Laporan CTOS dan Laporan CCRIS – Kat Mana Nak Dapatkan?

calendar-range
Dikirim 29/08/2018
(dikemaskini 21/12/2023)
Laporan ctos dan laporan ccris

Pada artikel yang lepas saya telah menulis panjang lebar tentang CTOS dan CCRIS. Apa itu CTOS, apa itu CCRIS dan perbezaan antara kedua-duanya. Jika anda masih samar-samar tentang CTOS dan CCRIS, saya syorkan anda baca dahulu artikel tersebut untuk memahami apa sebenarnya CTOS dan CCRIS.

Klik di sini untuk membaca artikel tersebut.

Kali ini saya hendak beri panduan bagaimana nak dapatkan laporan CTOS dan laporan CCRIS. Masih ramai yang tak tahu bagaimana cara untuk dapatkan laporan CTOS dan CCRIS.

Sepanjang menguruskan pinjaman peribadi bank, kami sering menerima statement saya ada CTOS dan saya ada CCRIS, boleh ke buat pinjaman peribadi bank?

Tetapi, apabila ditanya dengan lebih lanjut, contohnya minta tengok laporan CTOS dan laporan CCRIS, ramai yang tanya balik kat mana ye nak dapatkan laporan-laporan tu?

Laporan ctos dan laporan ccris

Kat Mana Nak Dapatkan Laporan CTOS dan Laporan CCRIS?

Sekarang ni terdapat banyak saluran yang boleh anda guna untuk dapatkan laporan CTOS dan laporan CCRIS. Di sini saya senaraikan kat mana anda boleh dapatkan laporan yang terkini.

Cara Dapatkan Laporan CTOS

Anda boleh dapatkan secara percuma melalui laman web rasmi CTOS. Ini adalah laporan kredit peribadi anda yang disediakan oleh pihak CTOS (CTOS Data System Sdn. Bhd.).

Laman web CTOS
Laman web CTOS

Cara mendapatkan CTOS Report:

  1. Layari laman web CTOS
  2. Pada ruangan “Sign Up”, masukkan maklumat yang diperlukan.
  3. Tandakan “tick” pada bahagian I agree with CTOS’s PDPA Policy. Kalau anda rajin nak baca polisi , boleh klik kat link tersebut.
  4. Klik “Next” dan ikuti arahan selanjutnya.

Setelah proses pendaftaran dan pengesahan selesai, laporan CTOS terkini anda akan dihantar ke Email yang anda masukkan semasa proses pendaftaran. Oleh itu pastikan anda memasukkan Email yang sah dan aktif semasa mendaftar.

Cara Dapatkan Laporan CCRIS

Anda boleh dapatkan CCRIS report melalui beberapa saluran – ada yang percuma dan ada yang berbayar. Di sini saya senaraikan saluran yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan laporan CCRIS anda.

  • Kiosk Bank Negara Malaysia
    Anda boleh dapatkan laporan CCRIS daripada Kiosk yang terdapat di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia. Laporan ini adalah percuma. Anda cuma perlu walk-in dan bawa kad pengenalan (MyKad).
CCRIS kiosk bank negara malaysia
Cara menggunakan CCRIS Kiosk Bank Negara Malaysia
  • Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
    Selain Bank Negara Malaysia, anda boleh dapatkan laporan CCRIS di mana-mana cawangan AKPK, juga percuma. Cuma seperti juga Bank Negara Malaysia, anda perlu walk-in dan buat pengesahan diri – kad pengenalan (MyKad).
  • eCCRIS Bank Negara Malaysia
    Jika anda dah berdaftar dengan Bank Negara atau AKPK, anda boleh dapatkan laporan CCRIS anda dari Bank Negara melalui sistem eCCRIS. Sistem ini baru sahaja dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun ini (2018).
eCCRIS Bank Negara Malaysia
eCCRIS Bank Negara Malaysia

Cara mendapatkan laporan CCRIS menerusi sistem eCCRIS Bank Negara Malaysia
– Semasa mendaftar di Bank Negara, anda akan diberikan enam digit nombor PIN. Simpan nombor tersebut. Kemudian.
– Buka laman web eCCRIS di https://eccris.bnm.gov.my
– Pilih “First Time Login”.
– Masukkan maklumat anda berserta nombor PIN yang diberikan.
– Klik “Submit”.
– Ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan proses pendaftaran eCCRIS anda.
– Setelah pendaftaran selesai, anda boleh login ke sistem eCCRIS ini dan pilih “Enquiry” untuk mendapatkan laporan CCIRS online dari eCCRIS Bank Negara.

  • Laman web CTOS
    Selain laporan CTOS, syarikat CTOS juga menyediakan laporan kredit lengkap yang mengandungi laporan CTOS dan juga laporan CCRIS. Laporan ini boleh didapati secara online melalui laman web CTOS. Walaubagaimanapun, pihak CTOS mengenakan caj sebanyak RM25 untuk laporan kredit lengkap ini. Cara mendapatkan laporan CCRIS melalui laman web CTOS adalah sama dengan langkah untuk mendapatkan laporan CTOS percuma yang diberikan sebelum ni. Cuma pada laman pendaftaran, pilih “MyCTOS Score Report (RM25)” untuk laporan penuh (CTOS & CCRIS).
  • RAM Credit Info (RAMCI)
    MYCREDITINFO daripada RAM Credit Information Sdn. Bhd. (RAMCI) juga menyediakan perkhidmatan laporan CCRIS. RAMCI adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Seperti juga pihak CTOS, pihak RAMCI mengenakan sedikit caj perkhidmatan untuk laporan penuh CCRIS anda. Anda perlu membayar sebanyak RM15.00 untuk laporan tersebut.
Laman web Mycreditinfo
Laman web Mycreditinfo

Untuk mendapatkan CCRIS report melalui RAM Kredit Info:
– Layari laman web rasmi RAMCI
– Klik butang “Get Started” untuk mendaftarkan diri.
– Masukkan maklumat anda pada ruangan yang disediakan.
– Ikuti arahan selanjutnya untuk melengkapkan pendaftaran anda.
Setelah pendaftaran selesai, laporan CCRIS anda akan dihantar kepada Email yang anda masukkan semasa pendaftaran. Oleh itu pastikan anda mengisi alamat Email yang sah dan aktif semasa mendaftar.

Banyak Saluran Untuk Anda Dapatkan Kedua-Dua Laporan Ini

Sekarang anda telah tahu bagaimana cara untuk dapatkan kedua-dua laporan ini. Terpulang kepada anda sama ada hendak memilih yang percuma atau yang berbayar.

Sekiranya anda kesuntukan masa untuk ke Bank Negara atau AKPK, perkhidmatan laporan CCRIS yang disediakan oleh syarikat CTOS dan RAMCI adalah alternatif terbaik.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda berkelapangan untuk mendaftar di Bank Negara, anda boleh menggunakan perkhidmatan eCCRIS yang disediakan pihak Bank Negara Malaysia.

Adalah penting anda sentiasa menyemak rekod kredit anda menerusi laporan CTOS dan laporan CCRIS. Kadang-kala kita tidak tahu bagaimana rekod kredit terkini kita. Tambahan pula kita tak sedar yang kita sudah mempunyai rekod buruk daripada syarikat telekomunikasi atau institusi kewangan.

Laporan-laporan ini juga boleh disertakan sebagai dokumen sokongan ketika membuat permohonan pinjaman peribadi bank – walaupun dokumen ini tidak diwajibkan ketika memohon.

Pada artikel seterusnya saya akan menyentuh pula apa yang terkandung di dalam laporan CTOS dan laporan CCRIS anda. Dalam erti kata lain, bagaimana untuk membaca dan mengenal pasti isi kandungan laporan-laporan tersebut.

Update: Panduan lengkap bagaimana untuk membaca laporan CTOS dan CCRIS

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments