Kempen Bank Rakyat Penuhi Impian 2024 – Peluang Untuk Merealisasikan Impian Anda

calendar-range
Dikirim 20/12/2023
(dikemaskini 21/12/2023)
Kempen Bank Rakyat Penuhi Impian 2024

Bank Rakyat kembali mencari 10 pelanggan bertuah melalui kempen Bank Rakyat Penuhi Impian 2024 yang dilancarkan baru-baru ini. Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat menyatakan bahawa penganjuran kali kedua ini adalah berdasarkan sambutan positif yang diterima tahun sebelumnya.

Sambutan Menggalakkan Terhadap Program Sebelum Ini

Program Penuhi Impian Bank Rakyat yang dilancarkan kali pertama pada penghujung tahun 2022 sebelum ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan peruntukan sejumlah RM500,000 dan telah merealisasikan hasrat 22 pelanggan bertuah daripada 1,000 penyertaan.

Antara impian yang telah ditunaikan termasuk mendapatkan rawatan pembedahan mata, menjalani rawatan IVF, membawa ibu-bapa menunaikan umrah, membolehkan kemudahan sesi pembelajaran di sekolah, dan memajukan perniagaan masing-masing.

Majlis penyampaian Hadiah Kempen Penuhi Impian Bank Rakyat 2022
Majlis penyampaian Hadiah Kempen Penuhi Impian Bank Rakyat 2022

Kempen untuk tahun ini pula mempelawa semua pelanggan Bank Rakyat untuk mencapai impian mereka melalui program yang telah berlangsung bermula 15 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024.

Tujuan Utama Program Bank Rakyat Penuhi Impian

Tujuan utama kempen Bank Rakyat ini adalah untuk mewujudkan satu platform di mana setiap pelanggan Bank Rakyat dapat menyuarakan impian mereka dan melihatnya menjadi kenyataan. Melalui pemilihan 10 pelanggan bertuah, Bank Rakyat berkomitmen untuk menyokong mereka dalam merealisasikan impian yang mungkin sebelum ini dianggap sukar dicapai.

Kempen Penuhi Impian Bank Rakyat 2024 ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap keyakinan dan kesetiaan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh Bank Rakyat.

Syarat Kelayakan Untuk Menyertai Program

Kempen ini menyediakan peluang kepada semua warganegara Malaysia dan sedang menggunakan atau melanggan mana-mana produk Bank Rakyat serta produk Takaful yang telah diluluskan. Jumlah minimum tertentu diperlukan bagi setiap produk, seperti berikut:

  • Pembiayaan Peribadi-i: RM50,000
  • Pembiayaan Perumahan-i: RM250,000
  • Pembiayaan Kenderaan-i: RM50,000
  • Pajak Gadai-i: RM5,000
  • Kad Kredit-i: RM1,000
  • Pembiayaan Mikro-i: RM5,000
  • Akaun Semasa-i: Peningkatan deposit minima – Individu: RM1,000, Bukan individu (SME/Mikro): RM5,000
  • Akaun Simpanan-i dan Akaun Pelaburan-i: Peningkatan deposit/pelaburan minima – RM1,000 sepanjang kempen
  • Produk Takaful: Tiada had minimum

Walaubagaimanapun, warga kerja Bank Rakyat dan pelanggan dengan sebarang tunggakan, kemungkiran, atau tindakan guaman terhadap kemudahan atau pembiayaan sedia ada dengan Bank Rakyat tidak layak untuk menyertai kempen ini.

Untuk syarat dan terma yang lengkap, anda boleh rujuk lembaran Syarat dan Terma Program Bank Rakyat Penuhi Impian 2024.

Cara Menyertai Program Penuhi Impian 2024

Cara menyertai Kempen Bank Rakyat Penuhi Impian 2024

Pelanggan Bank Rakyat yang layak dan berminat berminat boleh menyertai kempen ini dengan memuat naik impian mereka ke media sosial, menggunakan hashtag #BankRakyatPenuhiImpian2024 sepanjang tempoh program berlangsung.

Penyertaan juga boleh dihantar melalui kepada alamat e-mel [email protected] atau menerusi borang penyertaaan di cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.

Lihat senarai Cawangan Bank Rakyat berdekatan anda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung program ini, anda boleh melayari laman sesawang www.bankrakyat.com.my dan mengikuti media sosial rasmi @mybankrakyat.

Sebarang pertanyaan tambahan boleh diajukan kePusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454 atau melalui kunjungan ke cawangan yang berdekatan.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mewujudkan impian anda bersama Bank Rakyat!

Soalan Lazim Kempen Bank Rakyat Penuhi Impian 2024

Bilakah tempoh kempen ini berlangsung?

Kempen ini berlangsung dari 15 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024

Siapa yang layak menyertai?

Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan individu atau korporat (sedia ada dan baharu) produk Bank Rakyat dengan kewarganegaraan Malaysia, KECUALI:

1. Warga kerja Bank Rakyat; atau
2. Pelanggan Bank Rakyat dengan tunggakan atau tindakan guaman atas kemudahan pembiayaan sedia ada.

Bagaimana untuk menyertai?

Pelanggan yang layak boleh menyertai kempen ini dengan menghantar entri impian melalui tiga cara berikut:

1. Memuatnaik cerita impian ke media sosial dengan menggunakan #BankRakyatPenuhiImpian2024 di bahagian kapsyen.
2. Menghantar cerita impian melalui e-mel ke [email protected].
3. Mengisi borang penyertaan di cawangan Bank Rakyat berhampiran.

Apakah hadiah yang ditawarkan?

Jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM200,000.00 untuk 10 pemenang, bergantung kepada kos impian secara kolektif.

Bagaimanakah Bank Rakyat memilih pemenang?

Pemilihan pemenang akan ditentukan melalui Jawatankuasa Pemilihan Pemenang yang dilantik oleh Bank Rakyat dan pemenang akan dimaklumkan melalui SMS, Pusat Panggilan Bank Rakyat, laman web dan media sosial rasmi Bank Rakyat, dan e-mel rasmi.

Bilakah hadiah akan diterima pemenang selepas pengumuman?

Pemenang perlu melakukan tuntutan hadiah dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengumuman pemenang.

Sumber: Bank Rakyat, Malaysia Gazette

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments