Bank Muamalat Pembiayaan ASB Berjangka-i

Bank Muamalat Pembiayaan ASB Berjangka-i
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Pinjaman daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad
Jenis Pinjaman Islamik
Jumlah Pembiayaan RM10000 hingga RM200000
Tempoh Pembiayaan 5 Tahun hingga 25 Tahun
Margin Pembiayaan 100% hingga 105%
Kadar Keuntungan Serendah Kadar Asas (KA) + 1.24% p.a
Kelayakan Warganegara Malaysia
Kelayakan Umur 18 hingga 75 Tahun
Rujuk kriteria pinjaman/pembiayaan lengkap pada maklumat di bawah
share-nodes
Kongsi

Bank Muamalat Pembiayaan ASB Berjangka-i adalah pelan pembiayaan Islamik yang berasaskan konsep Tawarruq daripada Bank Muamalat. Pelan ini disasarkan kepada individu yang sedang mencari pinjaman untuk melabur di dalam Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB/ASB2).

Pelan pembiayaan ini menawarkan jumlah pinjaman antara RM10,000 hingga pinjaman maksimum RM200,000 – iaitu had maksimum yang dibenarkan dalam pelaburan ASB/ASB2. Anda boleh pilih tempoh pembiayaan dari 5 hingga 25 tahun, atau sehingga anda berumur 75 tahun pada tarikh akhir bayaran. Margin pembiayaan yang ditawarkan ialah 100% atau 105% jika anda mengambil perlindungan Takaful.

Anda tidak diwajibkan untuk mengambil perlindungan Takaful. Tetapi, jika anda ingin mengambil perlindungan Takaful, anda boleh memilih daripada panel penyedia Takaful daripada Bank Muamalat atau anda boleh memilih penyedia Takaful bukan panel.

Sebagai sebuah pembiayaan Islamik, caj kadar keuntungan dikira berdasarkan Kadar Asas Islamik (Islamic Base Rate). Untuk Bank Muamalat Pembiayaan ASB Berjangka-i,  kadar keuntungan yang dikenakan adalah Kadar Asas (KA) + 1.24% setahun (p.a). Caj ini boleh berubah berdasarkan perubahan kepada Kadar Asas yang ditetapkan.

Pelan pembiayaan ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia berstatus Bumiputera dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun sehingga 75 tahun. Baca lebih lanjut tentang pelan pembiayaan ini pada maklumat lengkap di bawah.

Jumlah pembiayaan

Bank Muamalat menawarkan jumlah pembiayaan dari RM10,000 hingga RM200,000. Jumlah lulus akan ditentukan oleh beberapa faktor berdasarkan penilaian yang dilakukan oleh pihak bank seperti sejarah anda, rekod kredit, skor kredit dan sebagainya.

Tempoh pembiayaan

Anda boleh pilih tempoh pembiayaan dari 5 tahun hingga 25 tahun atau sehingga anda berumur 75 tahun – yang mana yang lebih awal.

Margin pembiayaan

Margin pembiayaan yang ditawarkan adalah bergantung sama ada anda mengambil perlindungan Takaul atau tidak.

  • 100% ke atas nilai nominal unit ASB.
  • 105% (jika termasuk Perlindungan Peribadi Takaful dan/atau yuran/caj).

Caj kadar keuntungan

Caj perkongsian kadar keuntungan adalah seperti berikut:

  1. Kadar Asas (KA) + 1.24% setahun (p.a).

Kadar Asas semasa untuk Bank Muamalat ialah 2.81% p.a.

Jadual bayaran balik

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment pinjaman peribadi Bank Muamalat Pembiayaan ASB Berjangka-i. Klik pada gambar untuk paparan saiz yang lebih besar.
Jadual pembayaran Bank Muamalat Pembiayaan ASB Berjangka-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Syarat kelayakan mohon

Berikut ialah syarat kelayakan yang lengkap untuk mohon pelan pembiayaan ASB/ASB2 Bank Muamalat.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 dan tidak melebihi 70 tahun pada tarikh akhir pembiayaan.
  • Tidak mempunyai tunggakan di rekod CCRIS.
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklisted) di mana-mana institusi kewangan (Bank / Koperasi / Kredit Komuniti).
  • Tidak mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.

Tak layak?

Lihat Senarai Pinjaman/Pembiayaan ASB dan pilih pelan pinjaman/pembiayaan yang sesuai dengan kelayakan anda.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda cukup syarat kelayakan dan ingin mohon Bank Muamalat Pembiayaan ASB Berjangka-i, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut berserta permohonan anda.

Dokumen Umum

  1. Salinan kad pengenalan (My Kad / My Tentera).
  2. Salinan penyata mini ASB.

Bekerja makan gaji

  1. Salinan pendapatan 3 bulan terkini (slip gaji atau baucar bayaran).
  2. Salinan penyata bank akaun kemasukan gaji 3 bulan terkini.

Bekerja sendiri

  1. Salinan 6 bulan terkini penyata akaun bank semasa, atau salinan penyata KWSP terkini, atau salinan 6 bulan terkini penyata akaun Tabung Haji.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj dan fi yang dikenakan sekiranya permohonan pembiayaan anda lulus.

Caj umum

  • Duti setem.
  • Yuran Sijil ASNB (RM50 setiap Sijil)

Caj lewat bayar

Anda akan dikenakan denda atau penalti lewat bayar (Ta`widh) sebanyak 1% setahun daripada jumlah tertunggak. Sekiranya anda gagal buat bayaran ansuran untuk 2 bulan, pihak Bank Muamalat berhak menjual Sijil ASB dan mengambil tindakan undang-undang.

Pihak Bank Muamalat berhak mengenakan Kadar Pasaran Kewangan antara Bank  secara Islam (IIMM) sekiranya anda gagal membayar baki keseluruhan pembiayaan selepas tempoh matang, atau sehingga penghakiman – yang mana yang dahulu.

Caj penamatan awal

Oleh kerana ini adalah pembiayaan Islamik, anda tidak akan dikenakan sebarang caj atau penalti sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan pinjaman lebih awal. Pihak Bank Muamalat akan memberikan Ibra’ atau rebat. Anda juga boleh memilih untuk meneruskan perlindungan pelan Takaful anda.

Cara Mohon Bank Muamalat Pembiayaan ASB Berjangka-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman ini.

Anda boleh mohon pelan pembiayaan ASB Bank Muamalat melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Kunjungi cawangan Bank Muamalat berdekatan anda. Rujuk senarai cawangan Bank Muamalat.
  2. Mohon melalui laman web rasmi Bank Muamalat.
  3. Muatturun Borang Permohonan Bank Muamalat Pembiayaan ASB Berjangka-i daripada laman web rasmi Bank Muamalat, lengkapkan dan hantar kepada pihak Bank Muamalat.

Ada soalan tentang Bank Muamalat Pembiayaan ASB Berjangka-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

16 Comments
Inline Feedbacks
View all comments