BSN MyRinggit ASB

BSN MyRinggit ASB
Bank Simpanan Nasional
Pinjaman daripada Bank Simpanan Nasional (BSN)
Jenis Pinjaman Konvensional
Jumlah Pinjaman RM10000 hingga RM200000
Tempoh Pinjaman 5 Tahun hingga 30 Tahun
Margin Pinjaman 100% hingga 105%
Kadar Faedah Serendah Kadar Asas (KA) + 0.85% p.a
Kelayakan Warganegara Malaysia
Kelayakan Umur 18 hingga 65 Tahun
Rujuk kriteria pinjaman/pembiayaan lengkap pada maklumat di bawah
share-nodes
Kongsi

BSN MyRinggit ASB yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional adalah sebuah pelan pinjaman Amanah Saham Bumiputera khusus untuk mereka yang ingin melabur di dalam Unit Amanah Saham Bumiputera. Pelan pinjaman ini adalah pinjaman konvensional dengan kadar faedah yang berpatutan.

Anda tidak perlu menyediakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon kerana Unit ASB anda dijadikan sebagai cagaran oleh pihak BSN.

Anda boleh mohon pinjaman dari RM10,000 hingga jumlah maksimum RM200,000 dengan tempoh bayaran balik dari 5 hingga 30 tahun. Caj kadar faedah tahunan (annual interest rate) yang dikenakan adalah antara yang terendah di antara pelan pembiayaan atau pinjaman ASB. Anda akan dikenakan kadar faedah antara KA + 0.85% p.a hingga KA + 1.05% p.a. KA adalah Kadar Asas atau Base Rate yang ditentukan oleh pihak BSN. Margin pinjaman untuk MyRinggit ASB adalah 100% atau 105%

Pelan pinjaman BSN MyRinggit ASB ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 65 tahun pada tarikh akhir bayaran pinjaman.

Baca lebih lanjut tentang pelan pinjaman ASB daripada BSN ini dan bagaimana untuk mohon.

Jumlah pinjaman

Pihak BSN menawarkan jumlah pinjaman minimum RM10000 dan pinjaman maksimum RM200000 untuk MyRinggit ASB. Walau bagaimanapun, jumlah pinjaman yang diluluskan akan bergantung kepada budi bicara pihak BSN berdasarkan kepada penilaian kredit yang dilakukan kepada pemohon.

Tempoh Pinjaman

Anda boleh pilih tempoh pinjaman antara 5 tahun hingga 30 tahun atau sehingga anda mencapai umur 65 tahun – yang mana yang lebih awal. Ini bermaksud tempoh bayaran balik pinjaman adalah sehingga umur 65 tahun sahaja.

Margin pinjaman

Margin pinjaman yang ditawarkan adalah 100% + 5%. Caj 5% ini adalah untuk caj Duti Setem, Cagaran dan Insurans.

Caj kadar faedah

Kadar faedah efektif yang dikenakan adalah bergantung kepada jumlah pinjaman yang lulus.

  1. Pinjaman RM50,000 ke bawah = Kadar Asas (KA) + 1.05% p.a.
  2. Pinjaman RM50,000 ke atas = Kadar Asas (KA) +0.85% p.a.

Kadar Asas (KA) atau Base Rate (BR) semasa untuk Bank Simpanan Nasional ialah 2.60%.

Jadual bayaran balik

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment pinjaman peribadi BSN MyRinggit ASB. Klik pada gambar untuk paparan saiz yang lebih besar.
Jadual pembayaran BSN MyRinggit ASB
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Syarat kelayakan mohon

Berikut ialah syarat kelayakan yang lengkap untuk mohon BSN MyRinggit ASB.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 dan tidak melebihi 65 tahun pada tarikh akhir pembiayaan.
  • Tidak mempunyai tunggakan di rekod CCRIS.
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklisted) di mana-mana institusi kewangan (Bank / Koperasi / Kredit Komuniti).
  • Tidak mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.

Tak layak?

Lihat Senarai Pinjaman/Pembiayaan ASB dan pilih pelan pinjaman/pembiayaan yang sesuai dengan kelayakan anda.

Dokumen yang diperlukan

Anda perlu menyediakan dokumen berikut sekiranya anda cukup syarat kelayakan untuk mohon.

Bekerja makan gaji tetap

  1. Salinan kad pengenalan (My Kad / My Tentera).
  2. Salinan slip gaji 1 bulan terkini.
  3. Salinan Penyata Terperinci Pelaburan Tunai ATAU Salinan buku ASB / Penyata MyASNB / Sebarang dokumen atau penyata ASNB dengan nama dan nombor keahlian.
  4. Penyata KWSP terkini ATAU Surat pengesahan Majikan ATAU Borang EA/EC dan e-filing terkini.

Bekerja sendiri

  1. Salinan kad pengenalan (My Kad / My Tentera).
  2. Salinan penyata akaun bank 6 bulan terkini.
  3. Salinan Penyata Terperinci Pelaburan Tunai ATAU Salinan buku ASB / Penyata MyASNB / Sebarang dokumen atau penyata ASNB dengan nama dan nombor keahlian.
  4. Memo KYC antara pelanggan dan Sales Advisor (SA).
  5. Slip e-B/e-BT terkini dan borang e-filing atau sebarang dokumen yang disahkan oleh LHDN.

Penerima baucar gaji

  1. Salinan kad pengenalan (My Kad / My Tentera).
  2. Salinan baucar gaji 6 bulan terkini.
  3. Salinan Penyata Terperinci Pelaburan Tunai ATAU Salinan buku ASB / Penyata MyASNB / Sebarang dokumen atau penyata ASNB dengan nama dan nombor keahlian.
  4. Memo KYC antara pelanggan dan Sales Advisor (SA).

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj dan fi yang dikenakan sekiranya permohonan pinjaman BSN MyRinggit ASB anda lulus.

Caj umum

  • Duti setem.
  • Yuran Sijil ASNB (RM50 setiap Sijil)
  • Insurans (pilihan).

Caj lewat bayar

  • Anda akan dikenakan denda atau penalti lewat bayar sebanyak 1% setahun daripada jumlah tertunggak.
  • Sekiranya anda gagal buat bayaran ansuran untuk 2 bulan, pihak BSN berhak menjual Sijil ASB dan mengambil tindakan undang-undang.

Caj penamatan awal

  • Caj penamatan awal adalah bergantung kepada budi bicara pihak BSN.

Cara Mohon BSN MyRinggit ASB

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman ini.

Anda boleh mohon BSN MyRinggit ASB melalui kaedah berikut:

  1. Kunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional berdekatan anda. Anda boleh cari cawangan terdekat BSN di laman senarai cawangan Bank Simpanan Nasional.
  2. Muatturun borang permohonan di laman sesawang (web) BSN dan hantar ke alamat yang tertera di borang permohonan.

Ada soalan tentang BSN MyRinggit ASB?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

45 Comments
Inline Feedbacks
View all comments