CTOS SecureID – ‘Pak Guard’ Dunia Digital Anda

calendar-range
Dikirim 05/01/2024
CTOS SecureID 

Bayangkan dunia di mana setiap transaksi dalam talian anda sentiasa selamat, kata laluan anda terlindung, dan identiti peribadi dikawal dari digunakan oleh scammer untuk penipuan digital. Semua ini boleh menjadi realiti dengan perkhidmatan CTOS SecureID.

Walaupun perkhidmatan CTOS SecureID telah lama dilancarkan oleh CTOS Data Systems Sdn. Bhd. sekitar tahun 2020, masih ramai yang belum tahu kewujudan perkhidmatan ini di Malaysia. Sayang sekali kerana perlindungan daripada penipuan dan penyelewengan identiti adalah sangat penting pada masa sekarang.

Malah, baru-baru ini pihak CTOS sendiri memaklumkan mereka berjaya mengesan 335,000 maklumat peribadi pengguna Internet di Malaysia yang dikongsi laman web gelap (dark web). Maklumat peribadi yang boleh dikenali (Personal Identifiable Information – PII) ini termasuk maklumat seperti nombor telefon, pasport, e-mel, kata nama dan kata laluan, dan butiran kad kredit dan kad debit. (sumber)

Kenapa Penting Melindungi Data Peribadi

Jika anda masih teragak-agak sama ada perlu atau tidak untuk melindungi maklumat peribadi apabila berurusan dalam talian, anda mungkin terkejut jika anda tahu apa yang boleh dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan identiti yang dicuri.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (AKTA 709) dipinda khas untuk melindungi keselamatan data peribadi dari digunakan untuk aktiviti jenayah seperti penipuan, pancingan data, dan kecurian identiti.

Kecurian identiti bukan sahaja boleh mengakibatkan masalah kewangan, tetapi juga memberi kesan negatif kepada emosi mangsa. Pencuri identiti boleh merampas akaun bank, mencuri butiran kad kredit, malah boleh memohon pinjaman menggunakan identiti anda.

Stress dan kekecewaan yang timbul berpunca daripada masalah kewangan akibat kecurian identiti secara langsung boleh memberi kesan negatif pada jangka masa panjang.

Di sinilah CTOS SecureID memainkan peranan penting. Perkhidmatan ini bukan sahaja boleh mengelakkan kecurian identiti, tetapi juga memastikan skor kredit anda sentiasa terjaga, dan anda bebas daripada masalah yang mungkin timbul akibat penipuan online.

Apakah CTOS SecureID?

CTOS SecureID adalah sebuah perkhidmatan yang melindungi anda daripada penipuan online dengan mengesan aktiviti mencurigakan yang melibatkan identiti peribadi anda, termasuk memantau laman web gelap yang sering digunakan untuk aktiviti ‘scam’ dan ‘fraud’.

Perkhidmatan CTOS ini disokong oleh kerajaan dan dikawal selia oleh Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit (PPK) Malaysia. Perkhidmatan ini juga sentiasa dikemaskini dengan ciri dan fungsi terkini untuk memastikan pengguna sentiasa selamat dan dilindungi.

Sama ada anda melakukan transaksi perbankan Internet, membeli-belah di platform dalam talian, atau buat urusan melibatkan agensi kerajaan, CTOS SecureID menambah satu lapisan perlindungan tambahan untuk mengelakkan maklumat anda dicuri dan di salah-guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Pelan CTOS SecureID yang lengkap menawarkan bukan sahaja perlindungan daripada penipuan online, tetapi juga akan memastikan anda tiada sebarang masalah dengan skor kredit anda. Berikut adalah perincian perkhidmatan lengkap yang ditawarkan oleh CTOS melalui perkhidmatan ini.

1. Pemantauan Laman Web Gelap (Dark Web)

Pemantauan laman web gelap CTOS SecureID tidak hanya sekadar memantau, tetapi juga mengimbas lebih daripada 14 bilion rekod kebocoran data untuk mengesan sama ada maklumat peribadi anda telah dicuri supaya and boleh mengambil tindakan segera sebelum terlambat.

Laman web gelap atau jaringan gelap adalah kategori Internet yang tersembunyi. yang tidak akan dipaparkan oleh enjin carian seperti Google. Laman web gelap selalunya digunakan untuk aktiviti jenayah dan aktiviti tidak bermoral seperti menjual kad kredit yang dicuri, urus niaga dadah, senjata api, dan aktiviti ‘hacking’. Laman web yang terdapat di dark web memerlukan aplikasi khas untuk diakses.

Anda juga akan sentiasa dimaklumkan dengan maklumat berkaitan penipuan terbaru supaya anda sentiasa berjaga-jaga dan dapat melindungi diri daripada taktik licik terbaru yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

2. Maklumat Permohonan dan Perubahan Kredit

Bagaimana jika ada scammer yang memohon pinjaman peribadi atau kad kredit dengan butiran peribadi anda? Anda tidak perlu risau dengan CTOS SecureID kerana anda akan dimaklumkan sekiranya terdapat sebarang permohonan kredit baru menggunakan nama anda, sekali gus mengelakkan anda terbeban dengan hutang yang tidak sepatutnya.

Begitu juga sekiranya terdapat perubahan dalam had kredit anda, sama ada peningkatan atau pengurangan, CTOS SecureID akan memberi amaran. Elak scammer daripada mengakses akaun anda dan melakukan perubahan sesuka hati tanpa di luar pengetahuan anda.

3. Makluman Penutupan Akaun dan Perubahan Alamat

Scammer juga boleh menutup akaun kredit anda, dan mengubah alamat surat menyurat sekiranya mereka berjaya mendapat akses kepada akaun peribadi anda. Dengan sistem pemberitahuan penutupan akaun dan perubahan alamat ini, anda akan dimaklumkan dengan kadar segera untuk mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

4. Pemantauan Kesihatan Kredit

CTOS Data System adalah agensi pelaporan kredit yang berdaftar, dan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan ialah melaporkan status kredit pengguna. Oleh itu, tidak hairanlah jika perkhidmatan CTOS SecureID didatangkan ciri pemantauan skor kredit yang lengkap.

  • Pemantauan skor kredit – Dapatkan gambaran lengkap tentang situasi kewangan anda dengan informasi skor kredit berkala setiap 3 bulan. Buat keputusan kewangan yang tepat dengan maklumat supaya anda tidak terjerumus ke dalam masalah kewangan.
  • Makluman terlepas bayaran – Tidak perlu risau terlepas buat bayaran penting kerana perkhidmatan ini akan memaklumkan sekiranya anda terlepas pandang bayaran yang perlu anda buat.
  • Rekod muflis di bawah nama anda – Terima makluman segera sekiranya terdapat kes muflis atau bankrap yang dilaporkan di bawah nama anda. Taktik ini sering digunakan oleh penipu yang mencuri data peribadi.
  • Pemantauan Rekod Litigasi – CTOS SecureID juga akan memaklumkan sekiranya terdapat kes jenayah atau laporan polis di dalam sistem mahkamah di atas nama anda. Jangan menjadi mangsa kecurian identiti yang melibatkan undang-undang.
  • Pemantauan Rujukan Perdagangan Elektronik (ETR) – Ketahui segera sekiranya anda di senarai hitamkan (blacklisted) oleh institusi kewangan kerana hutang tertunggak supaya anda dapat menyelesaikan sebarang isu hutang dengan lebih teratur.

5. Perlindungan Takaful

CTOS SecureID juga menawarkan ketenangan minda dengan perlindungan Takaful sehingga RM20,000. Perlindungan ini meliputi kerugian akibat daripada kemalangan peribadi dan kecacatan kekal, penipuan dan transaksi palsu, dan kos perubatan.

KeteranganJumlah Dilindungi (RM)
Kemalangan dan kecacatan kekal20,000
Kos perubatan akibat kemalangan2,000
Kehilangan barang peribadi akibat kecurian2,000
Kehilangan tunai ATM akibat kecurian dalam tempoh 1 jam daripada pengeluaran ATM2,000
Kerugian kad kredit dan kad debit2,000
Kerugian akaun simpanan2,000
Jadual perlindungan Takaful CTOS SecureID

Cara Menggunakan CTOS SecureID

Cara menggunakan perkhidmatan CTOS SecureID adalah sangat mudah.

  1. Muat turun aplikasi CTOS daripada Google Play Store, Apple App Store, atau Huawei AppGallery,
  2. Daftar baru atau daftar masuk dengan maklumat MyKad,
  3. Masukkan OTP yang dihantar melalui pilihan anda.
  4. Tap ikon “Secure ID” dan tap “SUBSCRIBE NOW” untuk memulakan langganan.

Maklum Balas Pengguna

Rata-rata pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan CTOS SecureID memberikan maklum balas positif.

Saya mempunyai pinjaman kereta dengan Public Bank tetapi tidak mempunyai akaun Public Bank. Jadi saya ingin tahu berapa baki yang perlu saya bayar. Aplikasi ini sangat membantu. Terdapat juga ciri menarik yang membantu perbelanjaan. Aplikasi yang hebat untuk mereka yang ingin membaiki pengurusan kewangan

Alden Adison (Google Play Store)

Aplikasi CTOS yang sangat berguna, terutama CTOS SecureID. Perkhidmatan ini membantu saya mengesan E-mel dan password yang terdedah di dark web. Jadi, saya boleh menukar password saya serta-merta. Proses langganan sangat mudah melalui laman web mereka.

Dissah (Apple App Store)

Lindungi Identiti Anda Dengan CTOS SecureID

Dalam dunia digital yang penuh dengan risiko penipuan, perkhidmatan CTOS SecureID adalah antara penyelesaian untuk melindungi identiti dan menjaga kewangan anda. Dengan ciri-ciri terkini seperti pemantauan laman web gelap, makluman perubahan kredit, penjagaan skor kredit, dan perlindungan Takaful, perkhidmatan ini boleh menjadi pelindung dunia digital anda. Muat turun aplikasi CTOS dan langgan CTOS SecureID untuk ketenangan minda.

Baca juga:

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments