Bantuan Khas COVID-19 (BKC) PEMULIH 2021 – Maklumat Lengkap

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Bantuan Khas COVID-19 PEMULIH 2021

Pakej rangsangan ekonomi terbaru yang dilancarkan baru-baru ini telah memperkenalkan tiga bantuan tunai di dalam fokus pertama, iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat. Salah satu daripada bantuan terbaru yang diperkenalkan ialah Bantuan Khas COVID-19, atau BKC 2021. Bantuan khas Covid ini menawarkan bantuan dalam bentuk bayaran tunai kepada golongan yang layak.

Pengenalan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) 

Pakej bantuan ini pertama kali diumumkan di dalam Pakej Pemulihan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Jun 2021 yang lalu. Bantuan Khas Covid ini adalah bantuan wang tunai untuk meringankan beban rakyat dan menampung kos sara hidup kepada rakyat yang majoritinya terjejas akibat Pandemik COVID-19. Tujuan utama bantuan ini adalah membantu rakyat yang terjejas dan kehilangan pendapatan meneruskan kelangsungan hidup di zaman yang serba mencabar ini. 

Untuk pakej ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.6 billion untuk diagihkan kepada lebih 11 juta isi rumah, termasuk individu bujang dan warga emas. Antara pakej bantuan tunai lain yang diumumkan di dalam PEMULIH 2021 ialah Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Kehilangan Pendapatan.

Bantuan Khas COVID-19 Pemulih ini adalah berbeza daripada bantuan lain seperti Bantuan Khas COVID-19 NADMA, MAIK, MAIPS, MAINS, Baitulmal dan sebagainya.

Siapa Yang Layak Menerima BKC?

Secara umum Bantuan Khas COVID-19 (BKC) 2021 diberikan kepada tiga kategori penerima, iaitu:

  1. Miskin tegar – Pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM500, iaitu takat Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan.
  2. Golongan Bottom 40 (B40) – Pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM4,850.
  3. Golongan Middle 40 (M40) – Pendapatan bulanan isi rumah antara RM4,851 hingga RM10,970.

dengan klasifikasi isi rumah, warga emas sebatang kara (WE), dan individu bujang berdasarkan syarat kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 dan pembayar cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM).

Golongan Top 20 (T20) dengan pendapatan bulanan isi rumah RM10,971 dan ke atas adalah tidak layak untuk menerima BKC 2021.

Cara Memohon BKC 2021

Oleh kerana penerima bantuan ini adalah berdasarkan syarat kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat dan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, anda tidak buat sebarang permohonan untuk melayakkan anda menerima bantuan ini. Oleh itu tiada borang permohonan BKC atau permohonan BKC online di laman web.

Golongan miskin tegar akan didaftarkan secara automatik berdasarkan daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan eKasih. Golongan B40 pula layak berdasarkan daripada permohonan BPR 2021, manakala golongan M40 adalah berdasarkan daripada data cukai LHDNM.

Semakan Bantuan Khas COVID-19

Anda tidak perlu semak kelayakan untuk BKC 2021 kerana seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kelayakan menerima bantuan adalah berdasarkan data daripada agensi kerajaan yang terlibat. Walau bagaimanapun, berikut adalah kriteria lengkap jika anda ingin semak sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan tunai ini.

Kategori PenerimaKelayakan
Miskin tegarKriteria kelayakan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan:
1. Isi rumah/warga emas – RM5,000 dan ke bawah.
2. Bujang – RM2,500 ke bawah.
B40Sama seperti kategori Miskin Tegar
M40Melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan:
1. Isi rumah – RM5,001 hingga RM9,000.
2. Bujang – RM2,501 hingga RM5,000.

Jumlah Bayaran Bantuan Khas COVID

Bayaran BKC yang akan diterima adalah berdasarkan kategori penerima. Oleh itu setiap kategori penerima akan menerima jumlah bantuan tunai yang berbeza untuk pelan bantuan ini.

  1. Golongan miskin tegar akan menerima bantuan terkumpul berjumlah RM1,300 untuk isi rumah, RM500 untuk bujang dan warga emas sebatang kara (WE).
  2. Golongan B40 akan menerima bantuan terkumpul berjumlah RM800 untuk isi rumah, RM200 untuk bujang dan warga emas sebatang kara (WE).
  3. Golongan M40 akan menerima bantuan terkumpul berjumlah RM250 untuk isi rumah, RM100 untuk bujang dan warga emas sebatang kara (WE).
 Isi RumahBujangWarga Emas sebatang kara (WE)
Miskin TegarRM1,300RM500RM500
B40RM800RM200RM200
M40RM250RM100RM100

Penerima BKC tidak akan menerima jumlah yang dinyatakan seperti di atas sekaligus. Sebaliknya amaun bayaran adalah berbeza mengikut fasa agihan bantuan yang telah ditetapkan seperti tarikh di bawah.

Tarikh Bayaran BKC 2021

Pembayaran Bantuan Khas Covid akan dilakukan secara berperingkat melalui 3 fasa. Fasa pertama akan dibuat bermula 6 September 2021, fasa kedua pada bulan November 2021 dan fasa ketiga pada bulan Disember 2021. 

Jadual Pembayaran BKC Fasa Pertama (6 September 2021)

Kategori Penerima Kelayakan Jumlah Bantuan (RM)
Miskin tegarIsi rumahRM500
Miskin tegar BujangRM200
Miskin tegar Warga emas sebatang karaRM200
B40Isi rumahRM500
B40 Bujang RM200
B40 Warga emas sebatang kara RM200
M40Isi rumahRM250
M40 BujangRM100
M40 Warga emas sebatang kara RM100

Jadual Pembayaran BKC Fasa Kedua (November 2021)

Kategori Penerima Kelayakan Jumlah Bantuan (RM)
Miskin TegarIsi rumahRM500
Miskin Tegar BujangRM300
Miskin Tegar Warga emas sebatang karaRM300
B40Isi rumahRM300

Jadual Pembayaran BKC Fasa Ketiga (Disember 2021)

Kategori PenerimaKelayakanJumlah Bantuan (RM)
Miskin TegarIsi RumahRM300

Kaedah pembayaran untuk kategori penerima Miskin Tegar dan B40 akan dipindahkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BPR 2021. Manakala untuk M40 pula akan dipindahkan ke akaun bank dalam rekod percukaian.

Soalan Lazim Berkaitan Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Berikut ialah soalan yang sering ditanya berhubung BKC 2021.

Apakah Bantuan Khas COVID-19 PEMULIH?

Bantuan khas Covid atau BKC adalah program bantuan tunai langsung yang diperkenalkan oleh kerajaan di dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 2021.

Bagaimana cara mohon Bantuan Khas COVID ini?

Anda tidak perlu mohon kerana kelayakan penerima adalah berdasarkan data sedia ada daripada agensi kerajaan yang terlibat.

Apakah cara untuk daftar Bantuan Khas COVID?

Tidak perlu daftar kerana kelayakan adalah secara automatik. Rujuk maklumat di atas.

Bagaimana saya nak semak Bantuan Khas COVID?

Anda juga tidak perlu semak kerana bantuan ini berlangsung secara automatik.

Adakah saya layak menerima BKC jika saya tidak mohon Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021?

Anda akan menerima bantuan BKC sekiranya anda tergolong di dalam kategori penerima yang layak, walaupun anda tidak mendaftar untuk Bantuan Prihatin Rakyat.

Adalah saya layak menerima BKC jika saya telah mohon BPR 2021 tetapi tidak lulus?

Ya, jika anda tergolong di dalam kategori penerima seperti yang dinyatakan di atas.

Adakah penerima Geran Khas Prihatin (GKP) layak menerima BKC?

Buat masa ini penerima GKP tidak layak untuk menerima Bantuan Khas Covid-19.

Pasangan saya yang layak menerima BKC 2021 telah meninggal dunia, apakah status BKC tersebut?

Anda akan menerima bayaran BKC bagi pihak pasangan dengan pindahan dikreditkan ke akaun bank anda, atau secara bayaran tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Saya berstatus bujang semasa permohonan BPR 2021, tetapi telah buat rayuan dengan status berkahwin. Apakah status BKC saya?

Jika rayuan anda lulus, bantuan akan diklasifikasikan sebagai Isi rumah. Jika tidak bantuan adalah berdasarkan status terkini semasa permohonan BPR.

share-nodes
Kongsi
Team Pinjaman Peribadi Malaysia

Team Pinjaman Peribadi Malaysia

Team Pinjaman Peribadi Malaysia komited untuk memberikan maklumat tepat dan terkini berkaitan kewangan peribadi, seperti pinjaman, kad kredit, dan pengurusan kewangan di Malaysia. Kami ingin memperkasakan anda dengan ilmu untuk buat keputusan dengan bijak supaya memenuhi keperluan kewangan anda. Dapatkan panduan, artikel, dan alatan yang boleh membantu anda dalam dunia kewangan peribadi di Malaysia melalui laman web ini.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Langgan
Maklumkan

4 Comments
Terbaru
Terakhir
Inline Feedbacks
View all comments