Boost Bank kini menawarkan kadar faedah harian 5% setahun melalui Boost Birthday Jar sepanjang bulan Oktober ini. Promosi yang diumumkan sempena ulang tahun Boost yang ke-7 adalah berita baik jika anda ingin memaksimumkan simpanan dan melipat gandakan wang dengan lebih efektif.
Lebih menarik lagi, rakyat Malaysia Timur juga boleh menikmati tawaran yang sama. Boost Bank bekerjasama dengan pasar raya dan pasar raya besar terkemuka seperti Bataras, CKS Retail, Farley (KCH), dan Servay Hypermarket di Sabah dan Sarawak.
Anda boleh dapat pulangan tunai RM5 dengan menggunakan kod seperti BOOSTSERVAY, BOOSTBATARAS, BOOSTCKS, dan BOOSTFARLEY.
Anda cuma perlu berbelanja minimum RM50 sebulan menggunakan aplikasi Boost eWallet di pasar raya terlibat untuk layak menikmati faedah ini.
Bukan itu sahaja, Boost Bank juga melancarkan kad debit baharu dengan kerjasama PayNet dan Mastercard.
Kad ini diterima di lebih 100 juta lokasi di seluruh dunia! Pesan kad debit fizikal anda melalui aplikasi Boost Bank sebelum 31 Disember 2024 dan nikmati pulangan tunai RM10 serta tiada yuran tahunan untuk tahun pertama. Penghantaran adalah percuma.
Boost Bank komited untuk memberikan perkhidmatan perbankan digital yang lancar, selamat dan mudah kepada semua rakyat Malaysia.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk merapatkan jurang antara pengalaman pelanggan dalam talian dan luar talian, seterusnya memperkasakan segmen yang kurang mendapat perkhidmatan perbankan.
Jadi, tunggu apa lagi? Raikan ulang tahun Boost bersama-sama dan manfaatkan tawaran hebat ini untuk mengembangkan simpanan anda.
Layari aplikasi Boost Bank atau laman web rasmi mereka untuk maklumat lanjut. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

