Akan dibuka dalam tab baharu

Pinjaman Peribadi Konvensional

Panduan Komprehensif untuk Pinjaman Peribadi Konvensional di Malaysia

Pinjaman Peribadi Konvensional

Pinjaman peribadi konvensional adalah pilihan pembiayaan yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Sama ada anda perlu menampung perbelanjaan yang tidak dijangka, menyatukan hutang, atau membiayai pembelian besar, memahami bagaimana pinjaman peribadi konvensional berfungsi adalah sangat penting. Panduan ini akan mengupas secara mendalam tentang pinjaman peribadi konvensional, menambah ilmu untuk membantu anda keputusan kewangan yang bijak.

Apa itu Pinjaman Peribadi Konvensional?

Pinjaman peribadi konvensional adalah pinjaman tidak bercagar yang ditawarkan oleh bank dan institusi kewangan di Malaysia. Tidak seperti pembiayaan peribadi Islamik, pinjaman konvensional adalah berasaskan faedah, yang ditetapkan oleh Bank Negara melalui Kadar Asas Standard (SBR). Bank akan menambah spread kepada SBR untuk menetapkan kadar faedah yang akan dikenakan. Caj ini kemudiannya ditambah kepada jumlah prinsipal yang dipinjam.

Kenapa Memilih Pinjaman Peribadi Konvensional?

Terdapat beberapa sebab mengapa pinjaman peribadi konvensional mungkin adalah pilihan yang tepat untuk situasi kewangan anda.

  • Fleksibiliti: Pinjaman konvensional menawarkan fleksibiliti dalam aspek jumlah pinjaman dan tempoh pembiayaan, memudahkan anda untuk menyesuaikan kriteria yang diperlukan berdasarkan situasi kewangan anda.
  • Tidak Bercagar: Sebagai pinjaman tanpa cagaran, anda tidak perlu menyediakan aset sebagai jaminan, sekali gus mengurangkan risiko aset yang dicagarkan dirampas jika anda gagal buat bayaran balik.
  • Banyak Pilihan: Boleh dikatakan semua institusi perbankan dan syarikat kredit komuniti (pinjaman berlesen) menawarkan produk pinjaman peribadi konvensional kepada pelanggan mereka.
  • Kelulusan Pantas: Pelan pinjaman peribadi konvensional kebiasaannya mempunyai tempoh lulus yang lebih pantas berbanding pembiayaan peribadi Islamik. Malah, ada institusi kewangan yang boleh meluluskan permohonan anda serta-merta (on the spot) seperti RHB Bank Berhad melalui produk Pinjaman Peribadi mereka.

Kekurangan Pinjaman Peribadi Konvensional

Walau bagaimanapun, pinjaman konvensional juga datang dengan beberapa kelemahan. Antaranya:

  • Kadar Faedah Lebih Tinggi Berbanding Pinjaman Bercagar: Pinjaman tidak bercagar akan mengenakan caj kadar faedah yang lebih tinggi, sesuai dengan risiko yang perlu ditanggung oleh pemberi pinjaman.
  • Syarat Kelayakan Yang Ketat: Oleh kerana pihak bank dan institusi kewangan perlu menanggung risiko yang lebih tinggi, syarat dan kriteria kelayakan selalunya lebih ketat, terutama jika melibatkan sejarah kredit pemohon.

Faktor yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Mohon

Sebelum anda mohon pinjaman peribadi konvensional, terdapat beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan.

  1. Jenis Kadar Faedah: Kenal pasti sama ada caj kadar faedah yang dikenakan adalah kadar tetap (fixed rate) atau kadar berubah (variable rate). Jika anda selesa untuk buat bayaran bulanan tetap setiap bulan, pilih kadar tetap. Tetapi, jika anda gemar untuk buat bayaran bulanan lebih, pilih kadar faedah berubah atau terapung.
  2. Jumlah dan Tempoh Pembiayaan: Pertimbangkan jumlah pinjaman yang sesuai dengan keperluan anda. Jangan mohon lebih daripada kemampuan untuk buat bayaran balik. Begitu juga dengan tempoh pinjaman. Walaupun dengan memilih tempoh yang lebih panjang bayaran bulanan akan berkurangan, jumlah keseluruhan pinjaman akan meningkat apabila mengambil kira caj faedah.
  3. Caj, Yuran, dan Penalti: Kenal pasti yuran, caj, dan penalti yang dikenakan. Secara umum untuk pinjaman peribadi konvensional, caj yang akan dikenakan adalah caj pemprosesan, penalti lewat bayar, dan caj penyelesaian awal. Walau bagaimanapun, terdapat institusi kewangan yang mengecualikan caj pemprosesan dan caj penyelesaian awal.
  4. Syarat Kelayakan: Syarat kelayakan seperti umur dan kelayakan gaji mungkin berubah bergantung kepada produk pinjaman yang ditawarkan. Apa yang penting ialah anda beri perhatian kepada syarat kelayakan pinjaman dan mematuhi kriteria yang diperlukan untuk meningkatkan peluang lulus.
  5. Pinjaman Khusus: Sesetengah institusi kewangan menawarkan produk pinjaman peribadi konvensional yang khusus untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh untuk penyatuan hutang, atau untuk sektor pekerjaan tertentu. Pinjaman khusus ini mungkin lebih sesuai sekiranya ia menepati tujuan dan keperluan anda.

Petua Untuk Memilih Pinjaman Peribadi Konvensional Terbaik

Pertimbangkan juga perkara berikut untuk membantu anda buat pilihan yang tepat.

  • Tujuan Meminjam: Kenal pasti tujuan sebenar anda ingin buat pinjaman dan jumlah tepat yang diperlukan.
  • Bandingkan Tawaran: Selidik dan bandingkan produk pinjaman peribadi konvensional yang ditawarkan. Anda boleh guna sistem saringan yang kami sediakan di bawah.
  • Baca Syarat dan Terma: Baca syarat dan terma dengan teliti. Kenal pasti sekiranya terdapat caj tersembunyi yang tidak dinyatakan dengan jelas.
  • Nilai Situasi Kewangan Anda: Lihat semula pendapatan, perbelanjaan, dan hutang yang sedia ada untuk memastikan anda mampu untuk membayar semula pinjaman.
  • Pertimbangkan Alternatif: Adakah terdapat sebarang alternatif selain pinjaman? Sebagai contoh, jika anda ingin meminjam dalam jumlah yang kecil, mungkin saudara mara atau rakan lebih sesuai.

Kesimpulan

Pinjaman peribadi konvensional boleh menjadi alat kewangan yang berguna untuk apabila digunakan secara bertanggungjawab. Dengan memahami ciri-ciri, kriteria kelayakan, dan proses permohonan, anda boleh membuat keputusan sama ada jenis pembiayaan ini sesuai dengan keperluan anda. Ingat, sentiasa pinjam mengikut kemampuan dan bandingkan tawaran dari pelbagai pemberi pinjaman untuk mendapatkan terma terbaik.

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk mohon pinjaman peribadi konvensional, lihat senarai komprehensif produk pinjaman peribadi dari institusi kewangan terpilih di bawah. Guna sistem saringan yang kami sediakan untuk mencari pilihan terbaik berdasarkan keperluan dan keutamaan anda.

 

Bandingkan Produk Pinjaman Peribadi Konvensional

Dapatkan terma terbaik berdasarkan keperluan dan kelayakan anda. Bandingkan dan pilih produk pinjaman yang paling sesuai, termasuk kadar faedah, jumlah dan tempoh pinjaman, dan juga syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon.

Saringan

Sektor Pekerjaan
Tapis - Kotak Semak
wallet
Pendapatan Bulanan
RM1,000RM4,000
badge-percent
Kadar Faedah
% p.a4% p.a18
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman
Jumlah Minimum
RM500RM10000
Jumlah Maksimum
RM10000RM400000
calendar-range
Tempoh Pinjaman
Tempoh Minimum
bulan1bulan24
Tempoh Maksimum
bulan24bulan120
square-dollar
Kategori Pinjaman
Tapis - Kotak Semak
square-dollar
Cagaran/Tidak Bercagar
Tapis - Kotak Semak
Tapis - Kotak Semak
UOB Personal Loan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM100000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 60 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

9.99% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM2000

UOB Personal Loan adalah pinjaman peribadi tidak bercagar khusus untuk kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Pelan pinjaman UOB ini menawarkan keputusan permohonan yang sangat pantas. Anda hanya perlu tunggu tidak lebih dari 48 jam hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan anda.

Baca Lebih Lanjut
Hong Leong Mach IOU
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM250000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 60 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

12.50% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM2000

Mach IOU adalah antara pinjaman peribadi yang menawarkan tempoh lulus yang pantas. Anda boleh dapatkan keputusan permohonan pinjaman anda hanya dalam tempoh 60 minit. Pinjaman peribadi ni juga menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM250,000 dan ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan tidak kira anda kakitangan kerajaan, swasta mahupun bekerja sendiri.

Baca Lebih Lanjut
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM10000 - RM200000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

6.0% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3000

BSN MyRinggit-i Eksekutif-1 adalah pelan pinjaman peribadi konvensional yang ditawarkan kepada kakitangan profesional, iaitu mereka yang bekerja sebagai kakitangan GLC dan kakitangan swasta. Jumlah pinjaman yang ditawarkan agak tinggi. Begitu juga tempoh bayaran balik yang panjang sehinggga 10 tahun dengan caj kadar keuntungan yang sangat berpatutan dan rendah.

Baca Lebih Lanjut
AmBank AmMoneyLine Personal Loan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM2000 - RM100000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 60 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

8.0% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3000

AmBank AmMoneyLine Personal Loan membuka permohonan pinjaman peribadi konvensional tidak bercagar ini kepada semua warganegara Malaysia, tidak kira sektor pekerjaan. Antara ciri menarik pinjaman ini ialah anda boleh mohon walaupun anda berpendapatan tidak tetap, iaitu menerima komisen bulanan.

Baca Lebih Lanjut
Maybank Personal Loan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM100000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 72 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

6.5% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3500

Pinjaman peribadi Maybank yang popular ini menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM100,000 dengan tempoh bayaran sehingga 6 tahun. Pelan ini juga membenarkan anda buat penyatuan hutang dan tidak mengenakan sebarang caj proses. Mohon sekarang dan dapatkan keputusan permohonan anda hanya dalam 2 hari bekerja.

Baca Lebih Lanjut
RHB Easy-Pinjaman Ekspres
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM2000 - RM150000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 84 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

6.9% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM1500

RHB Easy-Pinjaman Ekspres adalah pinjaman yang sangat popular. Dikenali juga sebagai RHB Easy, pinjaman ini menawarkan tempoh keputusan yang sangat pantas - kurang daripada 24 jam hari bekerja. Malah dalam sesetengah kes, keputusan permohonan adalah on the spot. Syarat kelayakan mohon yang diperlukan sangat ringkas dan tidak membebankan.

Baca Lebih Lanjut
RHB Personal Financing
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM2000 - RM150000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 84 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

8.59% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM1500

RHB Personal Financing dahulunya dikenali sebagai RHB Easy-Pinjaman Ekspres menawarkan keputusan permohonan on-the-spot dengan syarat kelayakan gaji yang rendah dan jumlah pinjaman sehingga RM150,000.

Baca Lebih Lanjut
Hong Leong Personal Loan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM150000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 60 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

9% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM2000

Hong Leong Personal Loan adalah antara pelan pinjaman peribadi konvensional yang popular. Antara ciri utama pinjaman ini ialah kelayakan gaji yang rendah dan jumlah pinjaman yang sangat tinggi dengan tempoh bayaran sehingga 7 tahun. Keputusan permohonan juga sangat pantas, iaitu hanya 48 jam hari bekerja untuk tahu permohonan anda diterima atau tidak.

Baca Lebih Lanjut
Citibank Personal Loan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM150000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 60 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

5.33% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM4000

Citibank Personal Loan menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM150,000 dengan kadar faedah tahunan yang sangat berpatutan. Pelan pinjaman peribadi Citibank ini adalah pinjaman konvensional dengan syarat kelayakan yang longgar dan dokumen yang sangat ringkas. Dapatkan keputusan permohonan pinjaman anda hanya dalam tempoh 24 jam hari bekerja.

Baca Lebih Lanjut
Alliance Bank CashFirst Personal Loan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM200000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 84 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

4.99% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3000

Pelan pinjaman peribadi Alliance CashFirst menawarkan caj kadar faedah tahunan yang sangat rendah. Tidak lupa juga jumlah pinjaman sehingga RM200,000 dengan tempoh bayaran sehingga 7 tahun membuatkan pinjaman ini antara pinjaman peribadi konvensional yang popular.

Baca Lebih Lanjut
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Sumber Tambahan

Ingin maklumat tambahan berhubung pinjaman peribadi? Dapatkan melalui sumber berikut.

Panduan Lengkap Pinjaman Peribadi

Segalanya yang anda perlu tahu tentang pinjaman peribadi di Malaysia.
Baca Sekarang

Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi

Cari dan bandingkan pilihan pinjaman peribadi di Malaysia daripada institusi kewangan terpilih. 
Semak Sekarang

Soalan Lazim (FAQs)

Ada soalan tentang pinjaman peribadi? Dapatkan jawapan di laman Soalan Lazim Pinjaman Peribadi.
Dapatkan Jawapan

Glosari Pinjaman Peribadi

Keliru dengan terminologi pinjaman? Layari laman glosari untuk mengetahui apakah maksud sebenar istilah-istilah tersebut.
Lihat Glosari

Artikel & berita Pinjaman Peribadi

Kekal di hadapan dengan berita dan artikel pinjaman peribadi terkini di Malaysia.
Baca sekarang