, perlindungan takaful percuma,…

Citi Simplicity Mastercard

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…