Program SAVE 4.0 – Jimat RM400 untuk Barangan Elektrik Rumah

calendar-range
Dikirim 12/12/2023
(dikemaskini 21/12/2023)
Program SAVE 4.0 SEDA

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia melancarkan inisiatif terbaru iaitu Program SAVE 4.0. Inisiatif ini menawarkan rebat sehingga RM400 untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga (energy-efficient electrical appliances). Program ini dijangka akan berlangsung selama setahun sehingga Disember 2024. Jika anda prihatin dengan isu penjimatan tenaga dan ingin menjimatkan wang ketika membeli barangan elektrik rumah baru, baca lebih lanjut bagaimana untuk mendapatkan rebat RM400 ini.

Mengapa SAVE 4.0 Penting?

Program SAVE mula dilancarkan pada 2011 oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia, dan seperti versi sebelumnya iaitu SAVE 3.0, tujuan utama inisiatif SAVE 4.0 adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan menggalakkan pembelian peralatan elektrik yang cekap tenaga.

Rebat ini akan diberikan kepada isi rumah yang membeli peti sejuk atau penghawa dingin dengan label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang yang disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga (rebate RM200 untuk setiap peralatan, masing-masing).

Syarat Kelayakan Mendapatkan Rebat

Program ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang mempunyai akaun di syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Berhad (SEB), dan Nur Power Sd. Bhd.

Anda boleh buat pembelian hanya untuk barangan elektrik yang mempunyai rating kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang, bermula dari Disember 2023 hingga Disember 2024.

Setiap individu atau isi rumah dengan satu bil elektrik hanya dibenarkan menebus rebat sekali sahaja untuk peralatan yang dibeli, berdasarkan prinsip ‘siapa cepat, dia dapat’.

Peniaga yang Mengambil Bahagian

Untuk mengetahui kedai atau peniaga yang mengambil bahagian dalam program SAVE 4.0 ini, anda boleh lihat senarai peniaga di dalam dan luar talian melalui laman SEDA.

Lihat senarai peniaga yang terlibat untuk program SAVE 4.0

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut jenama dan model aplikasi elektrik cekap tenaga yang boleh dibeli melalui program ini, anda boleh melihat senarai barangan juga di laman sesawang SEDA.

Lihat senarai jenama dan model aplikasi elektrik jimat tenaga

Cara Menebus Rebat RM400

Untuk menebus rebat ketika membeli barangan elektrik secara fizikal, anda perlu mengemukakan bil elektrik dan kad pengenalan di peniaga yang berdaftar. Peniaga kemudiannya akan menyemak kelayakan berdasarkan bil elektrik yang dikemukakan dan akan memohon rebat bagi pihak anda.

Untuk e-rebat bagi pembelian dalam talian pula melalui platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, PGMall, Youbeli, dan TikTok Shop, anda perlu mencari peralatan elektrik yang menawarkan diskaun rebat SAVE 4.0. Sebelum buat transaksi pembelian, hantar mesej kepada penjual untuk memastikan tawaran tersebut. Penjual akan menguruskan permohon baucar SAVE 4.0 dan memberi kod baucar yang boleh anda guna untuk teruskan pembelian dalam talian.

Program SAVE yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2011 dan dikendalikan oleh SEDA sejak itu, terus berusaha untuk membawa kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya penggunaan peralatan elektrik yang cekap tenaga. SAVE 4.0 menjadi satu langkah penting dalam usaha ini, menawarkan insentif berupa rebat kepada mereka yang turut serta dalam menjana masa depan yang lebih lestari.

Soalan Lazim SAVE 4.0

Apakah tujuan Program SAVE 4.0?

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penggunaan peralatan elektrik yang cekap tenaga.

Berapa lama tempoh program SAVE 4.0 berlangsung?

Program ini berlangsung selama setahun dari Disember 2023 hingga Disember 2024.

Siapakah yang layak untuk mendapat rebat?

Isi rumah yang membeli peti sejuk atau penghawa dingin dengan label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang yang disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Berapa banyak rebat yang boleh diperolehi?

Rebat sebanyak RM200 akan diberikan untuk setiap peti sejuk atau penghawa dingin yang dibeli, menjadikan jumlah keseluruhan RM400.

Bolehkah saya menebus rebat lebih dari satu kali?

Setiap individu atau isi rumah hanya dibenarkan menebus rebat sekali berdasarkan prinsip ‘siapa cepat, dia dapat’.

Bagaimana cara untuk menebus rebat SAVE 4.0?

Anda boleh menebus rebat dengan hadir secara langsung di peniaga yang berdaftar atau melalui platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, PGMall, Youbeli, dan TikTok Shop.

Adakah cara untuk memohon e-rebat secara dalam talian?

Ya, anda boleh memohon e-rebat melalui platform e-dagang yang terlibat setelah membeli produk yang layak.

Berapakah dana yang diperuntukkan untuk Program SAVE 4.0?

Sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan oleh Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE).

Adakah program SAVE sebelum ini mencapai kejayaan?

Ya, program SAVE sebelumnya, SAVE 3.0, mencatatkan penjimatan tenaga sebanyak 324 GWh, mengurangkan emisi karbon dioksida dan kos elektrik tahunan.

Di manakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut?

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Program SAVE.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments