Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Muamalat Visa Platinum-i

Kad kredit Bank Muamalat Visa Platinum-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM138
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Islamik, Premium, Pulangan Tunai

Bank Muamalat Visa Platinum-i adalah kad kredit Islamik daripada Bank Muamalat menawarkan ciri pulangan tunai tanpa had dan juga kelebihan pelan pemindahan baki tanpa kadar faedah. Kad ini ditawarkan khusus kepada individu yang sedang mencari kad kredit asas dengan ganjaran menarik dan menjimatkan kos.

Pulangan Tunai Tanpa Had

Antara kelebihan utama yang ditawarkan oleh kad kredit Bank Muamalat Visa Platinum-i adalah pulangan tunai (cashback) tanpa had sebanyak 1% bagi setiap perbelanjaan di luar negara.

Pulangan tunai 1%  juga diberikan untuk perbelanjaan berkaitan e-Dagang (e-Commerce) dan 0.3% untuk transaksi tanpa sentuh (contactless). Walau bagaimanapun, cashback untuk kedua-dua transaksi ini dihadkan kepada RM50 setiap bulan.

Keistimewaan cash back ini memberi manfaat kepada pemegang kad kredit Bank Muamalat untuk mendapatkan pulangan dengan setiap perbelanjaan.

Pelan Pindahan Baki Zero Interest

Selain itu, pemegang kad kredit Bank Muamalat Visa Platinum-i juga boleh menggunakan pemindahan baki tanpa kadar faedah.

Dengan pelan ini, pemegang kad dapat memindahkan baki hutang dari kad kredit lain ke kad Bank Muamalat dengan 0% faedah (zero interest) dengan bayaran ansuran bulanan selama 6 bulan.

Anda juga boleh pilih untuk buat bayaran balik dalam tempoh 12 bulan dengan kadar faedah 2.5% setahun. Jumlah maksimum pemindahan baki yang dibenarkan oleh Pelan Pemindahan Baki Kad Kredit-i adalah sehingga 70% daripada had kredit kad anda.

Perlindungan Takaful Lengkap

Kad Bank Muamalat Visa Platinum-i juga menawarkan perlindungan Takaful yang menyelesaikan baki tertunggak (outstanding balance) sehingga RM100,000 sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada pemegang kad. Ini juga termasuk kos pengebumian berjumlah RM1,000 yang akan ditanggung oleh perlindungan ini.

Anda juga akan dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga RM250,000 sekiranya anda menempah tiket kapal terbang dengan kad Bank Muamalat anda. Pelan ini juga melindungi keluarga anda termasuk pasangan anda anak-anak dengan jumlah maksimum sehingga RM400,000.

Yuran Tahunan Dikecualikan

Anda tidak perlu risau tentang yuran tahunan pada tahun pertama anda menggunakan kad kredit Bank Muamalat Visa Platinum-i kerana yuran dikecualikan. Tahun berikutnya anda tidak perlu bayar yuran tahunan sekiranya anda ‘swipe’ kad lebih daripada 12 kali. Sekiranya tidak, anda perlu bayar yuran tahunan sebanyak RM128 untuk kad utama.

Kelayakan Mohon

Kad kredit Bank Muamalat ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia berumur 21 hingga 65 tahun dengan pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM36,000, atau sebulan RM3,000.

Sekiranya layak, anda perlu sediakan dokumen seperti salinan pengenalan diri, penyata pendapatan, dan dokumen berkaitan sekiranya anda bekerja makan gaji. Bagi yang bekerja sendiri pula, sertakan pendaftaran syarikat dan borang bayaran cukai terkini.

Bank Muamalat Visa Platinum-i menawarkan pelbagai keistimewaan. Dengan ciri pulangan tunai tanpa had, pemindahan baki tanpa kadar faedah, perlindungan takaful lengkap, keistimewaan yuran tahunan dikecualikan, dan syarat permohonan yang mudah, kad kredit ini menjadi pilihan yang menarik bagi individu yang mencari kad kredit yang jimat dan fleksibel.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Bank Muamalat Visa Platinum-i

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan pulangan tunai tanpa had untuk perbelanjaan di luar negara, dan pulangan tunai yang menguntungkan untuk perbelanjaan lain.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan di luar negara 1% Tanpa had Sebarang amaun
Transaksi e-Dagang 1% RM50 Sebarang amaun
Transaksi tanpa sentuh (contactless) 0.3% RM50 Sebarang amaun

ganjaran perjalanan

Dapatkan perlindungan insurans perjalanan setiap kali anda membeli tiket kapal terbang dengan kad kredit Bank Muamalat Visa Platinum-i.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM250,000
Kemalangan Pasangan Sehingga RM150,000
Kemalangan Anak Sehingga RM25,000
Penerbangan lewat Sehingga RM1,000
Penerbangan tertunda Sehingga RM1,000
Bagasi lewat Sehingga RM1,000
Bagasi hilang Sehingga RM1,000

Ciri premium

Nikmati ketenangan minda dengan perlindungan Takaful terhadap baki tertunggak.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Kematian Sehingga RM100,000
Kecacatan kekal Sehingga RM100,000
Kos pengebumian Sehingga RM1,000

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM138
Yuran dikecualikan untuk tahun pertama dan tahun berikutnya untuk 12x swipe.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
Bayaran penuh
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
70% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM30 atau 2% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Bank Muamalat Pemindahan Baki Kad Kredit-i
Bank Muamalat Pemindahan Baki Kad Kredit-i

Buat pindahan baki kepada kad kredit Bank Muamalat anda dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj kadar faedah dan tanpa sebarang caj pengendalian.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Bank Muamalat Visa Platinum-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Bank Muamalat Visa Platinum-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Muamalat Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Bank Muamalat Visa Platinum-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Muamalat Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Bank Muamalat Visa Platinum-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Bank Muamalat Visa Platinum-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat Malaysia Berhad
Bank Muamalat Malaysia Berhad, bank Islamik kedua terbesar di Malaysia yang mula beroperasi pada tahun 1999 hasil penggabungan, bertekad menjadi pilihan utama perkhidmatan kewangan Islamik. Dengan rangkaian cawangan dan kiosk di seluruh negara, Bank Muamalat menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan patuh Syariah yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu dan pelanggan korporat/perniagaan.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit UOB Lady's

Dapatkan ganjaran menarik dengan Kad Kredit UOB Lady’s, ditawarkan khas untuk wanita. Nikmati ganjaran mata…

Maybank American Express Platinum

Kad kredit Maybank American Express Platinum menawarkan sehingga 5x pulangan mata ganjaran Maybank TreatPoints untuk…

Alliance Bank You:nique Rebates

Dapatkan rebat tunai (cashbacks) sehingga 3% tanpa had dengan kad kredit ini. Didatangkan dengan pelan…

CIMB World MasterCard

Kad kredit CIMB World MasterCard bukan sahaja menawarkan pulangan tunai tanpa had dan mata ganjaran,…