Akan dibuka dalam tab baharu

Cara Mengaktifkan Aplikasi myBSN Mobile – Panduan Lengkap & Mudah

calendar-check
Dikirim pada: 27/09/2024
alarm-clock
Cara Mengaktifkan Aplikasi myBSN Mobile

Bagi memudahkan urusan perbankan harian anda, aplikasi myBSN Mobile hadir dengan pelbagai ciri menarik seperti DuitNow QR, DuitNow Transfer dan banyak lagi.

Dengan myBSN Mobile, anda boleh menguruskan akaun bank, membuat pembayaran, dan memantau transaksi kewangan anda dengan mudah dan selamat. Nikmati fleksibiliti dan kemudahan perbankan pada bila-bila masa, di mana jua anda berada, tanpa perlu lagi beratur panjang di kaunter bank atau mesin ATM.

Panduan kali ini akan membimbing anda langkah demi langkah tentang cara mengaktifkan aplikasi myBSN Mobile dengan lancar dan selamat.

Bagaimana untuk Mengaktifkan Aplikasi myBSN Mobile

Terdapat dua kategori pengguna dalam panduan ini, iaitu:

  1. Kategori 1: Pengguna BSN sedia ada yang sudah mempunyai akaun Perbankan Internet myBSN.
  2. Kategori 2: Pengguna baharu yang belum mempunyai akaun Perbankan Internet myBSN.

Sebelum mula, pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Mempunyai nombor telefon bimbit yang aktif dan didaftarkan dengan BSN.
  • Mempunyai Kad Pengenalan atau Pasport yang sah.
  • Memastikan peranti mudah alih anda mempunyai sambungan internet.
  • Memuat turun aplikasi “myBSN” versi terbaru dari Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery.

Nota Penting:

  • BSNSecure kini telah digabungkan ke dalam aplikasi myBSN Mobile.
  • Pengaktifan BSNSecure hanya boleh dilakukan pada satu peranti mudah alih.
  • Tempoh bertenang selama 12 jam akan dikenakan selepas pengaktifan BSNSecure bagi tujuan keselamatan.

Kategori 1: Pengguna BSN Sedia Ada (Telah Mempunyai Akaun Perbankan Internet myBSN)

Langkah 1: Kemas Kini Aplikasi & Mulakan Pengaktifan

  • Kemas kini aplikasi BSNSecure anda kepada versi terbaru melalui Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery.
  • Buka aplikasi dan leret ke kanan pada imej awal sehingga anda melihat butang “Get Started”. Klik pada butang tersebut.
  • Klik butang “Login” untuk meneruskan.
Kemas Kini Aplikasi & Mulakan Pengaktifan

Langkah 2: Log Masuk ke Akaun myBSN Anda

  • Masukkan kata nama (username) perbankan Internet myBSN anda.
  • Semak Gambar Keselamatan yang dipaparkan dan pastikan ia adalah imej yang telah anda tetapkan semasa pendaftaran Perbankan Internet myBSN anda.
  • Masukkan Kata Laluan Perbankan Internet myBSN anda dan klik butang “Next”.
Log Masuk ke Akaun myBSN Anda

Langkah 3: Pendaftaran BSNSecure

  • Skrin “Welcome” akan muncul. Ini bermakna anda telah berjaya log masuk ke akaun anda dan boleh meneruskan dengan pendaftaran BSNSecure.
  • Tekan butang “Next” untuk meneruskan.
Pendaftaran BSNSecure

Langkah 4: Masukkan Maklumat Peranti & Pengesahan

  • Pada skrin “Enter Your Details”, masukkan Nama Peranti yang ingin anda gunakan untuk BSNSecure (contoh: iPhone Saya).
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
  • Klik butang “Continue” untuk pengesahan.
  • Masukkan kod OTP 6-digit yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan.
Masukkan Maklumat Peranti & Pengesahan

Langkah 5: Pendaftaran Peranti & Tempoh Bertenang

  • Setelah pengesahan berjaya, skrin pengakuan “Well Done, Device Registered” akan dipaparkan. Ini bermakna peranti anda telah berjaya didaftarkan dengan BSNSecure.
  • Skrin ini juga akan memaklumkan tentang tempoh bertenang selama 12 jam sebelum anda boleh mula menggunakan BSNSecure untuk transaksi.
  • Klik butang “Next” untuk meneruskan.
Pendaftaran Peranti & Tempoh Bertenang

Langkah 6: Aplikasi myBSN Mobile Sedia Digunakan

  • Setelah tempoh bertenang 12 jam selesai, anda boleh mula menggunakan aplikasi myBSN Mobile untuk pelbagai transaksi.
Pendaftaran Peranti & Tempoh Bertenang

Kategori 2: Pengguna Baharu (Belum Mempunyai Akaun Perbankan Internet myBSN)

Langkah 1: Daftar Akaun Perbankan Internet myBSN

  • Layari laman web rasmi myBSN (Klik untuk ke laman web rasmi BSN).
  • Klik pada bahagian “Register” atau “Daftar” untuk memulakan pendaftaran akaun.
  • Ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan proses pendaftaran. Pastikan anda menyediakan maklumat yang tepat dan sah.

Langkah 2: Muat Turun Aplikasi myBSN Mobile

  • Muat turun aplikasi “myBSN” versi terbaru dari Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App
  • Buka aplikasi dan klik pada pilihan “Register Now” untuk memulakan pendaftaran peranti anda.

Langkah 3: Log Masuk Menggunakan Akaun myBSN Anda

  • Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang telah anda tetapkan semasa pendaftaran di laman web myBSN.
  • Sahkan imej keselamatan yang dipaparkan.
  • Seterusnya, ikuti langkah-langkah yang sama seperti Langkah 3 hingga Langkah 6 dalam Kategori 1 untuk melengkapkan pengaktifan BSNSecure dan mula menggunakan aplikasi myBSN Mobile.

Pilihan Mengaktifkan BSN Secure

Selain daripada pengaktifan melalui aplikasi myBSN Mobile, BSN juga menyediakan pilihan lain bagi mengaktifkan BSNSecure anda:

  • Khidmat Panggilan Semula: Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah semasa proses pengaktifan dalam aplikasi, anda boleh memilih untuk dihubungi oleh pihak BSN. Lengkapkan borang permintaan panggilan semula di laman web myBSN dengan butiran anda dan pastikan anda menyimpan nombor rujukan yang diberikan untuk tujuan pengesahan.
  • Pusat Khidmat Pelanggan: Anda boleh hubungi pusat khidmat pelanggan BSN di talian 1300 88 1900 (Dalam Negara) atau +603-2613 1900 (Luar Negara), dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
  • Kunjungi Cawangan: Anda boleh melawat cawangan BSN yang terdekat untuk mendapatkan bantuan daripada wakil khidmat pelanggan BSN untuk mengaktifkan BSNSecure. Klik untuk melihat senarai cawangan Bank Simpanan Nasional terdekat.

Anda perlu ingat bahawa selepas pendaftaran BSNSecure berjaya, anda hanya boleh melakukan transaksi myBSN selepas tempoh bertenang selama 12 jam. Langkah keselamatan tambahan ini dilaksanakan untuk melindungi akaun anda daripada transaksi yang tidak dibenarkan.

Tips Penting untuk Pengalaman myBSN Mobile yang Lebih Lancar

  • Aktifkan ‘push notification’: Ini akan membolehkan anda menerima notifikasi penting serta kod pengesahan transaksi dengan lebih cepat dan mudah.
  • Tetapkan had transaksi: Anda boleh menetapkan had transaksi harian bagi meningkatkan keselamatan akaun.
  • Gunakan ciri keselamatan: Aktifkan ciri keselamatan tambahan seperti Face ID atau Touch ID untuk melindungi akaun anda daripada akses yang tidak sah.

Kesimpulan: Aplikasi myBSN Mobile menawarkan kemudahan dan keselamatan dalam urusan perbankan harian anda. Dengan mengikuti panduan lengkap ini, anda boleh mengaktifkan aplikasi myBSN Mobile dengan mudah dan selamat.

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

0 Comments
Terbaru
Terakhir