Akan dibuka dalam tab baharu

Cara Mengaktifkan Akaun iRakyat Bank Rakyat

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Cara mengaktifkan akaun iRakyat

Bank Rakyat telah mengumumkan cara baru untuk mengaktifkan akaun iRakyat bermula dari 4 November 2023. Jika sebelum ini cara daftar dan pengaktifan iRakyat adalah dengan menggunakan nombor kad Debit-i atau kad Kredit-i, cara baru ini memerlukan pelanggan menghubungi pusat Bank Rakyat untuk mendapatkan ID sementara.

Proses Pendaftaran dan Pengaktifan iRakyat

Berikut adalah cara untuk anda mengaktifkan akaun iRakyat selepas 4 November 2023.

  1. Muatturun aplikasi perbankan mudah alih iRakyat melalui Google Play Store untuk pengguna peranti pintar Android atau di Apple App Store untuk peranti Apple.
  2. Hubugi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300-80-5454 dan anda akan diberikan ID sementara.
  3. Setelah mendapat ID, teruskan dengan mendaftar akaun iRakyat menggunakan aplikasi tersebut dengan memasukkan maklumat ID sementara dan kod SMS.
  4. Sekiranya pendaftaran berjaya, anda akan diberikan akses sementara dalam bentuk paparan sahaja.
  5. Lengkapkan butiran anda di bahagian profil pada aplikasi tersebut.
  6. Selepas mengemaskini dan menghantar profil melalui aplikasi iRakyat, hubungi semula Pusat Panggilan Bank Rakyat untuk proses pengaktifan perbankan mudah alih iRakyat.
  7. Sekiranya berjaya, anda perlu menunggu tempoh bertenang selama 12 jam sebelum akaun and aktif dan dapat menggunakan sepenuhnya aplikasi iRakyat.

Bagi pelanggan sedia ada yang ingin melakukan pengaktifan aplikasi iRakyat, anda hanya perlu ikuti langkah 5 hingga 7.

Proses Menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat untuk Pengaktifan

Untuk memudahkan proses menghubungi pihak Bank Rakyat, ikuti prosedur berikut.

  1. Hubungi 1300-80-5454
  2. Pilih bahasa yang diingini – pilih 1 untuk Bahasa Melayu atau pilih 2 untuk Bahasa Inggeris.
  3. Tekan 2 untuk memilih pilihan perbankan internet.
  4. Tekan 1 untuk memilih pelanggan individu.
  5. Pilih 1 pendaftaran akaun baharu atau pilih 2 untuk pengguna semasa.
  6. Ikuti langkah seterusnya.

Maklumbalas Pelanggan Terhadap Cara Baru Ini

Walaupun cara baru mengaktifkan akaun iRakyat ini lebih memudahkan kerana tidak melibatkan aktiviti fizikal, ramai yang kurang berpuas hati dengan langkah-langkah yang diperlukan.

Melalui komen di laman Facebook Bank Rakyat, ramai yang menyuarakan rasa tidak senang mereka kerana mengalami kesukaran untuk melakukan pendaftaran berikutan masalah teknikal. Ada juga yang mengadu sukar untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak Bank Rakyat melalui talian telefon yang sentiasa sibuk.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda setuju dengan cara baru pengaktifan akaun iRakyat ini, atau anda juga mengalami kesukaran untuk mengaktifkan akaun anda? Komen di bawah.

Atau layari laman Bank Rakyat untuk produk pinjaman peribadi dan kad kredit yang ditawarkan.

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

0 Comments
Terbaru
Terakhir